Thursday 29 April 2021

Dewy Makeup Look

 Hai & salam semua😍

Bersempena dengan Syawal semakin dekat ni, saya nak share kan teknik makeup dewy yang makin famous sekarang. Dewy bermaksud lembap, nampak ala-ala kebasahan, glowing tapi bukan oily tau. Basically dewy look ni terletak pada base dia, and kita akan kurangkan pengunaan powder sebaliknya lebih gunakan alat mekap jenis cream, liquid ataupun stick. Sebab dewy makeup ni nak nampak kita seolah-olah dilahirkan dengan kulit macam Korean haa gituuu~

Bahan-bahan yang saya gunakan untuk create dewy base;

1. Naturally Nourishing Oil

Kita nak nampak glowing from within, so nourishing oil ni sangat berkesan nak create inner glowing bagi terpantul memancar-mancar. Tapi you all jangan risau sebab nourishing oil ni tak rasa berminyak pun unless kalau you all jenis kulit oily kita tak galakkan pakai. Nak lagi kebabom you all boleh mix dalam foundation jugak😍

2. Honey Glow Finisher

Mula-mula masuk Malaysia terus sold out. Kali kedua masuk malaysia pun sold out jugak sampai company decide nak buat Honey Glow jadi item tetap & bukannya limited edition. Punyalah power seketul Honey Glow ni. Honey Glow ni merupakan makeup base yang instantly bagi effect glass skin so memang sesuai untuk create dewy look. 

3. Timewise 3D Foundation - Luminous Formula

FYI liquid foundation MK ada dua formula - matte (oil control) & luminious (dewy effect). Luminious foundation sebenarnya khusus untuk kulit kering sebab tu dia bagi effect moist & glowing. Kalau kulit combination pun boleh guna Luminous fundation ni tapi untuk kulit oily memang kita tak reccomend. 

4. Contour Stick

Contour stick Mary Kay senang sangat nak guna walaupun you all newbies, and contour jenis stick ni akan bagi effect mcm kita dah lahir dengan lekuk pipi haha. Bila guna makeup jenis stick dia akan nampak macam makeup tu tertanam dalam kulit kita so memang menepati sangat tema mekap dewy.

5. Highlighting Stick

Highlighting stick MK nampak warna pink tapi bila apply dia jadi almost colourless senga effect pinkish sikit and memang sesuai sangat untuk buat dewy makeup. Senang pun senang uiii~

6. Unlimited Lip Gloss in Evening Berry

Saja try buat blusher dengan lip gloss, saya ambil warna Evening Berry yang pekat sikit sebab bila kita blend memang warna dia akan berkurang. Ad warna sama jugak saya pakai dekat bibir cuma saya coat dulu bibir dengan lipliner code Coral.

7. Makeup Finishing Spray

Makeup spray ni selalin bantu mekap you all untuk tahan selama 16 jam lamanya, dia jgak bagi effect muka fresh & glowing dari dalam. Bila spray ni dia akan blend lagi sekali bahagian-bahagian capuk tu and ratakan part yang cakey, memang perfect finish!

Punyalah bersungguh buat video sampai lupa nak selfie😂 

Tapi you all bolehlah tengok mcm saya apply semua produk dari mula untuk create dewy base. Semoga membantu you all untuk buat look baru raya nanti!😀


Psttttt....nak tahu promo raya meh contact ceq naa😎

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Jom follow saya dekat instagram! Click sini

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

No comments:

Post a Comment