Thursday, 16 August 2018

6M BAHAYA

*Kita perlu buang 6M dalam diri apabila berniaga:*

1 MALU
2 MALAS 
3 MARAH
4 MERAJUK 
5 MENYUSAHKAN 
6 MENYESAL

Kenapa 6M patut dibuang ?

Kalau *MALU* jadi *MALAS*

Bila *MALAS* kena *MARAH*

Bila kena *MARAH* , *MERAJUK

Bila *MERAJUK* jadi *MENYUSAHKAN

Bila *MENYUSAHKAN* nanti *MENYESAL

Kalau *MENYESAL* ??? 

*DOWN* ... semangat hilang... business pun tak akan berjalan dan hasilnya business kita bankrup, maka kita pun *GAGAL* dalam perniagaan.

Throwback bersama dengan achievers Cruising Beyond Red. Rindu~


Tuesday, 14 August 2018

New Starter Kit Bag

Assalamualaikum & morning! 

Satu haribulan lepas dapat berita yang buat beauty consultant stress, sebab kami cuma mampu tengok beg starter kit baru yang esklusif untuk newly joined beauty consultant. Hamboii untungnyalah siapa yang baru join, dapat beg stylo ni.


Nampak tak beza gambar atas & bawah, haa sebenarnya boleh tarik keluar pouch tu. Beg ni boleh pakai jadi 3 style tau, ada tali yg boleh sambung dengan pouch kecik tu untuk buat sling back. Nak pegang macam tu saja pun boleh.

Sebenarnya ni lebih dari sekadar beg. Beg ni boleh jadi permulaan untuk sesuatu yang sangat indah. Permulaan sebuah impian. Semua orang-orang hebat Mary Kay bermula dengan beg starter kit. Kalau rasa nak dapatkan beg azimat Mary Kay yang beserta dengan banyak peluang, boleh contact saya untuk saya bantu. 

Much love, 
   Dee

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Sunday, 12 August 2018

Mekap Dinner

Assalamualaikum & morning!

Saya excited nak share pengalaman pertama saya buat job mekap orang. Sebenarnya ada customer yang tanya jugak kalau saya ada buat servis mekap, tapi saya macam tak tahu nak jawab apa haha. Nak charge berapa pun tak reti. Sampailah satu hari tu, Director saya mintak tolong untuk mekapkan orang. Since ada dua orang, dia handle sorang and saya pun handle sorang. Tapi masa hari kejadian tu tiba-tiba jadi empat orang pulak. Dahlah waktu pagi tu kami ada event Skincare & Basic Makeup Class dekat Kolej Komuniti Hulu Selangor. Then terus berkejar ke Setia Alam untuk makeup job.


Nilah kami semasa di Kolej Komuniti, sebelum lari pergi Setia Alam


Seharian dalam kereta, makan & tido dalam kereta

Saya dah lupa nama hotel dia tapi sampai sana je nampak banyak MUA dekat lobby. Rupanya ada dinner Hai-O and ramailah nak melaram, baju pun bukan main mengerlip masing-masing. Naik ke bilik hotel tingkat 32, rasa lama jugak walaupun naik lif. And lepas tu tanpa buang masa kami terus singsing lengan mekapkan akak-akak Hai-O ni. 


Bila kena mekapan empat oang serentak, bukan kena bahagi sorang dua. Tapi clients akan take turn and kami buat part by part. Lebih cepat kalau macam tu.


Final touch on the last client, masa ni saya dah rasa cramp satu badan sebab penat dari pagi tambah pulak dengan PMS. Tapi bertahan sebab yang ni last kan.

Done! Yang kiri tudung maroon semua saya mekapkan yang sebelah kanan pulak semua Director ( Kak Mira) mekapkan. We delegate tasks.



Yang ni kami bahagi-bahgi. Contohnya macam belah kanan tu (tudung maroon) syaa buat base and hidung (shading), highlighting, concealing. Kak Mira pulak buat mata, kening & bibir.

Kak Mira with one of her clients

Alhamdulillah hari tu pun berakhir dengan jayanya. Saya cuma belajar mekap dari kelas-kelas free yang dianjurkan oleh Director, ilmu and skill yang saya dapat saya polish dari masa ke semasa supaya dapat mengajar mekap kepada sesiapa yang berminat. Maklumlah perempuan sekarang kan gila meka and suka melayan makeup tutorial. Tak sangka dapat extra income pulak dari mekapkan orang walaupun saya bukan MUA. 

Siapa rasa nak book Basic Makeup Class dengan saya, sudi-sudikanlah diri tu contact saya. Saya sudi je mengajar😁.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Monday, 6 August 2018

My Big Why

Kenapa saya bersungguh nak bantu orang lain improve kulit mereka?

.

Because I really know how it feels to be an ugly duckling! Seawal usia 10 tahun jerawat nasi penuh satu muka (tak nampak dalam gambar sebab guna kamera kodak je dulu). Muka hangus & berminyak toksah cakaplah. Baru 10 tahun, darjah 4. Budak2 lain tengah muka halus mulus lagi time tu. Tapi saya jauh berbeza.

.

Kena mengata, kena kutuk takyah cerita lah. Selalu dipanggil "hitam". Gelaran yang menusuk kalbu, melekat di hati. Self esteem boleh kata zero masa tu. Rasa buruk je all the time macam mana nak confident. Kalau ada orang bagitau yang saya akan jadi beauty consultant satu hari nanti mau tergelak guling2.

.

Effort saya?? Sangat banyakkkk. Petua moden tradisional semua saya cuba. Telur, kayu manis, tepung, limau purut, pegaga and rasa semua barang kat dapur pernah try. Mama pun habis ikhtiar dah untuk anaknya ni. Bawak jumpa tokey jamu, beli ubat macam2, tanya kawan2 cikgu kat sekolah dia. Tak cukup kat selangor sampai ke kelantan dia tolong cari penawar.

.

Sebab tu bila tengok orang dengan kulit bermasalah, saya rasa sebak teringatkan diri saya dulu. No one deserves to feel that way! Kalau tengok budak2 saya sedih sebab saya rasa dia kena ejek di sekolah. Kalau tengok orang dewasa pun saya sedih juga mengenang dia mesti ada isu besar dengan self esteem. 

.

Tapi saya bersyukur dengan pengalaman pahit mempunyai kulit muka bermasalah dulu. Sebab saya boleh share dengan orang kisah. Dan rasa kasihan saya lebih tinggi bila tengok someone dengan masalah kulit. Allah turunkan dugaan untuk beri kita pelangi di kemudian hari. Percayalah😊.


Sunday, 5 August 2018

How Mary Kay Has Shaped Me

Bagaimana Mary Kay membentuk saya?


1. Trust in God

Bila kita berbisnes, CEO kita direct Allah. Takde bos yang akan appraise kita semuanya bergantung kepada usaha & tawakal. Sebab sedar betapa kita bergantung dengan Allah, saya cuba konsisten buat amalan menjemput rezeki. Baca dua ayat terakhir Al-Baqarah setiap malam, and solat Dhuha yang dulu saya cukup malas nak buat Alhamdulillah dah berterusan. Sorry takde niat saya nak menunjuk, saya cuma nak bagitau betapa saya bersyukur bila kita jadi mendekatkan diri dgn Allah disebabkan berniaga, and you all cubalah konsisten Dhuha, serius rasa impact dia sangat hebat.

2. Go Give Spirit

Memberi tanpa mengharapkan balasan. This is widely practised among Mary Kay sisters. Ada je yang tolong edit gambar utk promosi. Ada je yang bagi pinjam stok, siap ada tolong pos dekat customer. Macam tu jugak masa buat skincare class, kami diajar untuk niatkan sedekah, niatkan sharing benda best & berkongsi ilmu kecantikan.

3. Goal Setting

Yang ni penting. Saya ada share macam mana perangai saya dalam bisnes-bisnes terdahulu, kalau ada, adalah. Kalau takde pun takpe. So hasilnya pun ada-ada je. Sebaliknya bila dalam Mary Kay, banyak reward program untuk mengajar kita set target & focus. First time saya bergelar Star Consultant, dapat swarovski. Then dapat beg, dapat gadget belum masuk hadiah dari Director lagi memang tak terkira. Paling besar dapat cruise trip fully sponsored siap dapat duit belanja lagi. The power of GOAL SETTING😁.

4. Self Grooming

Awal-awal masuk Mary Kay saya selebet😂. Serius! Tak rasa perlu pun nak bermekap sebab kita kan beauty consultant bukan MUA. Tapi bila attend event Mary Kay memang tak puas hati sebab tengok sisters lain cantik-cantik je. And benda yang paling memaksa saya untuk belajar mekap bila tengok kawan-kawan sebaya memang tengah gila mekap, so sepatutnya saya ada added value untuk dioffer kepada orang lain which is mengajar basic makeup. Now Alhamdulillah, dari tangan terketar pegang brush now dah banyak mengajar guests buat basic makeup, siap ada orang nak upah makeup masa kahwin.

5. Sisterhood

Yang ni best. Tiba-tiba saya ada sangat ramai kawan. Satu Malaysia tau. Bila umur dah meningkat and bekerja ni social life kita memang banyak berkurang, especially bila ramai kawan-kawan yang dah berkahwin & berkeluarga. Saya ni dahlah extrovert and nasib baik boleh dapat banyak girlfriends time dengan Mary Kay. Kawan-kawan dekat universiti akan berkurang bila habis belajar, kawan-kawan time kerja akan berkurang bila kita berhenti or bertukar kerja,  kawan-kawan dari kalangan jiran pun mungkin berkurang lepas berpindah, tapi dalam Mary Kay Inshaallah ukhuwah berkekalan hingga ke akhir hayat. And yes, semua sisters yang saya jumpa setakat ni semuanya positif and clear about their goal. I can never stand negative people.

Jadi inilah antara sebab-sebab kenapa saya jatuh cinta dengan bisnes Mary Kay. Banyak sangat perubahan positif yang terlahir dari diri saya  and orang lain pun sama tau. Semua jatuh cinta yang tak boleh move on😂. Anda boleh contact saya kalau rasa berminat untuk join company yang penuh dgn kasih sayang ni :).
Throwback gambar sebelum masuk Superstar Libra Cruise

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saturday, 4 August 2018

Mary Kay Brush Collection







Assalamualaikum & morning!

Finally, yang ditunggu telah tiba. Bila dapat teaser brush collection baru dari Mary Kay, saya panas punggung betul. Tak sabar sangat rasanya. Sebab tengok gambar pun dah rasa dia punya kegebuan and kelembutan. Saya takkan membebel panjang-panjang dalm entry kali ni sebab brush ni boleh bercerita sendiri tau hehe.


Saya suka pouch baru ni yang sangat convenient and travel friendly. You all boleh dapat free pouch if beli essential set yang termasuk all over powder brush, cheek brush, all over shadow brush, eye crease & eye smudger brush. Foundation brush, eyebrow brush & powder foundation brush boleh add on. Semua brush baru ni boleh beli separate tau. My personal favourite mestilah foundation brush dengan potongan serong sebab boleh fefeeling macam MUA kikiki.
Ada lapan brush in total - All Over Powder Brush, Cheek Brush, Powder Foundation Brush, Eyebrow / Eyeliner Brush, All Over Shadow Brush, Eye Crease Brush, Eye Smudger Brush, Foundation Brush


Nahh ni antara sebab saya tak nak berceloteh panjang sebab dah buat so called tutorial / review video pasal Mary Kay Brush Collection yang baru. Saya memang nervous and tak mahir buat video so tutup mata lah kalau nampak macam tak kena tu haha.


And...
.

.

.

SURPRISE!

Mary Kay juga ada keluarkan produk baru yang super awesome!

Mary Kay Brush Cleaner yang sangat memudahkan! Spray-spray je and sapu dekat tisu untuk buang kotoran, as easy as ABC. Dulu saya cukup malas nak basuh brush sebab fikir kena bilas banyak kali, pastu kena jemur terbalik and tunggu sampai kering mak aih renyahnya. 

Siapa nak berfeeling dengan brush baru ni, jom set appoinment dengan saya. Boleh belajar cara nak guna jugak alang-alang tu kan. Dibuat dari sintetik yang berkualiti tinggi and lembut di kulit. Tak sia-sia penantian ku selama ini😀.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Thursday, 2 August 2018

Serum Paling Power

Assalamualaikum & good morning!

Jom kita cerita pasal item yang paling power dalam skincare regime, which is SERUM. Kenapa serum ni yang paling berkuasa? Sebab molekul dia yang paling halus and satu-satunya item yang dapat tembus sampai ke lapisan dermis. Kalau skincare lain cuma sampai ke lapisan pertama kulit iatu epidermis. serum ni ada special delivery system yang membolehkan dia sampai ke lapisan dermis, and sebab tu jugaklah serum ni yang paling berkesan berbanding item lain. Tapi tak bermaksud cukup kalau pakai serum je, basic skincare item macam cleanser and moisturizer perlu jugak ya sebab serum takkan boleh bekerja tanpa moiture (kelembapan). 

Macam you all tengok dalam gambar, kan ada bermacam-macam jenis serum tu pun belum masuk semua tau. Setiap serum ada target masing-masing, and kita boleh pakai lebih dari satu serum selagi mana sesuai dengan keperluan kulit kita. Saya sendiri pakai empat serum hehehe. So macam mana turutan kalau pakai banyak-banyak serum? Well senang je sayang, mulakan dengan serum yang paling mahal dulu sebab kita nak penetration dia yang paling jauh. Tapi kalau semua sama harga? Pakai je yang paling halus dulu :). 

Rasa nak berserum tapi tak tahu serum yang sesuai? Contact saya untuk free trial and consultation. Inshaallah saya bantu sebaik mungkin. Kalau nak kulit cantik sampai ke tua, sentiasalah semai baja serum dekat kulit muka😁.




To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc