Sunday 20 June 2021

Kisah Seram & Unik Sepanjang Buat Mary Kay

Hai & salam semua😃

Kali ni saya nak sharekan kisah-kisah unik semasa saya buat skincare or makeup class. Sambil-sambil mengimbau kenangan time zaman dulu-dulu sebelum PKP. By the way kisah yang saya nak share ni takdelah havoc sangat, tapi still tersemat di ingatan gituuu~

1. Rumah Di Kawasan Pelupusan Sampah

Yang ni saya tak tahu lah betul kisah paranormal ataupun technical problem. Time tu saya buat skincare class dengan cikgu-cikgu dekat Telok Panglima Garang, macam biasalah kita akan mintak location sebelum datang. Tapi yang kelakarnya elok je ikut location tu ngam-ngam berhenti dekat tapak pelupusan sampah. Dahlah tempat tu terasing and takde orang langsung. Terus saya keluar and mintak dia send semula location, Alhamdulillah jumpa pun rumah cikgu tu and dapat buat skincare class dgn jayanya😃

2. Kelas Mekap Di Gaming Centre


Dapat clients mintak mengajar mekap dekat Bangi, so as always saya yang memang noob dengan jalan ni memang bergantung kepada Waze. Sampailah dekat tempat kejadian, nampak banyak lot-lot kedai and sambil cari no unit yang dia bagi saya macam seram jugak sebab tahu banyak pekerja lelaki yang duduk dekat lot kedai (tengok kepada kasut & selipar). Sampailah dekat satu pusat gaming, tengok alamat dia betul dah tapi saya rasa macam kena scam pulak iyelah nak suruh mengajar mekap dekat tempat orang main game pulak😂 tapi betul lah memang saya mengajar dekat dalam gaming centre, ada satu bilik khas. Turned out clients yang belajar hari tu rupanya isteri-isteri kepada owner gaming centre tu (family business). Rare jugak pengalaman yang ni😄

3. Waze Berhantu Dekat Kajang


Yang ni memang buat saya almost menangis. Alkisahnya saya buat skincare class dekat area Kajang Bangi, and class habis awal so happylah saya dah berangan balik rumah tu dah masuk Asar, so boleh terus solat & rehat. Kajang dengan rumah saya dekat je. Tapi tak tahulah dugaan apa hari tu, saya tak ingat exactly dekat Kajang belah mana tapi waze asyik dok berpusing-pusing and selalu bawak saya lalu dekat lereng bukit yang takde orang. Berapa kali tau saya tukar route tapi Waze tetap bawak saya belakang bukit yang sunyi tu. Rasa puakanya lah sebab saya sgt penat and nak balik rumah. Finally Waze berfungsi macam biasa and saya sampai dekat rumah dengan selamat. Tapi lama jugaklah sesat patut sampai rumah waktu Asar sekali nak maghrib baru sampai.

4. Rumah Orang Kaya di Bangi


Yang ni takde pelik apa pun dia cuma saya rasa seronok bila throwback balik kisah ni. Ada seorang cikgu ni jemput saya ajar mekap dekat rumah dia, and bila datang saya terkejut jugak lah tengok rumahnya memang luar biasa besar. Bila masuk je rumah dia sedia terpasang zikir-zikir yang menenangkan hati. Saya mengajar mekap dekat bilik tamu and saya perasan ada tempat berwuduk dekat luar. Maybe dia ada mini surau dalam rumah. Akak tu sangat ramah & sangat baik, takde nak show off langsung. Lepas tu dia jamu saya dengan makanan and order barang total Rm1011. Even Rm11 pun dia tak mintak diskaun hehe happy sangat hari tu bukan sebab dapat sales je, tapi sebab jumpa orang yg baik & humble and dapat tengok Islamic deco.

Setakat ni saja kisah rare saya sejak joined Mary Kay, semua pengalaman berharga and jadi kenangan manis buat saya. Doakan covid cepat-cepat terhapus supaya saya boleh kumpul pengalaman lagi😆 Kalau nak skin consultation boleh contact saya as always~

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

No comments:

Post a Comment