Showing posts with label be a beauty consultant mary kay. Show all posts
Showing posts with label be a beauty consultant mary kay. Show all posts

Saturday, 11 April 2020

Work From Home Tips

Assalamualaikum & salam sejahtera🌹

Dengan ini diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan. Tapi bukan itu pasal tu yang saya nak ulas hari ni, memandangkan ramai kena #workfromhome sepanjang tempoh PKP, jadi hari ni saya nak share tips untuk jadi produktif ketika #workfromhome - credit to NSD Sheila.

1. Pakai Proper Attire

Tak semestinya pakai formal suit utk #workfromhome, tapi elakkan pakai baju tidur yang oversized ataupun yang sgt lusuh. Anda boleh gantikan dgn t-shirt berkolar atau blouse padankan dgn jeans / legging kegemaran anda. Percayalah bila anda dah properly dressed, mood juga akan lain!😍

2. Pakai Skincare Lengkap
Memang bila duduk rumah kita ada banyak masa utk apply skincare, tapi kita juga ada byk masa untuk jadi MALAS. Jadi make sure anda amalkan regimen penjagaan kulit yang lengkap sebab selain utk jaga kulit, anda juga akan *trick* otak anda yang anda lebih bersedia untuk bekerja.

3. Put On Makeup

Sama juga, tak perlu mekap lima inci tapi memadailah solekan tipis bagi muka nampak helok sikit. Paling simple, bedak & lipstick! Kalau anda jenis malu pakai lipstick terang2 haa time nilah nak pakai lipstick merah sebab warna terang akan bagi aura bold. Yang dah kahwin pun time nilah byk masa nak berhias utl suami🤭 Make sure rambut kemas sentiasa termasuklah utk yang muslim memandangkan kita tak perlu bertudung dlm rumah.



Nak mekap macam ni pun takde masalah takdelah segan orang tengok kat rumah kan😃

4. Asingkan Ruang Bekerja & Berehat


Perasan tak kita jadi kurang produktif bila kita buat kerja atas katil compare dgn kita buat kerja atas meja? Our brain recognizes space! Jadi sediakan satu ruang bekerja and latih diri untuk gunakan ruang itu ketika buat kerja.


Haa buat kerja begini jangan ya, mengundang ketiduran👀

Give these a go and see the difference! Nothing is more satisfying than feeling accomplished at the end of your day🔥

Stay at home & stay safe everyone! Mari kita doakan supaya wabak Covid-19 dilenyapkan terus dari atas muka bumi Amin...

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




Saturday, 29 December 2018

Coaching Session Bersama Mentor

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak share santai-santai pasal activity coaching yang kami buat di beauty centre Seri Kembangan. Di Mary Kay memang selalu ada ongoing education melalui semua medium - Unit Meeting, Product Knowledge, Makeup Class, Personal / Group Coaching, etc. Untuk online coaching pulak toksah cakap lah - ada learning dekat group focus,group whatsapp, group telegram, facebook live, etc. Education dari unit kami sangat flexible, kalau ibu  bekerja yang ada kekangan nak dtg unit meeting, boleh ikut online coaching je. Macam tu jugak yang beauty consultant yang duduk jauh, takde masalah untuk follow lesson yang diberi. 
Inilah kami semasa tengah tunggu cukup korum. Masa tu belajar macam mana nak buat time management, macam mana nak develop team, macam mana nak develop diri jadi leader yang bagus & macam-macam lagi lah

Tengah membelek-belek planner sepas belajar macam mana nak manage time dgn efficient. Ada sesiapa sudi penuhkan jadual saya bulan ni? Skincare clas? Makeup class? Career opportunity?

Dapat hadiah lagi & lagi, Director kami memang sangat pemurah tau sekecik-kecik achievement pun dapat hadiah untuk motivate kita

Elizabeth - beauty consultant yang sangat bubbly. We all dapat hadiah dari London tau and paling best saya dapat merasa purse Harrords😉

Dari dulu lagi sebelum jumpa Mary Kay saya memang sangat dahagakan ilmu bisnes. Tapi tu lah siapa nak ajar kita kan huhu. Kebiasaan leader yang saya dapat selalu share pasal kisah kejayaan depa sebagai motivasi, sampai saya pun meleleh air liur nak jadi macam depa tapi tu lah, masih blur and masih tak clear macam mana nak buat untuk sampai ke tahap macam tu. 

Tapi bila jumpa Mary Kay, saya jadi lagi jelas dgn mission and vision. Saya tau macam mana nak plan, saya tahu set target and apa yang kena buat untuk achive target. Saya dah nampak tak mustahil untuk saya capai impian saya. Sebab tu lah kena ada mentor. Dulu saya ingat kan director ni exclusive sangat, macam orang hado-hado, yang kita beauty consultant baru ni bilis-bilis je. Pembawakan dari bisnes-bisnes terdahulu. Then baru saya sedar yang dalam Mary kay semua sisters! Saya sendiri dah berapa ratus kali personal coaching dengan Director saya tanpa caj sesen pun. Tumpang tidur rumah dia bila ada corporate skincare class dekat tempat jauh tu biasa. And macam tu jugak dengan Directors lain pun, ada seorang Director yang saya panggil Kak Ija tinggal dekat dengan saya and  selalu ajak saya tumpang bila nak ke centre. Saya pernah terlepas unit meeting and dia ajak saya join coaching dengan dia dan Consultant2 beliau di McDonald Taman Melawati - bincang topik yang sama yang saya miss. Siap bagi tumpang and makan McD lagi. Huhuhu terharunya bila ingat kebaikan you all ni Allah je boleh membalas. 

Perlu ke selfie haha? Doakan saya jadi Director yang berjaya & bermanfaat kepada orang lain Aminn...

Coaching session ni biasanya santai-santai je yang penting kita dapat input. Time unit meeting benda biasa bila beauty consultant bawak anak, sebab Mary Kay sangat mementingkan balanced priority. Dari sekecik-kecik benda diajar contohnya macam mana nak buat online posting, cara yang berkesan untuk create engagement, berapa kerap patut share posting, money management, time management yang kita nampak macam remeh rupanya bagi impact yang besar dekat bisnes and juga diri kita. Bila semua benda dah tersedia macam ni, kita akan rasa malu nak bagi alasan lagi tau.

                  
 Lepas coaching session tu ada buat shooting untuk new eye palette tapi saya tak dapat join sebab nak bersama atuk & nenek yang datang dari jauh. Ingat balanced priority kan. And sebenarnya kami banyak jugak buat activity yang best tapi bermanfaat bila berkumpul sekali. Contohnya macam video tutorial kening yang saya pernah share dulu, itu sebenarnya hasil dari plan asal kami untuk buat skincare class dah tersasar sebab semua guests belah petang tak dapat datang. So dari kami melongo and membawang baik kita buat something yang berfaedah kan. Lagipun dekat centre memang ada ring light so gunakan sepenuhnya hehehe.

Nak berjaya dalam bisnes kena selalu menuntut ilmu. Kalau you all rasa macam dah kerap sangat bertukar-tukar bisnes macam saya dulu, cuba take time & reflect dekat mana silapnya. Adakah dari diri anda sendiri, ataupun dari product, ataupun takde education dari mentor? Ataupun mentor pun memang tak wujud?? Nak buat bisnes, first kena cari product yang bagus & bermanfaat. Secondly, tengok macam mana leaders atau business owner empower dia punya team, yang ni you all boleh stalk dekat social media. Pilih bisnes yang owner atau leader dia nampak aktif. Saya dulu main terjah je dalam Mary Kay, tapi Alhamdulillah syukur sangat-sangat berada dalam unit yang penuh kasih sayang. Saya tak kata Mary Kay ni untuk semua orang tapi kalau you memang berminat dalam bidang cosmetic and minat mencantikkan & membantu orang ain, then this is the one for you. 


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc