Sunday, 23 February 2020

Skincare Class di UKM

Assalamualaikum & morning!

Banyak activity saya bulan ni, salah satunya skincare class dekat UKM. Saya dah banyak pengalaman buat skincare class dekat university, tapi skincare class kali ni agak berbeza sebab bukan dibuat dalam acara formal macam sealu, instead kami santai-santai je buat dekat bilik staff. 

Beauty session tu kami buat belah malam sebab tunggu guests habis kerja, nak dijadikan cerita pengalaman saya ke UKM memang mencabar. Saya dan adik saya yang kebetulan tengah cuti semester gerak awal dari rumah sebab plan nak makan dekat cafe UKM and solat maghrib dekat sana. Memang Allah nak bagi lebih, dibuatnya hari tu hujan lebat mencurah-curah, sampai ada jalan dekat Kajang yang ditutup and kami kena patah balik haruuu betul rasanya. Lepas tu redah pulak jammed dengan banyak kereta berhenti tepi jalan (saya pun tak faham kenapa). Jadi perjalanan 30 minit jadi 2 jam huhuhu. Sampai ke UKM dah maghrib, and lepastu terus skincare class. Tak sempat pun nak makan and melayan kesedapan cafe UKM. Saya memang excited kalau makan dekat cafe university sebab rasa macam mengimbau kenangan gituu, lagipun dekat U biasanya makanan sedap. Nampak tak obsesi saya dengan makanan hahaha. Kami cuma sempat tapau untuk makan di rumah.
Masking time~

Lepas dah lawa-lawa haruslah tangkap gambar. Kalau skincare class saya focus pada practical skincare and lepatu baru kita proceed kepada basic makeup. Makeup nipis pun dah berseri kalau kulit sihat😄


Penat memang penat, tapi semua tu tak terasa lepas tengok adik-adik happy & bonding sesama depa masa session. Bila sanak saudara and kawan-kawan sendiri yang join, memang riuh. Oh yes saya memang tak sempat mekap and style tudung sangat sebab lepas solat terus rushing ke hostel adik-adik ni. Tapi takpelah, asalkan depa cantik~ Jom siapa nak belajar cantik-cantik dengan saya mehlah arrange skincare class percuma. Whatsapp jer okayy~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 18 February 2020

Apa Itu Melanin?

Assalamualaikum & morning!

Biasa dengar kan orang mention Melanin, tapi sebenarnya kita faham tak apa itu melanin. So hari ni cikgu nak buat kelas sikit belajar pasal melanin. At least you all boeh tahu sikit kenapa muka jadi berbelamg, jadi jeragat, burn and segala benda yang you all tak suka tu.
Melanin ni something yang bagi warna pada kulit kita. Bila kulit kita terdedah pada UV, ataupun ambil ubat or berubah hormon (pregnant, stress, etc) - dia akan trigger sel melaconytes (melanin) untuk keluarkan lebih banyak pigment secara tak sekata, and ini akan buatkan kulit kita berbelak and worst case, keluarkan tompok hitam yang kita panggil jeragat.
Melanin jugak protect kulit dari UV tapi ada limit dia sebab kalau terdeah terlalu lama dekat matahari tanpa protection, sel-sel di atas permukaan kulit kita akan rosak. And then melaconytes akan trigger untuk keluarkan lebih banyak melanin (pigment) untuk cover bahagian yang terkena banyak UV. Bila dah banyak sangat melanin, maka jadilah tompokan dekat certain2 area. Selalunya bahagian pipi & hidung lebih gelap sebab bahagian tu lagi tinggi kan.

Kalau kita tak pakai proper skincare, aging process akan buatkan kulit kita kusam jugak, sebab tu pentingnya kita pakai skincare yang sesuai dgn masalah kulit.

Lumivie range meresap masuk dalm kulit sehingga ke lapisan epidermis untuk control dan balancekan pengeluaran melanin. Sebab bila melanin dah terkawal, jeragat pun tak merebak. And ingredients dalam Lumivie sendiri macam Tahitian Black Pearl contohnya akan bantu cerahkan kulit termausklan pigment2 warna-warna yang tak sekata tadi, jadi pigmentation akan jadi sangat pudar sampai almost tak nampak. Kalau you all nak saya bantu dengan masalah pigmentation macam jeragat etc, boleh contact saya untuk saya guide sampai cantik tau😃


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.



Friday, 7 February 2020

Beza Antara Toner, Essence & Serum

Assalamualaikum & morning!

Dunia dah semakin maju, so orang sekarang pun makin banyak kesedaran mengenai penjagaan kulit and mostly dah faham tentang basic items macam cleanser, toner, mask and moisturizer. Tapi still most people masih confuse mengenai item-item yang extra macam serum dan essence. Jadi ahri ni saya nak bagi pencerahan sedikit mengenai beza antara toner, essence and serum yang orang selalu confuse. Semoga cerah mata and cerah minda lepas baca posting saya ni😀

1. Toner

Toner berfungsi untuk mencuci kali kedua selepas cleansing, dia buatkan kulit kita fresh and kembalikan pH kulit kita. Kalau kita biarkan kulit kita dalam pH yang tak sepatutnya, bacteria mudah tersebar sebab takde protection. Toner Mary Kay ada anti-oxidant dan provide extra hydration pada kulit. Tesktur toner biaanya lightweight and cair macam air.

2. Essence

Essence pulak mempunyai konsentrasi yang lebih pekat dari serum tapi lebih cair dari serum. Essence berfungsi untuk provide nutrition & melembapkan kulit. Kebanyakan essence mengandungi anti-oxidant sebab tu bila sapu essence muka jadi glowing aummm~

3. Serum

Serum pula mempunyai concentration bahan aktif yang lebih tinggi untuk menangani masalah kulit. Serum ni dia 3-5 kali ganda lebih power dari item lain (woww) sebab particle serum sangat halus dan dapat tembus sehingga ke lapisan dermis. Sebab tu kalau you all nak cantik silalah comor serum di muka hehe~

Jadi rasanya saya terangkan dengan ringkas and mengguakan bahasa yang bukan teknikal supaya you all faham mengenai beza ketiga-toga bahan tersebut. Hopefuly dapat membantu uolls memilih item yang berkesan dengan kulit selepas ni. Tapi kalau nak cantik dengan guidance beauty consultant sepanjang hayat, silalah roger saya ya~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 6 February 2020

Sweet Memory

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak berkongsi satu perkara yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur sebab ditemukan dengan insan-insan yang baik hati. Kerjaya saya sebagai beauty consultant memang bawak saya berjumpa dengan banyak orang, and kebanyakannya memang sangat baik. Few times jugak saya ditakdirkan jumpa dengan guest-guest yang high profile tapi humble sangat. Bila saya pergi buat makeup class or skincare class, sejujurnya saya memang tak harapkan apa-apa pun dari guest tapi biasanya diorang suka jamu saya minum. Ada sekali tu saya pergi mengajar mekap di Semenyih, mula-mula masuk saya terpegun tengok deco rumah yang "wow", rupanya owner merupakan seorang tokey kilang perabot and ada kedai dekat Semenyih. Rumah dia pun dekat sebelah atas dia buat office siap buat house tour dengan saya lagi hehe. Tapi paling terharu before saya balik dia bagi sekotak brownies untuk saya makan dengan family. Dahlah saya ni memang hantu coklat.

Pernah juga saya pergi ke kawasan pedalaman, masuk kampung tu waze dah tak boleh nak detect and guest kena ambik saya dekat depan masjid, which is benda normal kalau saya masuk kawasan yang waze tak boleh cover. Bila dah sampai rumah dia, kampung tu cantik sangat and bersih. Jalan berpasir and banyak dahan pokok, saya masa tu pulak bawak trolley skincare yang besar dan berat, jadi memang kena angkutlah sebab tak boleh seret. Masuk rumah dia jamu bermacam jenis kek pulak semua home made, masa tu adik saya teman saya sekali jadi memang seronoklah dia. Sebab guest tu memang berniaga makanan, and saya pun terbeli popia carbonara frozen balik rumah terus goreng. Eh you all jangan salah faham, saya takdelah judge orang bersasarkan makanan yang dijamu cuma kadang-kadang saya amazed sangat tengok banyak betul effort depa masak walaupun saya cuma datang sekadar mengajar skincare and mekap, bukanlah tetamu VVIP pun.

Dengan customer pun ada bonding tersendiri walaupun saya banyak jugak customer yang duduk jauh-jauh and tak pernah bersua muka. Ada customer yang jumpa saya melalui facebook selalu datang rumah saya untuk ambik barang walaupun saya offer untk hantar. Dia punya kerap datang tu sampai dah kenal mak saya hehe. Lepas berapa bulan dia pakai Mary Kay kulit dia dah makin okay, and dia siap promote Mary Kay dekat kawan-kawan office and adik dia, sampai ada yang jadi customer saya dah. Of course lah kita suka dapat customer macam  ni tapi at the same time saya jugak terharu dengan kebaikan orang yang takde pertalian darah dengan kita. And ada jugak sekali saya mengajar mekap dekat satu kawasan perumahan elite, balik malam tu dapat whatsapp dari soemeone yang tinggal dekat kawasan yang sama minat nak belajar mekap jugak, rupanya sebab saya siang tadi reccomend saya dekat jiran dia. Wahh bukan main pantas ya and lagi sekali saya terharu atas kebaikan orang yang saya baru jumpa sekali. 

Sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita tapi kan nanti jadi novel pulak. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan-insan berhati baik yang sebenarnya banyak mengajar saya untuk menghargai sekecil-kecil nikmat. Nikmat persaudaraan antara nikmat terbesar yang saya dapat rasa dengan kerjaya saya sekarang, and semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. 
                                         
Jangan lupa untuk bersyukur kepada Tuhan, sekurang-kurangnya sebab kita masih bernafas hari ni😏


Wednesday, 5 February 2020

Beauty Class February 2020

Assalamualaikum & morning!

Alhamdulillah permulaan February yang productive, sehingga ke hari ni saya dah buat tiga beauty class and macam biasa setiap session akan memberikan kenangan yang tersendiri dan berbeza. Jom kita mulakan dengan first class saya masa 1 February hari tu, actually dengan kak Mala ni dah set dari tahun lepas bulan September, tapi tragisnya phone saya hilang malam sebelum appoinment kami, jadi saya tak dapat contact dia untuk tanya details location etc. Bila dah jumpa balik handphone and Alhamdulillah semua contact and conversation masih selamat, saya minta maaf and inform apa yang berlaku dekat kak Mala and syukur dia faham. Tapi nak re-schedule balik tu ambik masa jugaklah sebab kak Mala agak busy bila hujung tahun so susah nak cari time yang kami boleh match. But anyway, berjaya jugak mengajar mekap dekat kak Mala and dia excited sangat sampai esoknya practise and hantar gambar dekat saya lagi. Suka cikgu tau hehe. 

With kak Mala at her house~
Haruslah belanja gambar mekap jugak kan😀

Fuhh macam tak percaya kan kak Mala ni sebenarnya dah 40-an tapi nampak lagi muda dari saya gulpp

Yang ni pulak adik maneh hasil dari warm chat dekat Tesco masa tu dia kerja as a crew dekat Cool Blog and saya selaku pelanggan tetap Cool Blog sajalah tegur dia bagi flyers untuk invite join beauty class free. Rupanya dia pun memang berminat and masa class saya highlight dekat dia umur muda-muda kita dah kena jaga kulit sebab lifestyle sekarang dengan gadget and aircond memang buatkan kita cepat tua. And adik Wani ni sangatlah suka tengok effect pakai foundation Luminous yang buat muka nampak dewy ala-ala Korean. Ula-mula dia teragak jugak nak try foudation dewy finish sebab takut nampak oily but lepas cuba ehhh, terjatuh cinta pulak hehe. Then pakai blusher and eyeshadow dari palette yang sama sebab session hari tu focus dekat skincare, tapi dia tetap nampak va va va voom! Haa siapa kata kena mekap tebal baru cantik kan.


Ni yang semalam punya, dua beranak nak belajar mekap and this is not my first time dapat duo ibu & anak belajar sekali. Comel bila tengok bonding depa. Tapi sayang takde gambar sangat sebab time dah habis tu dah lewat petang and lighting pun sangat mencemburui. But anyway I had a great time!

Tak rugi join beauty class dekat saya, Inshaallah ada ilmu and tips yang you all boleh aply hingga ke akhir hayat. Lagipun it's FREE Skincare Class, apa yang nak ruginya. So kalau you all berminat untuk join beauty class percuma saya untuk buat practical cara cuci muka, masking, skincare application yang betul, lip spa, basic makeup, etc boleh contact saya ya. Bleh ajak adik, kakak, abang, suami, kawan-kawan join sekali sebab orang kata "the more the merrier". Asalkan yang join nanti semuanya berumur 18 tahun ke atas and tidak mempunyai beauty consultant. Jomsss~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Monday, 3 February 2020

Brand New Lumivie Essence Water Review

Assalamualaikum & morning!

Are you ready for another brand new product?? Yess ada product baru lagi jadi walaupun rasa diri ni belum bersedia, kita kena readykan diri jugak hahaha. So yang terbaru keluaran Mary Kay ni agak lain dari yang lain, nama dia essence water. Uishhh mak aihhh macam SK-II dah bunyinya kan. Nama penuh dia Lumivie Essence Water. Kalau you all perasan dalam set Lumivie takde toner and kita kena outsource toner dari range lain seperti Timewise contohnya. And sampai sudah Lumivie tak keluarkan toner cuma keluarkan essence water je. Function essence water sama macam toner tapi dia lagi advanced. Jom tengok apa function dia. 

Fungsi Lumivie Essence Water;
  • brightening
  • menarik kotoran 
  • melembap
Okay jom kita tengok satu-satu function dia. First, mencerah. Dah nama pun brightening set maka haruslah mencerah from A-Z. Essence water ni dia sedikit pekat, so memang nampak lebih glowing disebabkan dia lagi rich dari toner lain. Second, menarik kotoran. Lepas cleansing, kita apply essence water ni and dia akan menarik lagi lebihan kotoran yang tak habis dengan cleanser, and dia punya tarikan tu memang power sampai you all takkan rasa tersekat-sekat dekat kulit lepas apply essence water, memang bersih! And lastly, melembap. Lumivie range adalah upgrade dari Melacep yang terdahulu, di mana Mary Kay discover formula untuk pencerahan yang tidak mengeringkan and merengsakan kulit. Jadi semua item Lumivie tesktur  & formula dia memang provide kelembapan termasuklah essence water.

Then macam mana pulak nak pakai Lumivie Essence Water? Well, ada dua cara;
  • gunakan cotton pad
  • dap dap terus ke pada muka
Kalau time kita nak remove makeup, gunakan kapas untuk menarik lebihan kotoran and mekap sebab tadi kan dah cerita daya penarik essence water sangat kuat. Kalau waktu biasa pulak you all boleh guna jari dap dap dekat muka sebab bila kita dap, haba dekat  jari akan membantu penyerapan skincare yang lebih efektif. So dua-dua cara pun bagus😃

Lastly, siapa yang patut gunakan Lumivie Essence Water?
  • yang nak cerah
  • yang ada kulit kusam
  • yang ada parut jerawat
  • yang ada jeragat
  • yang suka toner rasa moist and bersih
Maka lengkaplah sudah Lumivie range skincare Mary Kay😎

Nak jadi yang terawal di Malaysia yang gunakan  Lumivie Essence Water and nak antara yang terawal cantik?😀 jangan malu-malu whatsapp saya untuk buat consultation dulu okayy, kalau dah lepas bolehlah try essence water kalau belum lepas takpe, treat skin bagi sihat dulu sebem berLumivie😃

Untuk info lengkap mengenai set lumivie, boleh click sini👉 New Lumivie Set Info

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday, 2 February 2020

Mary Kay February Special

Assalamualaikum & morning!

Rasa baru je celebrate tahun baru, tup tup dah masuk bulan dua kan. Nervous pulak rasa kan. Tapi apa kata kita cuci mata dulu dengan yang special-special bulan ni. And sebelum saya lupa, bulan ni special sebab tahun ni merupakan tahun ke-20 Mary Kay di Malaysia. Fuhh dah dua dekad kan, agak-agak hebat tak Mary Kay? Okay jom kita jangan buang  masa lagi, silakan mencuci mata dengan item promo bulan ni~

Lumivie Set
Mentang-mentanglah orang Malaysia suka cerah-cerah, bukan main lagi Lumivie ni promo sekarang tau. Untuk yang tak tahu, Lumivie merupakan set pencerahan dari Korea dan membantu untuk merawat kulit kusam, jeragat & parut jerawat. Siapa nak pakai the whole set memang elok grab promo bulan ni. Nak tahu lebih lanjut jom refer kepada posting saya dulu, boleh click Lumivie Info & Testimoni 

Sheer Dimensions Powder Pearl
My favourite item! Powder Pear ni sebenarnya hihglighter yang boleh jugak buat sebagai blusher. Saya suka subtle effect dia yang tak nampak over, tapi tetap timbulkan tulang pipi & batang hidung. Lepastu dia besar gedabak saya pakai dah lebih dua tahun tak habis-habis😂. Saya ada share review and tutorial video dekat sini👉 Mary kay Powder pearl

Perfume + Satin Hand Cream
 
Kesukaan gegirlss - kalau nak bagi hadiah dekat wife, mak , saudara perempuan haa memang jimat sangat grab combo ni tau😍

Perfume + Facial Wash
Ni pulak combo untuk abam sado, bau sedap dapat muka yang bersih pun dapat, ehh jimat pun dapat😄

Lipstick Semi Matte, Semi Shine & True Dimension
 
Nak lipstick yang separa matte ke, yang testur creamy ke ataupun you all suka yang jenis moist, haa semua ada big saving time bulan cinta ni tau, jangan lepaskan peluang😍

Mary Kay Eye Colour

Ho yeahhh eyeshadow pun ada promo tau. Eyeshadow Mary Kay bukanlah sekadar cuckup syarat, tapi sangat pigmented and dilengkapi dengan teknologi Chromafusion, sebab tu nama dia pun Chromafusion Eye Colour. 

So amacam?? Dah bersih ke mata uolls tegok promo bulan ni. Best tau and sangat banyak penjimatan, tapi nak tahu in detail kenalah whatsapp saya, bukan sebab poyo tapi sebab memang tak dienarkan publish dekat blogger site. talian hayat saya sentiasa on tau, klil je whatsapp link tu😃

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.