Sunday 18 April 2021

Pengalaman Sesat Teruk Ketika Skincare Class

Hai & Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke-6 semua๐Ÿ˜ƒ

Hari ni saya nak sharekan satu pengalaman yang masa kejadian saya memang rasa sangatlah macam ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘ 

Tapi rupanya pengalaman tu sangat berharga. Saya dapat mesej dari seorang akak yang mengadu masalah jeragat, and since dia duduk satu daerah je dengan saya, so saya decide untuk pergi ke rumah dia & offer buat beauty class untu masalah jeragat. Rumah dia memang dekat je dengan rumah saya, dalam 15 minit ataupun kurang. Tapi nak dijadikan cerita masa saya drive ke rumah dia tu waze asyik berpusing-pusing masuk dalam kawasan terpencil dengan semak samun. Memanglah boleh keluar balik dengan mudahnya tapi again, macam mana saya nak cari rumah dia. Mulalah saya dok fikir benda-benda paranormal yang ganggu๐Ÿ˜‚ 
Nilah saya masa hari kejadian~

Saya mula try jalan-jalan lain dengan harapan waze akan membawa saya ke jalan yang benar, tapi makin mengarut adalah. Bayangkan rumah yang jaraknya 15 minit je jadi hampir sejam huhu mau tak fed up. Geram pun ada sebab benda mudah jadi susah. Rupa-rupanya kondo akak tu memang tak boleh detect dengan waze, so pusing-pusing sampai 10 jam pun takkan jumpa. Lepas beratus call & msg, akak tu bagi location kondo lain yang berdekatan then zappp, terus jumpa. Tepuk kepala jugak sebab tempat tu sangat senang nak cari tapi tulah kan time datang susah memang jadi susah๐Ÿ˜‚

Nak masuk boleh tahan banyak procedure jugak, biasalah kondo kan memang high security. Then nak parking pun satu hal. Long story short, saya pergi jumpa & buat beauty session dengan akak tu dgn anak & menantu beliau. Lama tak buat skincare class, gugup jugak saya rasa tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Lepas habis session, kakak tu bagitau yang dia ada nak beli barang tapi tunggu hujung bulan. Saya pun okay je sebab memang niat asal nak berkongsi Mary Kay. Cerita lagi satu terjadi bila saya nak balik, masa keluar parking boleh pulak kereta saya pergi sagat dinding tempat parking bertingkat Ya Allah geramnya saya bukan tak biasa masuk tempat parking macam tu pun. Kereta bercalar of course, and bukan calar yang biasa-biasa tapi calar yang agak dalam tau plus kemek sikit bahagian pintu. Kena spend lebih sikit utk repair balik. Sis cuma mampu redha je masa tu.

Saya redha kereta sagat dinding, saya anggap tu sebagai ujian. Tapi sekali lagi saya diuji bila follow up akak tu time akhir bulan dia kata takde bajet lagi. And sampai ke bulan depan dia langsung tak tunjuk tanda-tanda nak beli. Saya rasa geram jugak mula-mula bukan geram dekat akak tu tapi geram dengan keadaan, yelah pergi buat beauty class sesat macam apa, lepas tu kereta bercalar teruk tup tup takde hasil. Tapi saya cepat-cepat insof dan buang segala fikiran buruk, kan aku dah usaha nanti mesti Allah bagi. Tak perlu risau, takde istilah buang masa selagi mana kita berusaha Allah akan lorongkan rezeki untuk kita dari mana-mana arah pun.

Dalam tengah bulan akak tu call saya, dia mintak tengokkan kulit anak lelaki dia yang balik weekend tu. Saya pergi semula rumah dia Alhamdulillah tak sesat and tak sagat apa-apa๐Ÿ˜‚ anak akak tu kerja welding, so muka naik jerawat walaupun saya tengok takdelah teruk sangat. Bila saya tanya bajet untuk saya suggestkan produk, dia kata takde bajet a.k.a takde limit. So closed sale dengan dia skincare utk jerawat worth Rm500, tambah dia belanja primer untuk mak dia so total almost Rm600. Alhamdulillah...

Berapa hari selepas tu, akak tu mesej saya nak foundation. Senang je saya hantar dekat Econsave tempat anak dia kerja, memang tempat kita lalu so tak menyusahkan langsung. Selang berapa hari akak tu order mask pulak, kita hantar je lagi dengan happynya pandai pulak akak tu selalu order barang ready stock. 

Berapa hari selepas tu akak tu mintak consultkan anak perempuan dia pulak, so consult via whatsapp je and dapat closed sale skincare untuk jerawat pasir / tiny bumps. And minggu lepas pulak akak tu mintak consult anak perempuan bongsu pulak and closed sale lagi Allahu terharunya saya dgn satu family saja dah dapat sales beribu. Berapa kali keluar masuk Econsave untuk hantar barang. Ada hikmahnya sesat & accident kecil, saya bersyukur saya tak persoalkan masa diuji sedikit hari tu.

Sometimes kita diuji dengan kesusahan yang kita rasa sangat tak patut berlaku, sebab Allah nak bagi kita kesenangan yang langsung kita tak jangka. Sebab tu dalam apa keadaan pun, belajar untuk husnuzon dengan Allah๐Ÿ˜Š

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 




No comments:

Post a Comment