Sunday, 9 December 2018

Pakai Mary Kay Naik Jerawat?

"Kulit naik jerawat lepas guna Mary Kay?? Apeniii??"

"Kata produk international, tapi kenapa pakai Mary Kay jadi lagi teruk pulak??"

Okay first of all, bertenang dulu😁. Saya pun pernah melalui benda yang sama masa mula-mula guna Mary Kay. Kejap naik sini, kejap naik situ. Tapi saya percaya pada produk. Cuba fikir balik mana saya silap. Ohhh dangg, rupanya almost 10 tahun lepas saya pengguna tegar produk penggelupasan. Yess, dah 10 tahun lepas tau, tapi effect dia sampai sekarang😥. Saya terus guna satu set Botanical, which is a big no kepada  bekas pengguna produk penggelupasan berbahaya. Saya takdelah naik jerawat batu tu, tapi jerawat nasik asyik tumbuh non-stop. Annoying betul rasa sebab sebelum tu mmg susah muka naik jerawat. Jadi untuk anda yang ada masalah jerawat naik mencanak-canak lepas guna Mary Kay, saya akan explain dgn mendalam hari ni.

1. Bekas Pengguna Produk Penggelupasan / Produk High Chemical

Sekarang kan banyak lambakan produk-produk yang dalam bahasa kasarnya kita panggil produk timbang kilo huhuhu. 80% customer saya termasuk saya sendiri adalah bekas pengguna produk-produk macam tu. Untuk peringkat permulaan memang boleh pakai dua item skincare je (cleanser Botanical & Oil Free Hydrating Gel @ Intense Moisturizing Cream) untuk memulihkan kulit yang dah lama tercemar dgn kimia tu. Jadi masa dlm proses nak bersihkan kulit dari sisa-sisa chemical tu, mungkin akan naik jerawat. Sebab kan dia nak release chemical tu keluar dari kulit. Jadi jgn terkejut, sebaliknya refer pada beauty consultant anda.

2. Kulit Terkejut

Ehh kulit pun boleh terkejut ke? Eh boleh lah, biasanya terjadi dekat orang yang tak pernah pakai apa-apa skincare sebelum ni. So bila mula-mula guna Mary Kay, kulit dia naik jerawat manja sebab nak adapt dgn skincare baru. Saya ada customer yang bekerja sebagai runner, ada masalah jeragat teruk. Rupanya tak pakai apa-apa skincare apatah lagi sunblock. Saya buat skincare class dgn dia & bagi dia try Melacep utk jeragat, katanya kulit dia pedih. Rupanya dia kena start dgn basic item dulu. And yes, dia naik jerawat jugak mula-mula, so saya suruh selang-selang pakai moisturiser sampai lah kulit dia boleh adapt.

3. Proses Mengeluarkan Jerawat Yang Bersarang Di Bawah Kulit

Yang ni berkait dengan point no. 1. Ada jugak customer saya yang guna Clearproof untuk jerawat, and terus naik lagi mencanak-canak bila start guna Mary Kay. Sebab Clearproof set selain menghapuskan jerawat dekat permukaan kulit, dia jugak keluarkan jerawat yang dah bersarang dekat dalam kulit. Tu pasai yang jerawat makin naik tu. Tapi jangan risau, sementara saja😊.

4. Tidak Membeli Dari Beauty Consultant Bertauliah

Haa yang ni banyak. Rupanya ramai yang pergi beli dekat Shoppee, Lazada, Carousell, Mudah.com, etc. FYI kami beauty consultant mmg dilarang keras utk menjual dekat shopping apps sebab nanti customer akan membeli tanpa consultation. Let say kulit awak tu sensitif, tapi pi beli Timewise set yang advanced tu. Manalah tak breakout. Then sayang, tak dapat 90 Days Satisfaction Guarantee pulak sebab you all sendiri tak tahu you berurusan dgn siapa. Saya tak salahkan anda yang membeli sebab tak tahu, tapi kalau dah tahu janganlah pi beli kat sana sebab sah-sah you all akan beli dari seller yang tak beretika. Lagi seram kalau dapat item fake ataupun expired😰, sebab saya pernah dengar jugak dari director bagitau sesetengah yang jual Mary Kay dekat shopping apps tu rupanya dari negara luar.
January 2018. Cuba fokus dekat dahi boleh nampak kan bijih-bijih menggerutu tu. And dah nampak garis-kedut jugak. Liang roma dekat pipi pun masih nampak jelas lagi. 

December 2018. Saya gunakan base yang sama which is foundation + mineral powder. Alhamdulillah dah banyak improvement 

Jadi rasa-rasa dah jelas ke kenapa naik jerawat bila guna Mary Kay? Jangan risau, selalulah refer pada beauty consultant anda kalau naik apa-apa yang tak diingini dekat muka. Best sbb Mary Kay ni sekali package dgn beauty consultant & 90 Days Satisfaction Guarantee. Kalau masih belum ada beauty consultant, you all boleh refer dgn saya, Inshaallah saya akan bantu sebaiknya.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 6 December 2018

Mary Kay Eye Cream



Uishh ngerinya kan kalau tengok mata macam ni, tapi tak mustahil boleh berlaku dekat kita kalau tak jaga dari sekarang. Mata antara bahagian yang paling nipis, jadi memang sangat mudah berkedut. And sebab kenipisan dia tu lah, kita tak boleh letak skincare sebarangan dekat mata melainkan yang khusus untuk mata sahaja. Jom saya share jenis-jenis eye cream yang terdapat dalam Mary Kay, kan dari mata turun ke hati👀.

1. Timewise 3D Eye Cream


  • Mengandungi formula yang dipatenkan woww
  • Kulit terus rasa lembap lepas apply di kawasan mata
  • Menghaluskan & repair tekstur kulit di bahagian mata
  • Meresap dengan pantas



Testimoni Mary Kay dari rakan bc sendiri, nantikan testimoni saya sendiri pulak~


2. Timewise Repair Volufirm Eye Renewal Cream




  • Pulihkan mata yang kepenatan and buat mata nampak lifted (macam terbuka luas gitu haha)
  • Target kawasan yang kering & melembap selama 12 jam
  • Menggunakan "crystal delivery system" yang berkali ganda lebih efektif
  • Kurangkan garis halus, kedutan, mata sembap, eyebags, dark circle, etc
  • Timewise Repair ni yang paling advance, so kalau customer ada masalah mata yang critical, saya akan bagi Timewise Repair Eye Cream walaupun umur belum sampai 30 tahun
  • Haa tuddia effect Timewise Repair, eye care yang paling power

3. MK Men Eye Cream



  • Haa jangan ingat abam sado tak nak jaga mata, kuranglah macho tu kalau mata berkedut seribu kan
  • Formula yang ringan & tak berminyak, takmo bagi abang rimas
  • Ada fungsi melembap jugak
  • Sesuai untuk pengguna contact lense
  • Ni untuk abam sado je tau kalau gegirl ambik lain
4. Indulge Soothing Eye Gel
  • Suka yang ni! Mata rasa sangat segar & sejuk
  • Ada extract teh hijau untuk tegangkan balik kulit yang kendur
  • Melegakan mata yang letih
  • Merawat eyebags and mata sembap
5. Timewise Age Fighting Eye Cream (December promo!)


  • Mengurangkan garis halus & kedutan mata secara dramatik woww
  • Hypoallergenic & non-comedogenic
  • Formula yang tak berminyak
  • Sesuai jugak utk yang pakai contact lense
Mata sahaja sampai lima produk, nampak tak betapa variety & telitinya Mary Kay. Takde yang dibuat ala kadar. Kalau rasa mata tu dah ada garis-gari halus, janganlah buat-buat tak nampak, parah nanti bila dah melarat. Sebaliknya boleh contact saya untuk tahu produk mata yang terbaik. Free consultation utk bantu you all dapat kulit impian!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



Wednesday, 5 December 2018

Mary Kay Makeup - Best ke?

Assalamualaikum & morning!

Biasa tengok makeup tutorial kan,rata-rata guna international brand yang harga dia buat kita rasa gulppp,,,emm takpelah hahaha. Saya tahulah sebab saya biasa rasa macam tu. Btw makeup Mary Kay pun kira international brand jugak, tapi macam mana performance dia?

Well seperti yang kita tahu, Mary kay punya core adalah skincare, sebab apa-apa pun penjagaan kulit jugak yang penting. Tapi macam mana pulak dengan mekap dia? Adakah sekadar ada sahaja? 

Mary Kay mempunyai full range of makeup products, bedak saja dah empat jenis. So bukanlah sekadar ada je.


Antara contoh makeup class yang sedang berlangsung, sorry tak boleh tunjuk muka~

Simple makeup with Mary Kay


Salah seorang model I, 100% Mary Kay


Guest makeup class saya, oh myyy rasa tak boleh move on tengok mata beliau. Teknik smokey eyes yang simple tapi sangat wowww! Guna tiga eye colour je, Amber Blaze, Hazelnut & Espresso. 

Adik ni sgt  cemerlang buat shading tau, akak bagi A++


Antara client makeup dinner, bulan ni ada makeup job utk nikah jugak wish me luck!

Fuhh ni legend betul gambar Before & After, contour cuma guna CC Cream je tau

Saya biarkan gambar berbicara, boleh nampak kan kualiti makeup Mary Kay setanding dengan mekap-mekap antarabangsa yang lain. Rata-rata yang join makeup class saya impressed bila tengok mekap Mary Kay tak cair, rupa-rupanya ramai yang pernah ada experience mekap cair sebelum ni, macam saya jugak huhu.In fact, ada client saya dari Sabah yang terkejut sgt bila tengok mekap Mary Kay bertahan lama & masih cantik, walaupun dia ada full day event. And dia punya impressed tu, sampai decide nak jadi beauty consultant tau sebab nak grab makeup set utk new beauty consultant. Untunglaaa~ Kalau you all nak tahu, sesiapa yang register sebagai beauty consultant memang ada privilege offer yang sangat istimewa untuk makeup set. Kami yang senior ni tak dapat dah sob sob.  

Kalau you all nak cuba barangan makeup international brand tapi dengan harga yang lebih affordable, maca biasalah boleh contact saya. Kalau nak tau offer terlalu special for makeup set untuk new beauty consultant, boleh contact saya jugak. Jom siapa nak belajar basic makeup dengan saya, it's FREE!

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Tuesday, 4 December 2018

December Special!

Assalamualaikum & morning!

Mashaallah promo December kan, memang sangat menggetar jiwa. Ada produk baru yang buat saya menjerit jugak😤. Takpe-takpe kita toksah cakap banyak moh lah cuci mata dengan promo hebat Disember.

Untuk abam sado, beg tu mahal tu nampak masculin sangat~


Mary Kay dah keluarkan Satin Hand pinky set! Tapi limited edition tau. Ada buah delima. Sesuai buat hadiah and hantaran kan. Kalau yang rasa nak mencerahkan kulit, nak bagi kulit badan lembut, nak overcome tumit kaki merekah ekok sangat pakai Satin Hand ni. Jimat benau dapat free extra lotion tau!

Uiii comelnya lipstick case dia. Takdelah lipstick I berterabur dalam handbag, bila nak korek cari balik lipstick tu rasa macam dalam lautan Atlantis pulak. Belu dua dah dapat free lipstick case tau.

Serum C ataupun kita panggil serum botox Mary Kay. Berganding pulak dengan Timewise Day Cream yang baru tanpa SPF, diformulasi khas untuk yang allergic dengan SPF. Macam mana lah nak tua kalau pakai dua ni kan.


Selepas 55 tahun di pasaran, akhirnya Mary kay mengeluarkan lipstik warna biru. Eh tapi nak buat apa lipstick biru ni, bila nak pakai?? Well, masa event-event luar biasa, or else you all boleh campur je. mary Kay Metallic Lips Matte terbaru, harga mmg murah tapi time promo jadi lagi jimat berganda!


.



.


.


Save the best for the last!!!


.


.



Kalau you all tengok promo apa ni memang menagis tau. Ya Allah dia punya jimat tu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Saya share sikit pasal item-item promo super jimat bulan ni.

1. Suncare SPF50 
    Kalau nak pi main pantai wajib ada hehe. Nilai SPF yang tinggi so protection lagi tinggi. s
    Sesuai untuk yang kerja site ataupun atlit. Waterproof, so you all boleh bawak pi 
    menyelam.  

2. Mary Kay Nourishine Lip Gloss in Pink Luster
    Lip gloss yang tahan lama, best & melekap di bibir. Bibir nampak macam cystallized.

3. Mary Kay Night Solution
    Ada beads vitamin A.C & E. Umpamanya kita apply fresh vitamin setiap malam. Night 
    solution jugak berfungsi untuk merangsang penghasilan collagen agar kita nampak muda
    remaja sokmo.

4. Timewise Firming Eye Cream
    Mengurangkan kedutan & garis halus sekitar mata secara drastik. Mata pun jangan 
    diabaikan uolls, lagi-lagi dengan promo terlajak jimat macam sekarang.

5. Lotus & Bamboo Body Lotion
    My personal favorite! Wangi dia rasa macam dekat hutan hujan tropica~ Lepas tu tekstur 
    halus & sangat mudah meresap. Kulit terus rasa macam kulit baby.

Amacam? Rasa terbuntang mata tak tengok promo Disember? Tu belum tengok harga lagi, bertambah-tambah membuntang mata. Kalau you all nakkan lebih info tentang item promo bulan ni atau item-item lain, whatsapp je sistur. Free trial? Of course available! Contact je I hokayy~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc





Saturday, 24 November 2018

Perfume for Men



Alkisah hari ni, tengah sibuk2 bersiap nak pergi coaching dengan Mira Ixora tiba2 dapat pm dari sorang Bro ni. Dia tanya pasal perfume Ocean. Katanya dia teringat bau ni zaman sekolah dulu. 


Saya tak boleh move on dengan bau Ocean lepas try bau rumah Kak Mira. So last month saya order dua, satu bg dekat ayah satu lagi utk sample. Tak berani buat stok lagi sebab rasa tak pandai jual body care & perfume.


Okay berbalik cerita pada bro tadi😂, lepas sembang2 dekat messenger dia tanya ada COD kat Bangi tak. Kebetulan memang set coaching dekat situ dengan Atiqah Arshad. Sungguh Allah permudahkan. Saya offer dia nak try bau dulu ke, takut tak berkenan. So pinjam ayah saya punya buat and bawak lagi satu yg masih dlm box. Sambil sembang Mary Kay dekat kopitiam maka sampailah beliau, try bau kejap pastu tak cakap banyak terus bawak keluar duit.


Actually rasa happy hari ni sebab first time dapat customer lelaki yang beli untuk diri sendiri bukan untuk wife. And ni jugak first time saya jual perfume MK. Jadi dua lesson yang saya dapat hari ni, rezeki Allah dtg tak kira masa & DIA akan permudahkan dlm cara tak disangka. Satu lagi, kita jangalah underestimate kemampuam diri walapun kita tak biasa dengan sesuatu produk. So lepas ni saya akan lebihkan posting pasal Body Care & Perfume .







Contact me for free trial ~ Ocean


Lepas tu coaching session with my MK girls😍


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Friday, 23 November 2018

Set Kening Mary Kay

Assalamualaikum & morning! 

Kuss semangat bila tengok Mary Kay release produk kening baru. Dengar cerita lagi senang buat kening dengan produk baru ni. Jom kita review betul ke idok, atau sekadar omong kosong. 
Ada dua item, Precision Brow Liner & Brow Tint

Precision Brow Liner - untuk outline di luar kening atau dalam bahasa mudahnya buat frame. Dekat Mlaysia ada colour Brunette, Dark Brunette & Black Brown yang lebih sesuai dengan Asian skin tone.

Volumizing Brow Tint - untuk fill in dalam kening. Dia bukan gel, tapi macam ink gitu ya, kalau betul lah ayat saya hehehe.

Moment of truth, jom tengok betul ke brow liner & brow tint ni boleh membantu anda dalam membuat kening lebih cepat & kemas??

Jeng jeng jeng...

.


.


.

One of my makeup class guest yang terawal dapat cuba brow set baru ni. Nampak kan mcm mana defined kening dia tu.

Yang ni pun sama, dah pandai dah so tak payah spend masa lama sangat untuk ajar buat kening.


Mestilah kena share testimoni tuan empunya badan jugak kan hehehe. Pengalaman guna Brow Liner & Brow Tint? Awesome! Buat kening jadi lebih cepat. Boleh ke kening siap dalam masa 3 minit? Boleh, tapi tengok kening jugak lah. Kalau kening saya ni memang harapan nak siap dalam 3 minit, sebab banyak nak kena conceal.

Apa beza brow set baru ni dengan pensel kening Mary kay yang dulu? Well, saya akan share experience saya sendiri, brow liner tu tak payah asah. Sebab kalau nak buat frame yang kemas brow pencil kena tajam. And then, masalah saya sebab kening saya lebat dekat tengah and belakang, jadi biasalah nampak bulu kening berselirat dekat hujung hahaha. Padahal dah buat habis baik dah. Tapi bila guna brow tint, dia dapat turunkan kening saya yang macam mencacak-cacak dekat bahagian belakang. Sebab dia kan macam ink, so nampak lebih kemas and cover bulu berselirat tu. 

Panjang betul cerita pasal kening saja kan. Sebab saya mmg banyak kisah dengan kening. Jadi mcm mana nak guna brow set yang baru ni, saya share dalam videoo ni. Ampunkan muka saya yang hauk sebab baru lepas solat & rushing nak buat video, yang penting model lawa.


Saya buat dua bentuk kening berbeza so that you all nampak betapa senangnya guna brow set baru ni. Siapa nak cuba brow set ni for free, boleh roger saya hokayy.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 15 November 2018

November Special

Assalamualaikum and morning!

Maaf lambat update apa yang special bulan ni, sebab saya ada beauty class berderet-deret huhuhu. By the way buan November ni mmg sgt special, sebab birthday saya jatub bulan ni hehehe. And mungkin sebab tu, banyak sangat special deal dari company, and banyak jugak produk baru. Semuanya tempting sangattt. Jom kita intai sikit produk baru & lama - November special!


Timewise Repair Set. Saya dah cerita panjang lebar betapa ohsemnya set ni, so you all boleh baca kat sini. Timewise Repair ni advanced anti-aging yang sesuai untuk yang berumur 30 tahun ke atas, tapi Facial Peel & cellulose mask bawah 30 tahun pun dah boleh pakai. Special deal bulan ni! Bolehlah plan hadiah untuk mak atau isteri tersayang. 



Promo Believe + Wonder Collection ni buat beauty consultants panaih punggung. Sangat-sangat jimat! Ada shower gel, body mist & lotion.

Uh huh~ eyeshadow palette baru yang sangat ummphhh. Colour dia sangat pigmented tau, yang romance revival tu macam Huda Beauty punya palette.


Woohoo ada produk kening baru lah, pasni lagi senang buat kening tak perlu cukur pun uolls. Kening tiga minit is possible!

Amacam? Terkesima tak tengok November special ni? Saya nak menjerit tengok eye colour & eyebrow produk baru. Soon Inshaallah saya akan share tutorial okay :).

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc