Tuesday, 20 April 2021

Tips Muka Fresh Bila Bangun Tidur

Hai & salam semua๐Ÿ˜


You all pernah tak bila bangun tidur terus tengok cermin? Haa apa yang you all nampak? Seram tak kikiki, ke bangun pagi nampak macam bidadari??๐Ÿ˜ƒ

Hari ni saya nak sharekan tips supaya muka tetap maintain fresh walaupun baru bangun tidur, barulah husband dekat sebelah suka tenung kan #ehh yang bercakap ni pun  belum kahwin lagi๐Ÿ˜‚

1. Jangan Bawa Stress Ke Katil

Stress tu biasa untuk manusia macam kita, kata pun dunia ni tempat ujian. Tapi tak perlu bawak ke tempat tidur you all, very unhealthy and boleh sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila bangun nanti jadi zombie. Benda ni sebenarnya berkaitan dengan rohani jugak, suap banyak makanan jiwa dalam diri Inshaallah takde dah overstress walaupun banyak masalah.

2. Elakkan Tidur Meniarap

Dalam Islam pun memang dilarang tidur meniarap sebab boleh rosakkan postur tubuh & menjejaskan kesihatan kita. Dari segi kecantikan pulak, bila kita tidur meniarap muka kita terpaksa mennaggung berat kepala kita & menyebabkan kehadiran garis-garis halus. 

3. Tidur Sekurang-kurangnya 6-8 Jam

Ada sebab kenapa waktu tidur dipanggil "beauty sleep", bila kita tidur dia akan melegakan otot-otot muka & badan jadi kita dapat bangun pagi dengan fresh! 

4. Biarkan Cara Matahari Masuk Bilik

Kalau terperap lama dalam kegelapan dia akan mempengaruhi mood kita jugak, so bila bangun cepat-cepat selak tingkap bagi cahaya matahari masuk. Bila kita rasa fresh secara muka tak langsung muka pun nampak fresh.

5. Hidu Bau-bauan Yang Menyegarkan

Contoh aroma yang refreshing macam lemon yang boleh bantu kita celik mata lepas bangun tidur, saya sendiri suka bau-bauan dalan rumah sebab boleh boost up mood kita.

6. Pakai Skincare Yang Lebih Mahal Di Waktu Malam

Ni biasanya termaktub pada serum, ada orang yang pakai lebih dari satu serum and dia bahagikan serum untuk siang and serum untuk malam. Bila malam daya serapan kulit lebih tinggi untuk menyerap semua nutrient dari skincare so kita dapat bangun esok pagi dengan muka gebu mulus๐Ÿ˜€

7. Exfoliate Pada Waktu Malam

Rasanya ramai dah tahu yang tahu kita wajib exfoliate guna mask atau scrub 2-3 kali seminggu. Tak kisah pun kita nak scrub muka siang or malam, tapi back to point no 6, waktu malam muka kita lagi tinggi kadar penyerapan so kita digalakkan exfoliate waktu malam jugak.

8. Terus Mandi Lepas Bangun

Aishh ni rasanya tak payah cakap hehe tapi biasalah kadang-kadang ada masa kita dilanda kemalasan jugak especially time cuti & cuaca sejuk. At least basuh muka lah so takdelah nampak hauk sangat bila bangun tidur๐Ÿ˜

You all suka ke kalau saya selalu share beauty tips? Jom join telegram channel saya boleh click link dekat bawah๐Ÿ˜

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 



Sunday, 18 April 2021

Pengalaman Sesat Teruk Ketika Skincare Class

Hai & Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke-6 semua๐Ÿ˜ƒ

Hari ni saya nak sharekan satu pengalaman yang masa kejadian saya memang rasa sangatlah macam ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘ 

Tapi rupanya pengalaman tu sangat berharga. Saya dapat mesej dari seorang akak yang mengadu masalah jeragat, and since dia duduk satu daerah je dengan saya, so saya decide untuk pergi ke rumah dia & offer buat beauty class untu masalah jeragat. Rumah dia memang dekat je dengan rumah saya, dalam 15 minit ataupun kurang. Tapi nak dijadikan cerita masa saya drive ke rumah dia tu waze asyik berpusing-pusing masuk dalam kawasan terpencil dengan semak samun. Memanglah boleh keluar balik dengan mudahnya tapi again, macam mana saya nak cari rumah dia. Mulalah saya dok fikir benda-benda paranormal yang ganggu๐Ÿ˜‚ 
Nilah saya masa hari kejadian~

Saya mula try jalan-jalan lain dengan harapan waze akan membawa saya ke jalan yang benar, tapi makin mengarut adalah. Bayangkan rumah yang jaraknya 15 minit je jadi hampir sejam huhu mau tak fed up. Geram pun ada sebab benda mudah jadi susah. Rupa-rupanya kondo akak tu memang tak boleh detect dengan waze, so pusing-pusing sampai 10 jam pun takkan jumpa. Lepas beratus call & msg, akak tu bagi location kondo lain yang berdekatan then zappp, terus jumpa. Tepuk kepala jugak sebab tempat tu sangat senang nak cari tapi tulah kan time datang susah memang jadi susah๐Ÿ˜‚

Nak masuk boleh tahan banyak procedure jugak, biasalah kondo kan memang high security. Then nak parking pun satu hal. Long story short, saya pergi jumpa & buat beauty session dengan akak tu dgn anak & menantu beliau. Lama tak buat skincare class, gugup jugak saya rasa tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Lepas habis session, kakak tu bagitau yang dia ada nak beli barang tapi tunggu hujung bulan. Saya pun okay je sebab memang niat asal nak berkongsi Mary Kay. Cerita lagi satu terjadi bila saya nak balik, masa keluar parking boleh pulak kereta saya pergi sagat dinding tempat parking bertingkat Ya Allah geramnya saya bukan tak biasa masuk tempat parking macam tu pun. Kereta bercalar of course, and bukan calar yang biasa-biasa tapi calar yang agak dalam tau plus kemek sikit bahagian pintu. Kena spend lebih sikit utk repair balik. Sis cuma mampu redha je masa tu.

Saya redha kereta sagat dinding, saya anggap tu sebagai ujian. Tapi sekali lagi saya diuji bila follow up akak tu time akhir bulan dia kata takde bajet lagi. And sampai ke bulan depan dia langsung tak tunjuk tanda-tanda nak beli. Saya rasa geram jugak mula-mula bukan geram dekat akak tu tapi geram dengan keadaan, yelah pergi buat beauty class sesat macam apa, lepas tu kereta bercalar teruk tup tup takde hasil. Tapi saya cepat-cepat insof dan buang segala fikiran buruk, kan aku dah usaha nanti mesti Allah bagi. Tak perlu risau, takde istilah buang masa selagi mana kita berusaha Allah akan lorongkan rezeki untuk kita dari mana-mana arah pun.

Dalam tengah bulan akak tu call saya, dia mintak tengokkan kulit anak lelaki dia yang balik weekend tu. Saya pergi semula rumah dia Alhamdulillah tak sesat and tak sagat apa-apa๐Ÿ˜‚ anak akak tu kerja welding, so muka naik jerawat walaupun saya tengok takdelah teruk sangat. Bila saya tanya bajet untuk saya suggestkan produk, dia kata takde bajet a.k.a takde limit. So closed sale dengan dia skincare utk jerawat worth Rm500, tambah dia belanja primer untuk mak dia so total almost Rm600. Alhamdulillah...

Berapa hari selepas tu, akak tu mesej saya nak foundation. Senang je saya hantar dekat Econsave tempat anak dia kerja, memang tempat kita lalu so tak menyusahkan langsung. Selang berapa hari akak tu order mask pulak, kita hantar je lagi dengan happynya pandai pulak akak tu selalu order barang ready stock. 

Berapa hari selepas tu akak tu mintak consultkan anak perempuan dia pulak, so consult via whatsapp je and dapat closed sale skincare untuk jerawat pasir / tiny bumps. And minggu lepas pulak akak tu mintak consult anak perempuan bongsu pulak and closed sale lagi Allahu terharunya saya dgn satu family saja dah dapat sales beribu. Berapa kali keluar masuk Econsave untuk hantar barang. Ada hikmahnya sesat & accident kecil, saya bersyukur saya tak persoalkan masa diuji sedikit hari tu.

Sometimes kita diuji dengan kesusahan yang kita rasa sangat tak patut berlaku, sebab Allah nak bagi kita kesenangan yang langsung kita tak jangka. Sebab tu dalam apa keadaan pun, belajar untuk husnuzon dengan Allah๐Ÿ˜Š

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 




Friday, 16 April 2021

Punca Kulit Kering

 


Hai & salam semua๐Ÿ˜€

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia~

Lately saya perasan masalah kulit kering semakain menjadi-jadi, ada few customers yang mengadu kulit kering & naik tiny bumps. Lagi-lagi time bulan puasa ni memang kulit kita cenderung untuk hilang kelembapan sikit. Jom kita tengok apa punca-punca kulit kering๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

1. Cuaca

Cuaca dan persekitaran yang sejuk mendorong kulit utk jadi lebih kering

2. Terlalu Kerap Mandi

Mandi yang terlalu kerap akan menyebabkan kulit kita hilang kelembapan semulajadi

3. Faktor Usia

Semakin kita berusia, kulit akan menjadi semakin nipis dan semakin kering

4. Pekerjaan

Pekerjaan yg byk terdedah dgn air contohnya perenang akan buat kulit kita kering

5. Penyakit

Kulit kering melampau biasanya disebabkan penyakit seperti eczema dan psoriasis

6. Silap Guna Skincare

Kulit kering tapi guna formula skincare utk kulit berminyak contohnya akan buat kulit lebih teruk

Sekian, simple je sharing saya hari ni๐Ÿ˜Œ jangan lupa minum banyak air untuk pastikan diri kita & juga kulit kita stay dehydrated di bulan puasa ini. Untuk solution bagi masalah kulit kering you all boleh click Mary kay Naturally ataupun click je link dekat bawah untuk contact saya. Selamat berpuasa again & semoga semua ibadah kita diterima Allah๐Ÿ’“

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


Monday, 12 April 2021

Pink Points Program

Assalamualaikum & hai semua๐Ÿ˜

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya Amin~

Sajalah kan nak posing dgn handbag raya kikiki~

Btw saya nak inform sebenarnya mary kay introduce program baru yang namanya Pink Points Program khas untuk beauty consultants tebus hadiah dengan points terkumpul. Points tu valid setahun, jadi terpulang dekat kita samada nak redeem ataupun nak simpan points tu untuk hadiah-hadiah lain. Contoh macam saya dah redeem handbag raya dengan pink points, and selain handbag you all boleh redeem hadiah-hadiah lain macam beauty tools, cosmetic trolley, samplers, cash money and macam-macam lagilah๐Ÿ˜

Pink Points Program ni memang best sebab boleh jadi motivation untuk kita usaha dapatkan sales untuk redeem hadiah. Setiap bulan boleh redeem tau even nak redeem berkali-kali dalam sebulan pun takde masalah. Tu kata dah beauty consultants memang kena sediakan space untuk simpan hadiah-hadiah dari company & directors.

Ni pulak hadiah lain yang beauty consultants boleh redeem, sorry lah you all kami memang banyak grab bag je sebab dah nama pun perempuan kan๐Ÿ˜

Khas untuk you all yang sukakan hadiah & penghargaan, bisnes Mary Kay memang antara platform yang terbaik sebab suka menggunakan konsep rewards & recognition untuk motivate kita buat sales. So selain untung runcit, kita jugak boleh dapat macam-maca hadiah dari director & company atas usaha kita. Boleh click link dekat bawah untuk join family besar kami, jangan risau sebab kita akan guide dari zero๐Ÿ˜Š

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 













Monday, 5 April 2021

Mary Kay Timewise 3 in 1 Cleansing Bar Review

Hai & salam semua๐Ÿ˜€

Kali ni bukan nak review produk baru, tapi produk yang saya baru sedar akan kewujudannya. Nama dibere Timewise 3 in 1 Cleansing Bar atau dalam bahasa mudahnya kita panggil sabun buku.

Kenapa 3 in 1?

Sebab ada 3 fungsi utama - membersih, menggelupas (exfoliate) &                                                         menyegar

Timewise Cleansing Bar boleh guna untuk muka & badan sekali. Saya decode untuk guna cleansing bar ni sebab bosan tengok kulit tangan lagi gelap dari muka, maklumlah dulu athlete. And saya teringat sharing dari salah seorang director's sister, dia kata kalau nak kulit badan cantik macam kulit muka jugak kena guna cleansing bar dari Timewise ni. So apa lagiii, meh kita grab. Lagi satu kulit badan saya agak kering and sometimes kena eczema, jadi saya memang kena guna sabun mandi yang ada extra hydration. Jom tengok apa yang special mengena Timewise Cleansing Bar ni;
  • mengurangkan tanda penuaan
  • sesuai untuk kulit sensitif
  • memelihara & menghaluskan kulit
  • menambah, menarik & menahan moisture dalam kulit
  • sesuai untuk yang ada jerawat di badan
  • oil free
  • fragrance free
  • non-comodogenic (tidak menyumbat pori)
Saiz dia besar jugak sampai bila belah dua pun besar lagi~

Mary Kay siap bagi free bekas sabun untuk setiap pembelian Timewise Cleansing Bar, kan dah jimat dekat situ๐Ÿ˜€

Antara ingredients Timewise Cleansing Bar ialah Camellia Oleifera Extract yang mengandungi anti-oxidant dan protect kulit dari radikal bebas. Aloe Barbadensis Extract pula membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit & bertindak sebagai soothing agent. Awesome kan?๐Ÿ˜


Ini pula testimoni salah seorang sisters Mary Kay yang dia guna dekat anak dia yang ada masalah eczema. Fyi Mary Kay tak pernah claim produk dia dapat merawat apa-apa penyakit, tapi ada jugak some customers yang bagitau mary kay bantu dengan masalah eczema, radang kulit & biji kolestrol. 

Awesome kan? Nampak sangat company tak pernah buat ala kadar je walaupun core product ialah skincare. Alang-alang membeli biarlah kita beli kualitinya ye dopp. Kalau you all berminat nak cuba produk yang berkualiti dari syarikat yang berkualiti ni meh contact Dilla, servis 5 star Dilla bagi Inshaallah~๐Ÿ˜

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.




Saturday, 3 April 2021

New Mary Kay Unlimited Lip Gloss Review

 


Hai & salam semua๐Ÿ˜

Nak tanya lah, bila sebut "lip gloss" apa yang terlintas dekat fikiran you all? 

Saya sendiri personally memang sangat tak minat lip gloss sebab apa yang saya ingat lip gloss ni adalah something yang melekit & tak selesa. That's why saya memang agak sceptical mengenai lip gloss sebab  tak pernah jumpa yang elok. At first saya grab lip gloss promo (director boleh beli awal) dengan niat nak mengajar dekat unit, turned out saya pulak yang tak boleh move on๐Ÿ˜‚


Berbeza dengan lip gloss lain yang saya pernah cuba sebelum ni, Mary Kay Unlimited Lip Gloss tak rasa sticky langsung. Langsung tak. Tapi still rasa effect lembap dia & melekap elok dekat bibir. Formulasi vitamin C & E yang membantu menyihatkan & melembapkan bibir. Lip gloss baru ni ada tiga finishing yang you all boleh pilih - creamy, pearl & shimmer๐Ÿ˜

Mary Kay Lip Gloss dekat kulit sawo matang;




Mary Kay Lip Gloss dekat kulit cerah;



Total semua ada 10 warna yang lawa-lawa, and you all boleh pakai banyak cara jugak tau samada nak apply terus dekat bibir, nak coat lip gloss atas lipstick pun boleh. Kalau you all duduk dekat Selangor & KL boleh request untuk try free dengan saya๐Ÿ˜

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.







Tuesday, 30 March 2021

Kenapa Jerawat Suka Naik

Assalamualaikum & morning semua๐Ÿ˜€

Boleh pulak pi up gambar Hajah Lofa๐Ÿ˜‚ saja je sebab supaya dapat remind saya posting ni saya buat time tengah hot orang dok bercerita pasal majlis kahwin Neelofa & PU Riz. Saya pun salah seorang yang tak boleh move on dengan kejelitaan Neelofa masa dia kahwin tapi topik hari ni takde kaitan dengan majlis Lofa hehehe~

By the way hari ni saya nak share kan antara punca-punca jerawat suka singgah dekat muka. Walaupun dah banyak kali saya share pasal jerawat, tapi takde salahnya share lagi sebab topic jerawat ni sentiasa hot. 

1. Stress

Stress tu biasa, tapi kalau berlebihan tu luar biasa. Sebenarnya takde kajian yang dapat membuktikan bila kita stress dapat trigger penghasilan jerawat, tapi dari research yang dijalankan, jerawat ambik masa yang lebuh lama untuk sembuh bila kita under pressure. So jauhi tekanan berlebihan, kalau saya sendiri suka makan coklat nak bagi hilang stress hehe. Lagi satu tips you all boleh apply kalau untuk muslim, banyakkan baca Quran and please try solat awal waktu, banyak sangat rasa perubahan dalam hidup tau.

2. Handphone


Aikkk,,, apa salah handphone?? handphine tak salah, yang salahnya debu & kotoran dekat screen handphone tu pastu kita tekap pulak dekak pipi masa tengah on call. Memanglah permukaan yang kotor akan memanggil-manggil jerawat. Jadi rajin-rajinlah sanitize handpone anda especially time pandemic ni.

3. Syampu Sebelum Cuci Muka


Ni biasa kan termasuklah saya jugak, tapi kalau kita syampu rambut dulu, kotoran & sisa buih tu akan turun ke muka kita and kita tak terus cuci, maka jadilah tempat persinggahan jerawat. 

4. Berus Mekap


Haa bila last cuci berus mekap?? (sambil muhasabah diri tengok berus sendiri). Sisa mekap & debu dekat berus mekap memang menjadi tempat favourite bacteria bertandang and berpotensi mendatangkan jerawat. Saya faha perasaan malas nak cuci berus makeup tu, nasib baik mary kay dah keuarkan brush cleaner so senang kerja I๐Ÿ˜€

5. Tuala Muka Tak Bersih


Asingkan tuala muka & tuala badan, and selalu-selalu lah cuci tuala untuk pastikan kebersihan terjamin. Tak perlu tunggu busuk baru basuh๐Ÿ˜ƒ

6. Suka Picit Jerawat


Perangai picit jerawat akan membuatkan bacteria tersebar dengan senang hatinya dekat permukaan kulit kita. Biasalah kalau lepas picit jerawat kan akan keluar nanah & berdarah, jadi kita letuskan sarang bacteria. Manalah tak menanak-canak jerawat naik.

8. Skincare Routine Tak Konsisten


Malas nak bebel panjang, tapi kalau pakai skincare kayangan harga beribu pun takkan lawanya muka kalau tak konsisten. Kalau you all memang jenis susah disiplin, ambik items yang wajib je. Biar pakai sikit & konsisten dari pakai time awal-awal je. 

Sekian sharing saya mengenai jerawat hari ni, harap dapat membantu you all๐Ÿ˜

Nak tengok produk yang boleh membantu masalah jerawat boleh click sini sini ataupun contact je saya terus dekat sini

Click link below to contact me๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.