Saturday, 27 July 2019

Tips Kulit Flawless & Glowing

Assalamualaikum & good morning!

                                 

2019 pun dah masuk pertengahan tahun. Kalau rasa ada satu benda kita boleh capai sebelum masul 2020, tentunya kulit yang flawless! Jom baca macam mana nak dapat kulit flawless & glowing😍

1. Gunakan Makeup Non-Comodogenic


Apa maksud non-comodogenic? Tergeliat lidah den menyebutnya awal-awal dulu haha. Non-comodogenic bermaksud bahan yang tak menyumbat pori-pori & bagus untuk kulit. Pernah tak you all pakai bedak atau foundation lepas tu naik jerawat? Haa tu biasanya terjadi sebab makeup yang digunakan tak bersifat non-comodogenic. Kalau nak tau you all boleh check label dekat belakang, non-comodogenic cosmerics dia akan state. Kenapa kena pakai non-comodogenic cosmetic? Sebab kalau pakai mekap yang menyumbat pori, nanti jerawat suka menyinggah, lepas tu pi tinggal parut pulak aterr, macam mana nak flawless. 

2. Gunakan Serum
Baja terbaik kalau nak cantik, guna serum. Tak cukup ke kalau cuma guna essential skincare set? Sebenarnya serum ni item paling mahal dalam skincare, sebab dia mempunyai molecule yang paling halus dan dapat tembus sehingga ke lapisan dermis. That's why kalau nak kulit cepat sihat or cantik kena add on serum, tapi make sure serum yang sesuai dengan kulit.

3. Complete Skincare Regiment


Sangat amat penting. Setiap skincare item ada fungsi masing-masing & complement each other. Kalau hari ni pakai, esok cuti, lusa cuti, minggu depan baru pakai adoii, susah nak flawless gituu. 

4. Minum Air Secukupnya

Rasanya dah banyak yang highlight kepentingan minum air kepada kesihatan, jadi saya nak highlight pulak yang minum air jugak penting untuk kecantikan. Kalau kita tak minum cukup air, kulit akan jadi dehydrated & kusam. And kalau kulit kering kulit akan jadi kurang ketahanan untuk mencegah kedutan. Lepas ni boleh set dalam kepala "kalau aku tak minum air nanti muka berkedut" Inshaallah akan membantu you all minum cukup airπŸ˜‚.

5. Kurangkan Stress

Stres ni actually benda yang kita tak boleh nak elak, so apa yang kita patut buat ialah kurangkan seminimum mungkin. Jadi cari benda yang boleh kita leisure, even sekecik-kecik benda. Contohnya masa stuck dalam jammed kita dengar playlist favourite kita, ataupun dengar channel lawak.  Sekali sekala treat diri kita dengan makanan sedap sebagai hadiah untuk diri sendiri, tapi jangan selalu tau nanti takut badan berkembang pesat. Jangan dilayankan sangat stress tu nanti cepat tua. And yes, stress jugak boleh menyebabkan jerawat yang membuatkan muka tak flawless. 

6. Sentiasa Berwuduk

Air & pegerakan ketika berwuduk boleh menghilangkan stress, kegelisahan, depression - ada sains yang logig di sebalik statement ni. Kalau orang Islam, kita memang berwuduk at least lima kali sehari atau lebih, ruoanya banyak khasiat di sebalik wuduk selain dia menjadi syarat wajib sah solat. 

7. Kerap Tukar Sarung Bantal & Cadar

Ini ramai yang terlepas pandang termasuklah saya πŸ˜ƒ. Nampak macam benda kecik tapi membawa impact yang besar jugak. Kalau dah sampai berbulan tak tukar tu boleh bayangkan tak berapa banyak bacteria beranak-pinak dekat sarung bantal, lepas tu mulalah naik ruam sana-sini, naik jerawat. Pastu tertanya-tanya kenapa muka tak flawless macam orang lain. 

Rasanya cukup sampai di sini je tips kita hari ni, sebab mudah you all nak ingat. Benda-benda remeh pun actually memberi sumbangan besar jugak dekat kulit kita. Kalau perlukan consulltation untuk kulit you all, jangan segan nak contact saya okayy, I'm only one click away~
Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra


Wednesday, 24 July 2019

July's Special

Assalamualaikum & morning!

Bulan July tinggal lagi seminggu je nak habis, jadi sebelum July meninggalkan kita saya nak share promo menarik sepanjang bulan ni😍


Eye palette gojess ni ada promo, size compact  muat masuk poket tau~

Siapa ada maslaah jerawat eloklah grab promo Clearproof set ni, memang berbaloi-baloi tau
Oil Fee Hydrating Gel on promo! Hot item ni boleh refer details dekat sini
                 
Pore Minimizer untuk tolong kecilkan liang roma pun boleh grab dengan jimat bulan ni

New product! Illuminating Drop yang bagi effect glass skin dekat muka kita ni, limited edition tau uolls boleh licin anytime~


Haa tuddiaa, siapa yang cari lipstick tak tanggal boleh dapatkan lip tint limited edition dari Mary Kay. Harga lagi murah dari lipstick-lipstick Mary Kay lain.

You all perasan tak banyak produk baru masuk Malaysia and semuanya banyak inspired dari Korean makeup. Ada promo yang saya tak masukkan dekat sini sebab dah sold out huhu. Kalau nak tau lebih lanjut pasal promo July boleh whatsapp saya ya :)


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday, 21 July 2019

Tips Memilih Sunblock

"Macam mana nak tau SPF berapa yang sesuai utk kita?"

Jawapannya kita kena tengok lifestyle kita! Kalau kita ni kerja office or suri rumah yang sekali sekala terkena matahari, spf 30-35 dah cukup.


Kalau jenis yang kerja site, athlete, petani, nelayan or apa2 pekerjaan yang memerlukan berjemur hampir setiap masa, sila pakai spf50. Tapi make sure lepas tu cuci muka dgn skinvigorate brush tau sebab spf yang lebih tinggi perlukan lebih effort utk ditanggalkan. Kalau kita plan bercuti or main pantai, hiking ke, pakai spf50 okay😊.


Kalau kulit yang sensitif especially yang pernah pakai produk penggelupasan berbahaya, uolls cuma boleh pakai spf15 je sebab kulit tengah nipis and spf yang tinggi boleh rosakkan lagi kulit. Tunggu sampai kulit recover sebelum upgrade spf.


Membantu tak sharing saya pasal spf kali ni? Hope you all dah tak confuse dah nak pilih spf berapa utk kulit uolls. Kalau nakkan consultation terbaik utk kulit jangan segan tanya saya tau :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 18 July 2019

Cruise Malaysia Experience


Pengalaman manis & syahdu❤️

Antara best moment dalam hidup ialah bila saya dapat completekan Cruising Beyond Red challenge and dapat reward menaiki cruise syukur Alhamdulillah😭. Achievers berkumpul dekat KLIA dulu sebelum belayar and seronok plus syahdu bila kedua mama papa dapat menemani & menghantar saya sehingga ke KLIA😭😭, mereka berdua jadi saksi kerja keras saya sekian lama, and yang tak putus2 mendoakan siang malam.

Nak kata batak pun iyaa jugakπŸ˜‚, sebab memang tak pernah ada anak datuk ajak sis naik cruise. Berangan jelah bila tengok dalam tv, nak pi sendiri ermm kutakut poketku terluka hahaha. Tapi syukur dapat juga merasa dgn Mary Kay, fully sponsored & dibekalkan duit belanja lagi Allahu😭.

Jadi mcm mana pengalaman naik cruise? Of course it's different! Dah selalu dok atas darat bila atas laut memang lainlah sistem dia. View cantik sangat atas cruise tu dgn dia punya interior deco campur dgn view laut, Subhanallah😍. Bilik cabin kecik je, kalau nak bilik besar ada tp ongkosnya pun besar sikit tapi tak kisah sebab walaupun kecik sangat selesa and byk storage area. Toilet dia ada air tak?πŸ‘€ Haha ada jgn risau, sebab shower dekat je dgn tandas jadi boleh capai. Kalau toilet luar cabin, masih ada air cuma takde paip. Faham tak hehe so pandai2 lah buat adjustment ya.

Nak buat apa atas laut? Takkan nak selfie and tengok view je setiap masa kan. Well actually banyak benda sangat yang you all boleh buat atas Superstar cruise, ada tempat shopping, ada tempat karaoke, ada tempat untuk tgk show, ada spa, ada swimming pool, gym and banyaaaak lagi. Aktiviti kesukaan kami ialah makan, makan & makan! Ya Ampun sedap sangat makanan dlm cruise tau, seafood fresh takyah cakap lah. Makanan arab pun ada. Tomyam dia saya suka! Kalau untuk brrakfast tu roti dia dah berapa jenis tau. And paling stress time dessert, fuhh kek dah berapa jenis, aiskrim pun macam2 flavour, macam2 topping, pudding semua ada lai lai pilihπŸ˜‚. Mmg berat naik. Mendadak tau.

Pastu selain melantak & selfie apa lagi yang kami buat? Cruise ada jugak mendarat dekat Penang & Phuket utk kami berjalan & shopping. Pastu atas cruise ada swimming pool so kami pun berendam lah sebab suma tak pandai berenang kan hahaha. Jakuzi dia best! Belah malam saya pergi tgk show kat dewan dia, saya tgk tu ada dancing & magic show & comedy. Terhibur jugak lah sis hehe. Kalau you all peminat perfume silalah shopping di sini, sebab murah gilaa perfume dia jual atas cruise. Of course yang ori punya!

Orang selalu tanya, tak pening ke? Tak pun, cuma memang kita rasa berombak2 and still sedar yang kita atas laut. Tapi ingat lagi second day lepas masuk perairan Thailand, ikut kata staf memang kat Thailand laut dia lagi bergelora, and tambah cuaca buruk hari tu memang rasa bergoyang2 and mual sampai saya merangkak dalam bilik🀒. Photoshoot hari tu pun kena cancel. Semua orang tak sihat ada sorang sister tu cerita dia muntah tiga kali. Saya pun sampai terdengar jiran sebelah cabin mengadu kat housekeeper yg kawan dia "is very sick". Tu antara experience yg dahsyat tp padan muka tak bawak ubat mabuk, sbb saya ni bukan jenis mudah mual. So kalau you all plan nak naik cruise sila sediakan ubat mabuk & jangan berlagak macam saya yaπŸ˜….

Superstar Libra Cruise ni ada 10 tingkat, bila naik tingat dekat deck tingkat 10 uish gayat makπŸ˜…. Tapi di tempat yang paling scary tu lah view dia paling cantik. Macam tu jugak dgn kehidupan kita, di saat paling perit tulah yang akan bawa hasil paling manis😊.

















Thursday, 4 July 2019

Kelas Makeup Seri Kembangan

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya happy sangat sebab dapat menghappykan wanita lain. Alkisahnya adik ni memang dah lama minat nak belajar mekap, tapi dia ada anak kecik & tak boleh simply2 nak tinggal. Masa dia whatsapp saya dia tanya boleh ke bawak baby umur 10 bulan? And memandangkan dia sorang je student saya hari tu so I is okayy je. Baby dia behave most of the time, Alhamdulillah dipermudahkan untuk kami.

Guest saya ni mintak nak belajar nude look, jadi of course kita pilih colour yang soft2 & nampak natural. Hasilnya??

.


.


.





Tadaaaa...

Saya tak boleh move on dengan rupa dia walaupun hakikatnya bukan saya yang mekapkan. Rasa macam ala2 Syedewa pulak kan warna lembut-lembut macam ni. Tiba-tiba saya segan dah nak bergambar dengan dia sebab rasa insecure hahaha (but it's true). 100% Mary Kay, saya listkan dekat bawah semua produk yang dia guna tau😁

Mary Kay Makeup for Tanned Skin
πŸ‘‰ Mary Kay Primer
πŸ‘‰ CC Cream in Medium to Deep
πŸ‘‰ Luminous Liquid Foundation in Beige 5
πŸ‘‰ Perfecting Concealer in Light Beige
πŸ‘‰ CC Cream in Deep for contouring
πŸ‘‰ Hazelnut eye colour fr shading
πŸ‘‰ CC Cream in Deep for contouring
πŸ‘‰ Eye colour - Juicy Guava, Shy Blush & Espresso
πŸ‘‰ Highlight - Juicy Guava
πŸ‘‰ Mascara - Lash Intensity + Lash Love
πŸ‘‰ Gel Eyeliner in Black
πŸ‘‰ Brunette eyebrow pencil
πŸ‘‰ Coral lipliner
πŸ‘‰ Semi Shine Lipstick in Raspberry Ice
πŸ‘‰ Translucent Powder
πŸ‘‰ Skindinavian Finishing Spray

Siapa nak belajar nude look yang simple macam ni, boleh lah roger-roger I tau. Saya tak ambik ramai orang, cukup 1-3 orang setiap kali makeup class so that guest lebih fokus :)

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.