Thursday 24 June 2021

My Transformation Journey

 Hai & salam semua😃

Uishh sapa ni😱😱

Boleh pulak tak mengaku muka sendiri kan hehe. Ni gambar saya masa umur 12, 13 tahun macam tu. Time kecik saya memang ada masalah self esteem yang sangat tinggi, saya selalu rasa rendah diri sebab kulit gelap. Sebenarnya semua jenis kulit cantik, but it took me over 25 years to realize that. Semuanya disebabkan perception “putih itu cantik”. 

Macam mana saya tak rasa rendah diri kalau dekat sekolah selalu kena ejek “hitam”. And bila balik kampung orang selalu compare kulit saya dengan adik, bukan sekali dua saya dengar “ooo kakaknya gelap sikit” tapi banyak kali. Family saya ada keturunan cina, so adik-adik and sepupu-sepupu saya memang kulit putih-putih and macam mixed blood. Jadi memang terserlah “kegelapan” saya dalam family. Sebab tu kot orang tak segan tegur kulit saya gelap depan-depan.

Zaman muda-muda pi outing dengan kawan, nampak kusam kan muka time ni

Dulu-dulu seram betul nak pakai tudung putih hehe, dua2 gambar ni dah mekap tau tapi still nampak burn kan

Sebenarnya kalau nak cerita kisah sedih kena diskriminasi time kecik banyak je, tapi nanti jadi novel pulak😄 In short saya memang membesar dengan insecurity kulit gelap disebabkan momokan orang sekeliling. Sampailah bila saya dah makin dewasa, saya punya acceptance level pun semakin tinggi. Tambah pulak orang kita pun dah semakin open dengan variasi warna kulit walaupun still ada stigma “putih itu cantik”.

Jadi at one point, saya memang terima je yang kulit saya tak secerah orang lain. In fact saya bangga pulak tu jadi “tanned skin”, ala-ala Latino gituuu. Tapi tanned dengan burn lain. Time awal-awal bekerja kulit saya burn dengan agak teruk maklumlah banyak kerja site. Sebab tu bila saya joined Mary Kay add on serum Lumivie dengan set Botanical, bukannya sebab nak cerah sangat pun tapi lebih kepada nak kembali ke kulit asal.

“Bila tak heran baru benda tu datang”…

Betul jugak statement ni, saya serius dah happy dengan skin tone tanned skin and cuma nak fokus untuk improve tesktur kulit. Tapi tak pasal-pasal jadi “tercerah” sekali. Asbab konsisten skincare and sebab jarang keluar jugak sebab PKP. Semangat kita jadi lain bila kita dah terima diri kita & kejadian kita, yang comot-comit sikit tu boleh betulkan dengan skincare & mekap😄

Jadi sampai di sini saja coretan saya hari ni. Satu pesan saya untuk semua, kita bersyukur dengan paras rupa yang Allah bagi tak perlu nak compare dengan orang lain. Tapi bersyukur bukan kena selekeh & comot, kena make sure penampilan & muka kita sentiasa presentable. Bukan untuk orang lain pun tapi untuk diri sendiri jugak. Gembirakan diri sendiri dulu baru kita boleh gembirakan orang lain😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Sunday 20 June 2021

Kisah Seram & Unik Sepanjang Buat Mary Kay

Hai & salam semua😃

Kali ni saya nak sharekan kisah-kisah unik semasa saya buat skincare or makeup class. Sambil-sambil mengimbau kenangan time zaman dulu-dulu sebelum PKP. By the way kisah yang saya nak share ni takdelah havoc sangat, tapi still tersemat di ingatan gituuu~

1. Rumah Di Kawasan Pelupusan Sampah

Yang ni saya tak tahu lah betul kisah paranormal ataupun technical problem. Time tu saya buat skincare class dengan cikgu-cikgu dekat Telok Panglima Garang, macam biasalah kita akan mintak location sebelum datang. Tapi yang kelakarnya elok je ikut location tu ngam-ngam berhenti dekat tapak pelupusan sampah. Dahlah tempat tu terasing and takde orang langsung. Terus saya keluar and mintak dia send semula location, Alhamdulillah jumpa pun rumah cikgu tu and dapat buat skincare class dgn jayanya😃

2. Kelas Mekap Di Gaming Centre


Dapat clients mintak mengajar mekap dekat Bangi, so as always saya yang memang noob dengan jalan ni memang bergantung kepada Waze. Sampailah dekat tempat kejadian, nampak banyak lot-lot kedai and sambil cari no unit yang dia bagi saya macam seram jugak sebab tahu banyak pekerja lelaki yang duduk dekat lot kedai (tengok kepada kasut & selipar). Sampailah dekat satu pusat gaming, tengok alamat dia betul dah tapi saya rasa macam kena scam pulak iyelah nak suruh mengajar mekap dekat tempat orang main game pulak😂 tapi betul lah memang saya mengajar dekat dalam gaming centre, ada satu bilik khas. Turned out clients yang belajar hari tu rupanya isteri-isteri kepada owner gaming centre tu (family business). Rare jugak pengalaman yang ni😄

3. Waze Berhantu Dekat Kajang


Yang ni memang buat saya almost menangis. Alkisahnya saya buat skincare class dekat area Kajang Bangi, and class habis awal so happylah saya dah berangan balik rumah tu dah masuk Asar, so boleh terus solat & rehat. Kajang dengan rumah saya dekat je. Tapi tak tahulah dugaan apa hari tu, saya tak ingat exactly dekat Kajang belah mana tapi waze asyik dok berpusing-pusing and selalu bawak saya lalu dekat lereng bukit yang takde orang. Berapa kali tau saya tukar route tapi Waze tetap bawak saya belakang bukit yang sunyi tu. Rasa puakanya lah sebab saya sgt penat and nak balik rumah. Finally Waze berfungsi macam biasa and saya sampai dekat rumah dengan selamat. Tapi lama jugaklah sesat patut sampai rumah waktu Asar sekali nak maghrib baru sampai.

4. Rumah Orang Kaya di Bangi


Yang ni takde pelik apa pun dia cuma saya rasa seronok bila throwback balik kisah ni. Ada seorang cikgu ni jemput saya ajar mekap dekat rumah dia, and bila datang saya terkejut jugak lah tengok rumahnya memang luar biasa besar. Bila masuk je rumah dia sedia terpasang zikir-zikir yang menenangkan hati. Saya mengajar mekap dekat bilik tamu and saya perasan ada tempat berwuduk dekat luar. Maybe dia ada mini surau dalam rumah. Akak tu sangat ramah & sangat baik, takde nak show off langsung. Lepas tu dia jamu saya dengan makanan and order barang total Rm1011. Even Rm11 pun dia tak mintak diskaun hehe happy sangat hari tu bukan sebab dapat sales je, tapi sebab jumpa orang yg baik & humble and dapat tengok Islamic deco.

Setakat ni saja kisah rare saya sejak joined Mary Kay, semua pengalaman berharga and jadi kenangan manis buat saya. Doakan covid cepat-cepat terhapus supaya saya boleh kumpul pengalaman lagi😆 Kalau nak skin consultation boleh contact saya as always~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Friday 18 June 2021

My Beauty Consultants - Part 2

Hai & salam semua😃

Macam yang dijanjikan, kita sambung lagi Part 2 tentang kisah beauty consultant dalam unit saya. Sebenarnya emosi bercampur baur bila dok menulis pasal depa ni, nak tau kenapa jom tengok.

1.Norfaezah Kadir

Ni gambar kak Faezah yang keluar dalam Newsletter sebab perform sales

Kak faezah ni duduk satu negeri dengan saya, and sampai lani tak pernah jumpa lagi😂. Maklumlah dia dekat selangor hujung sana, saya pulak hujung sini. Tambah-tambah pulak PKP. Tapi still, bisnes tetap jalan.

Kami memang tak kenal satu sama lain, cuma friends dekat facebook. Satu hari kak faezah pm saya bagitau nak join Mary Kay, nak guna sendiri je kata dia. First month kak faezah register and grab skincare set utk masalah kulit dia.

Bila register sbg user, saya takdelah letak high expectation sgt. Tapi second month tu kak faezah attend kelas esrs & dapat order Lumivie dua set. Uishhh hebat jugak padahal kak faezah tak reti pun benda-benda IT ni. Dia banyak share secara offline je dekat kawan-kawan & family. Seronok tengok bila kak faezah share hasil berMary Kay dapat belanja suami & anak-anak makan
.
Ni bukan barang kak Faezah tau tapi barang customer dia, tak taulah berapa banyak set Lumivie dia dah jual😆

FYI kak faezah bekerja sbg operator dari pagi ke malam (buat OT), and cuti cuma sehari seminggu. Benda-benda gajet pun dia memang tak reti, sebelum ni saya yang tolong kak faezah submit order. Tapi dalam banyak limitation kak faezah still perform, buktinya muka kak faezah banyak keluar dalam Newsletter sbg achievers. Takde alasan bila kita NAK kan.

2.Siti Norshazwani M Hashim


Wani ni pulak dulu setaman dengan saya, sekarang dah pindah rumah tapi still dekat. Tapi macam biasalah tak kenal pun😂 wani dapat nombor saya sebab ada orang suggest. Saya pernah buat skincare class dengan wani dulu, and adalah ajak dia join Mary Kay jugak sebab nampak wani memang berminat dalam bidang kecantikan. Alhamdulillah tahun ni Wani setuju untuk jadi sebahagian dari family Tenacious Rich😊

Wani suri rumah dengan anak-anak kecil, and ada try macam-macam bisnes jugak. Wani cakap sebelum ni dia rasa down sebab adik beradik and kawan-kawan semua bekerja, tapi now dah makin confident sebab dah belajar cantik-cantik and improve percakapan. Wani ni rajin buat video walaupun nampak dia malu-malu je awal-awal tu, now Alhamdulillah hasil usaha wani dah berjaya dapat sales dari warm circle dia Alhamdulillah.

Wani masa cod barang Mary Kay dengan adik beradik dia😃

Saya rasa kisah wani ni boleh relate dengan banyak suri rumah, wani sendiri cakap dia enjoy dengan lifestyle sekarang and takdelah bosan sangat dengan rutin suri rumah. Inshaallah kita sama-sama doakan wani pergi lebih jauh dalam Mary Kay Amin…

3.Mishalynee Shanthirasegharan


The latest yet the youngest! Misha ni baru je berumur 18 tahun, ngam-ngam cukup umur bulan lepas. Punyalah dia tunggu sampai cukup umur utk register nampak tak gigihnya dekat situ. Misha dengan saya cuma kenal melalui instagram saja, and melarat ke whatsapp. Walaupun umur muda, tapi semangat Misha sgt membara. Dari first day dia register, semua yang saya ajar dia buat. Lepas tu dia terus tanya “what’s next?” takde pun tunggu kena suap.

Masa ni first time kami buat vc, Misha dgn saya tak pernah jumpa yelah sorang kat Selangor sorang kat Perak

Biasalah cabaran beauty consultant baru, awal-awal Misha banyak dapat rejection, customer nak tunggu next month, customer tak cukup bajet and macam-macam lagilah. Tapi yang saya sangat impressed Misha langsung tak pernah mengeluh, sebijik perkataan “down” dari dia pun saya tak pernah dengar. Bila dia dah buat and masih belum dapat hasil, dia teruskan je. Dari satu dua barang, Misha dapat close banyak sales masa hari closing. Rezeki Tuhan bagi waktu last day kan, itulah hasil bila kita tak give up.
Antara “sebilangan kecil” barang-barang customer Misha, happy sangat bila tau bc kita dapat earn income dgn Mary Kay and boleh memberi kepada orang lain

Bulan ni baru bulan kedua Misha dgn Mary Kay, and still dia konsisten dapat sales. Dia siap terkejut kenapa banyak dapat untung ni hehe siap boleh belanja maid dia makan kfc & belikan baju. Haishh matangnya tak selfish langsung kan. Saya dah bagitau Misha untuk jadi Sales Director termuda dekat Malaysia, sama-sama kita doakan tau😊

Macam tu lah serba sedikit kisah beauty consultants Tenacious Rich, nampak kan betapa berbeza setiap orang tapi minat kepada Mary Kay yang menyatukan kami😃 yang penting semua dah dapat hasil dengan  and happy dengan Mary Kay. 

You all kalau nak jadi sebahagian dari unit kami yang happening & boleh click talian hayat dekat bawah tau😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini




Monday 14 June 2021

My Consultants - Part 1

Hai & salam semua😃

Posting kali ni agak special sebab biasanya saya share pasal kisah diri saya kan, tapi kali ni special sebab saya nak sharekan kisah orang lain pulak. Kami bermula dengan strangers, tapi Alhamdulillah asbab Mary Kay now masing-masing dah macam family. Jom selami kisah macam mana saya boleh berkenalan dengan beauty consultant unit saya and saya akan ikut urutan yang mana join dulu.

1. Hashimah Zahari



Throwback lepas buat skincare class dengan Shimah & the geng, Shimah yang duduk dua dari kanan

Shimah antara beauty consultant yang terawal yang saya recruit and masih stay dengan saya empat tahun kemudian😃

Shimah ni sebenarnya kawan kepada cousin saya and kami jumpa waktu saya buat skincare class dekat kolej Uitm dengan kawan-kawan lain. Long story short, Shimah joined mary kay untuk repair muka dia yang agak teruk breakout sebab guna produk peeling (penggelupasan).

Over time, kulit Shimah dah makin baik and sekarang dah bukan main gorgeous! Daripada kulit yang sgt fragile penuh jerawat batu sekarang Shimah dah boleh pakai advanced set Alhamdulillah~ Dari guna sendiri Shimah dah ada customers dari kalangan kawan-kawan dia and dapat side income jugak!

Perjalanan Shimah dalam mary kay ni bermula since dia study, then grad lepas tu kerja sampai kahwin and masih setia dengan Mary Kay😍

2. Nurfazliyana Martinos


Gambar sebelah kanan tu masa first time jumpa Yana lepas mengajar mekap dekat depa

Yana ni sebenarnya duduk satu taman dengan saya, tapi kenal melalui Facebook jugak. Yana attend kelas mekap yang jiran dia arrange dengan saya and mula-mula dia jadi customer je dulu sampailah bila saya nampak passion dia dalam bidang kecantikan saya decide untuk ajak Yana join Mary Kay. And she said yes!

Yana bantu mak dia menjahit dekat rumah & ada buat cookies sikit-sikit, yana tak boleh keluar kerja sebab ada tanggungjawab untuk jaga family. Yana bagitau saya bila join Mary Kay hidup dia jadi lebih happening and takdelah terperap je macam dulu, now boleh keluar pakai cantik-cantik. Memang kalau ada event or kelas saya akan angkut Yana sebab kami setaman & sama-sama full time.

Yana sebenarnya suffer from depression, tapi dia bagitau yang after join Mary Kay banyak bantu dalam proses recovery dia and now dah kurang bergantung kepada anti-depressant pill. And yang bestnyaa Yana dapat extra income dengan mary kay jugak😃

3.Siti Khadijah Muhamad Nasir


Before Mary Kay


After Mary Kay, bukan main lagi dia punya glow up kan😃

Siti ni duduk jauh di Penang, kami sama-sama belajar dekat Uitm Perlis tapi kenal dekat facebook jugak😂 kiranya masa zaman study tu tak kenai pun. Siti ni bermula sebagai customer, ada lah dia beli lipstick, perfume sikit-sikit. Siti pun macam saya jugak dulu, try macam-macam bisnes. Sebab nampak passion Siti dalam bisnes saya ajak Siti join Mary Kay and after setahun kot barulah dia setuju😆

Lepas join Mary Kay siti terus keluar dari group-group bisnes lain sebab dia pun sedar buat banyak-banyak bisnes pun takde hasil. So now Siti focus buat mary kay part time and sejak bulan pertama joined Siti tak pernah miss dapat customer setiap bulan. Siti jugak bagitahu saya duit hasil sales Mary Kay dia dapat hulurkan untuk parents jugak Alhamdulillah. FYI saya dan siti tak pernah jumpa pun from the first day dia jadi customer or register dengan saya, semua saya guide melalui phone & whatsapp je.

Memandangkan cerita masing-masing agak panjang, jadi saya decide untuk buat few parts supaya tak jadi novel😆

Kisah beauty consultants yang saya share ni kisah benar and nampak kan setiap bc jumpa saya & Mary Kay dengan cara berbeza tapi tulah kalau Allah dah “jodohkan” tu akan bersatu jugak. Kalau you all berminat nak jadi sebahagian dari kami, boleh click je link dekat bawah untuk contact saya😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

Wednesday 9 June 2021

Cara Hilangkan Milia Seed

Apa itu milia seed?


Milia seed adalah ketulan kecil yang terdiri daripada sel kulit mati & keratin yang terperangkap dalam kulit. Banyak punca yang boleh menyebabkan milia seed ni antaranya;

  • Kulit melepuh
  • Pemakanan
  • Pendedahan terhadap matahari yang berpanjangan
  • Penggunaan steroid cream yang berpanjangan
  • Kesan dari facial treatment seperti microdermabrasion & laser resurfacing

Dah tau punca milia seed kan, so next apa yg kita perlu buat? 🤔

1. Jangan Picit Milia Seed

Kalau kita picit nanti jadi luka & berdarah, lepas tu boleh menyebabkan penyebaran kuman and jadi infection.

2. Gunakan Mild Cleanser

Kalau kita guna pencuci muka yang terlalu kuat, dia akan menyebabkan kulit kita kehilangan natural oil yang membantu menyeimbangkan & menyihatkan kulit.

3. Gentle Exfoliation

Bila kita exfoliate guna mask atau mask yang sesuai, dia dapat membantu singkirkan benda-benda yang menyebabkan milia seed. The best exfoliator yang saya akan suggest is Timewise Repair Facial Peel sebab dia mengandungi glycolic acid yang dapat tembus jauh ke dalam kulit & buang kulit mati secara sekata.

4. Gunakan Retinol

Retinol mengandungi vitamin A yang boleh membantu untuk singkirkan milia seed, tapi setakat ni belum ada bukti kukuh kata Retinol dapat buang milia seed, cuma dapat membantu.

5. Gunakan Suncreen

Haa yang ni saya dah banyak kali share, even kalau takde milia seed pun still kena protect kulit. Sebaiknya spf 30 ke atas untuk mencegah penghasilan milia seed.

6. Elakkan Penggunaan Thick Cream

Gunakan skincare yang lightweight dan non-comodogenic untuk prevent milia seed. 

7. Elakkan Penggunaan Oil Based Product

Macam nak tahu skincare kita oil based ataupun mineral based? You all boleh refer ingredient, kalau first ingredient dia ialah water maksudnya skincare tu water based. Tapi kalau first ingredient dia dah mention oil macam sweet almond oil ataupun jojoba oil maksudnya oil based.

Mary Kay ada tak skincare untuk merawat milia seed?

Saya nak tegaskan dekat sini yang Mary Kay tak pernah claim any product boleh hilangkan terus milia seed. Tapi,,,ada certain skincare MK mengandungi ingredients yang boleh membantu untuk merawat milia seed;

1. Mary Kay Clinical Solutions


Mengandungi Retinol 0.5 and Calming Milk, antara set yang power dalam Mary Kay and bagi kesan cepat. For more info you all boleh baca dekathsini

2. Timewise Repair Facial Peel


The best exfoliator yang saya akan suggest is Timewise Repair Facial Peel sebab dia mengandungi glycolic acid yang dapat tembus jauh ke dalam kulit & buang kulit mati secara sekata.

3. Oil Free Eye Makeup Remover


Masa saya mention tadi, kalau kita guna oil based product dia mudah trigger milia seed. Macam makeup remover mary kay dah terang-terang oil free so boleh guna dengan tenangnya. Kalau tak pakai mekap pun boleh jugak guna sekitar mata sebab dia akan tolong prevent kedutan sekitar mata. And sebenarnya ada few customers yang bagitau milia seed depa dah berkurang bila guna makeup remover ni walaupun company tak claim makeup remover mk boleh treat milia seed.

So macam tu lah sedikit sebanyak mengenai milia seed, semoga bermanfaat untuk you all😃

Nak mintak skin advice dengan Diilla jangan segan-segan contact naa~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday 6 June 2021

Apa Itu Blue Light?

 "Time PKP duduk rumah je, tapi kenapa muka jadi makin teruk?"

Hai & Assalamualaikum semua😊

Logiknya bila kita duduk rumah patutnya kita makkm cantik sbb kita terlindung dari direct UV light, habuk, debu and kotoran dari luar. Tapi why muka makin kusam😢

Okay begini ya (nada Indon), antara benda yang buat kulit kita rosak bila duduk rumah is blue ray. Blue ray datang dari gadget dan electronic device macam tv, handphone, laptop etc. Apa yg scary, blue light lebih bahaya dari UV light sebab dia dapat tembus jauh ke dalam kulit😱

Blue light ni bolehlah dikatakan inevitable (tak dapat dielakkan) melainkan kita duduk dekat zaman purba. Nak tahu apa lagi yang scary mengenai blue light?

  • Merosakkan sel kulit
  • Mempercepatkan aging process
  • Buat kulit jadi kusam
  • Menganggu hormom
  • Trigger jeragat

Waduhh parok kesan blue light ni😱 😱so apa kita kena buat?

First kita kena chill, semua masalah ada solution kan hehehe. Secondly, kena pakai proper skincare walaupun duduk rumah je. Rumah kita bukan kalis blue light.

Ada tak skincare khusus untuk protect kita dari blue light?

Ada! Nama dia Mary Kay Timewise 3D. Ini bukan over claim tau tapi saintis dan dermatologist Mary Kay memang dah buat kajian demi kajian demi kajian. Siap dah patenkan satu ingredient Age Minimize 3D Complex yang memang berfungsi protect kita dari blue light.


Antara main ingredient dalam Timewise 3D ialah encapsulated resveratrol - sejenis anti oxidant untuk protect kulit daripada persekitaran dan semua benda yang bahayakan kulit.

Nak tahu lebih pasal Timewise 3D boleh click👉👉sini

Nak tahu produk mary kay yang terbaik untuk kulit & bersesuaian dgn bajet boleh contact saya naa~😃

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Saturday 5 June 2021

Dahsyatnya Solat Awal Waktu

Hai & salam semua,

Few months ago, saya cuba latih diri untuk solat awal waktu. And mashaallah betul lah orang kata dahsyat betul effect bila jaga waktu solat - time tu rezeki sangat menderu-deru dan sangat smooth. Saya tak ingat sangat semua benda yang jadi sebab dah almost setahun, tapi saya ingat bulan tu ada dapat kelas mekap dgn ramai guests so dalam sehari banyak ratus saya dapat. And bulan tu jugak saya dpt jual set Youthfinity - set yg paling mahal dlm mary kay yg mana serum saja mencecah Rm599 sebab tu saya tak sangka dapat jual set Alhamdulillah~

Tapi biasalah manusia mudah lupa, mudah alpa. Sejak bulan lepas saya rasa jauh dengan Tuhan, nak beribadat sangat liat. Solat wajib pun sometimes betul-betul hujung😢

So saya decide nak berubah, and start dgn jaga basic semula (solat on time). Mashaallah Allah bg on the spot, hari closing tu berpusu-pusu bc mintak tolong submit order & commission saya dpt untuk bulan tu almost 4 kali ganda dari amount yg saya expect akan dpt Allahu😭

And dlm 2,3 hari lepas yg dah lama berhutang dgn saya dah bayar balik. And production pun dah nampak laju walaupun baru 3hb. Syukur Alhamdulillah~ magic solat awal waktu ni memang dahsyat, jom kita sama-sama improve solat kita💓

Wednesday 2 June 2021

Mary Kay June Special

Hai & salam semua😄

Welcome June! Of course, bulan baru promo baru kan. Jom tengok sneak peak apa yang special bulan ni😍

1. Mary Kay Makeup Remover


Your ultimate savior! Untuk remove makeup mekap mata & bibir kita perlukan pencuci khas untuk bahagian sensitif, sebab tulah makeup remover tercipta. Jagan guna cleanser dekat mata nohh, yang suka guna baby oil untuk cuci mekap pun dah boleh hentikan tabiat tu sebab tak elok, lagipun makeup remover pun tengah promo ni😁

Makeup Remover Info

2. Timewise 3D Set


Antara set mary kay yang menjadi rebutan. Time PKP ni mungkin kita jarang terdedah dekat cahaya matahari tapi ingat tau kita banyak terdedah kepada blue light dari electronic device. Sebab tu jangan terkejut kalau muka jadi kusam bila duduk rumah. Timewise 3D mengandungi encapsulated resveratrol; sejenis anti-oxidant yang tinggi untuk protect kulit kita dari persekitaran. Kalau you all allergic dengan SPF, boleh ambik option Day Cream Non-SPF. Tengah promo jimat bulan ni uolls~

Timewise 3D Info

3. Mary Kay Bubble Mask


Mask buih-buih yang sangat refreshing! Sheet mask tapi boeh tanggalkan kulit mati and ada banyak sangat function lain. Baru launched bulan ni & limited edition tau~

Bubble Mask Info

Jadi setakat ini saja yang saya boleh disclose mengenai promo bulan ni chewahh macam rahsia negara pulak. Bukan apa tapi policy company yang tak membenarkan saya reveal harga dekat blog, tapi apa susah you all click je link dekat bawah untuk contact saya okayyy😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.