Wednesday, 25 March 2020

Tua Sebelum Usia??

Assalamualaikum & morning!

Dunia semakin maju, manusia pula semakin cepat tua...

Aikkk??

Kenapa status macam mintak kena kecam jee hahaha. Sebenarnya betul lah, peredaran zaman sekarang yang dibanjiri teknologi moden sebenarnya menyumbang banyak kepada proses aging kulit kita. Scary fact;

- 80% aging process adalah daripada persekitaran & lifestyle
- 20% aging process adalah disebabkan natural process

Inilah saya masa umur 26 tahun tapi kulit dah jatuh and kusamnya lahaiii~

Nampak kan betapa lifestyle kita memainkan peranan dalam menentukan ketuaan kita. Secara tak sedar sebenarnya kita banyak mengundang ketuaan kepada kulit kita, jom tengok apa jenis aktiviti yang membuatkan kulit cepat aging;

  • gadget & electric device seperti handphone, tv, laptop
  • tidur lambat atau waktu tidur tak menentu
  • tak pakai proper skincare
  • pendedahan terhadap sinaran UV
  • merokok
  • consume alcohol
  • kerap pakai mekap yang tidak mempunyai benefit untuk skincare
Semua ni akan buatkan penghasilan collagen dalam kulit kita terganggu, so kulit akan mula tunjukkan tanda-tanda yang tak best macam kurang anjal, muncul garis-garis halus, kusam & kering. Kalau yang berkulit kering, lagi mudah nak aging sebab tu kena bagi perhatian lebih untuk lembapkan kulit. Ada factor yang kita tak boleh nak elak contohnya yang bekerja menghadap laptop & handphone macam saya, tapi tetap tak nak tua jugak. Jadi apa you all boleh buat untuk elakkan tua sebelum masa, sebenarnya tak susah pun asalkan konsisten. Jangan tinggalkan essential skincare routine;

Cleanser - mask / scrub 2-3 kali seminggu - toner - pelembap - SPF

Ni yang paling basic, kalau ni pun tak lepas susahlah nak maintain muda huhu. SPF kena pakai ya walaupun kita dalam perintah berkurung sebab UV ray tidak termaktub dari matahari je tapi dekat semua tempat (handphone, lampu, tv, , etc). So sila protect muka anda walaupun duduk di rumah saja.
Nak lagi letop boleh add on semua step ni~

Nak pakai mekap boleh, tapi pilih yang ada skincare benefit and yang non-comodogenic (tak menyumbat pori), you all boleh refer dekat label sebab kalau dia non-comodogenic dia akan state. Pilih juga makeup yang mineral based supaya kulit you all tak rosak especially untuk foundation and bedak yang kita pakai hari-hari. 



Untuk skincare, pilih yang ada ingredients macam dekat bawah untuk bantu uolls maintain mudaa and tak cepat tua. Pastikan pakai anti-aging skincare seawal umur 25 tahun ke atas, bukan bila dah ada kedut baru nak start anti-aging tau.

  • Glycolic Acid
  • Broad spectrum spf (UVA & UVB)
  • Collagen
  • Hyaluronic Acid
  • Niacinimide
  • Retinol
  • Vitamin C
  • Lactic Acid
  • Ceramides
  • Jojoba Oil
FYI skincare and makeup Mary Kay memang ada yang mengandungi bahan-bahan di atas especially yang untuk anti-aging macam Timewise 3D, Timewise Repair & Youthfinity. Makeup item Mary Kay pun you all boleh pakai tanpa rasa risau sebab semuanya mineral based, non-comodogenic & some items siap ada anti-aging lagi macam foundation, honey glow, cc cream etc. Kalau perlukan consultation saya untuk tahu the best Mary Kay product untuk you all, boleh whatsapp okayy~

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Saturday, 21 March 2020

Makeup

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak sharekan adik Efa yang belajar mekap dari saya hari tu, and of course semua 100% guna produk Mary Kay. Efa nak belajar advanmce makeup yang termasuk highlight, contour, etc so inilah hasilnya. Kita tak bebel banyak hari ni jom layan gambar je~




                            

So what do you think?๐Ÿ˜ Macam biasa dekat setiap kelas saya akan tekankan betapa pentingnya base yang betul untuk dapatkan mekap yang elok. Kalau base you fail, semua mekap fail. Jom kalau nak belajar mekap dengan saya boleh roger tau, Inshaallah lepas Corona redha kita onzz balik kelas-kelas kecantikan Mary Kay. Jangan sedih and jangan merungut kita tak mampu keluar cari rezeki buat masa sekarang, percayalah bumi Allah ni luas and rezeki Allah tu datang dengan pelbagai cara๐Ÿ˜

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Thursday, 19 March 2020

Beauty Class March 2020

Assalamualaikum & morning!

Hari ni nak throwback kisah yang tak berapa lama, which is beauty class minggu lepas dengan staf-staf Bastinet Sdn Bhd di Putrajaya. This time semua staf perempuan yang join, so memang havoc lah๐Ÿ˜

Saya in action~

Before proceed kepa practical cara penjagaan wajah & basic makeup, kita sembang-sembang duu berkenalan, barulah tak kekok nanti kan๐Ÿ˜Š

With my girls~ kami empat orang je beauty consultants sebab crowd pun tak ramai, cuma belas-belas saja. Tapi personally saya lagi suka beautry class dengan size crowd yang kecil, sebab lagi mudah handle and bonding.

Sebenarnya minggu lepas minggu yang agak mencabar bagi saya sebab hari-hari ada appointment / program. Almost setiap hari saya keluar pagi and balik malam, sampai kaki sakit-sakit and bila habis penat lagi dah kena kemas untuk program esoknya. Rupanya Allah bagi sibuk dulu sebab lepas tu DIA bagi kita "work from home". HAri ni hari ketiga restricted movement disebabkan oleh Covid 19. Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia & seluruh dunia terhindar dari kemudaratan Amin...

Stay home & stay safe everyone!

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 18 March 2020

Shea Butter Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari kedua perintah kawalan pergerakan, semoga yang baik-baik saja untuk Malaysia dan juga seluruh dunia Amin...

By the wayyy since ramai berkurung dekat rumah time kritikal ni, apa kata kita tambah pengetahuan. Hari ni saya nak share pasal something yang memang tak asing lagi dalam dunia kosmetik,,,which is Shea Butter! 
Macam aiskrim pun ada kan Shea Butter ni,,,ish nampak benor saya lapar๐Ÿ˜‚

Shea butter memang digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan kandungan dalam kosmetik, tapi you all tahu ke apa shea butter tu sebenarnya? kalau belum tahu, hopefully sharing saya hari ni dapat bagi something dekat you all~

Dekat negara belah-belah Africa nun, ada satu pokok nama dia Shea Tree. Pokok ni mengeluarkan kekacang, and dari kekacang tu, depa extract lemak and lemak tulah yang kita panggil Shea Butter. 
Inilah rupa kacang yang mana lapisan lemak di"extract", nampak macam buah berangan kan?
Ni pulak pokok Shea~

Haa gitulah asal usul shea butter, tapi shea butter bukan lah sekadar lemak dari kekacang - in fact shea butter mempunyai banyak sangat manfaat dari segi kesihatan & kecantikan kulit yang menyebabkan dia sentiasa dipilih sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit. Jom tengok apa benefit dia๐Ÿ˜
  • shea butter membekalkan nutrient & asid lemak (fatty acid) yang diperlukan untuk penghasilan collagen
  • kepekatan natural vitamin & fatty acid dalam shea butter membuatkan dia sangat efektif dalam melembapkan dan memelihara kulit
  • menjadi penawar kepada kulit kering and melindungi minyak semulajadi dalam kulit
  • melegakan keradangan - salah satu kompan dalam shea butter yang bernama lupeol cinnamate sangat berkesan untuk melegakan keradangan kulit dan juga membantu merawat jerawat
  • mengandungi oleic, stearic, palmitic & linolenic acid yang melindungi dan memelihara kulit dari kekeringan
  • dalam kegunaan jangka masa panjang, responden dapat rasa kulit makin lembut, tegang dan kedut makin berkurang
  • shea butter juga boleh digunakan terhadap bayi & kanak-kanak


Jadi itulah antara benefit shea butter, tak hairanlah banyak kosmetik gunakan shea butter sebagai main ingredient termasuklah Mary Kay. Kebanyakan body care Mary Kay mengandungi shea butter macam dekat bawah ni;

1. Satin Hand Set
2. Satin Lips Set

3. Satin Body Set

Sekian saja sharing saya hari ni, kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal produk Mary Kay atau beauty tips you all boleh refer teruskan mebca blog saya, Inshaalah bermanfaat๐Ÿ˜Š

Stay home & stay safe everyone!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 17 March 2020

Makeup Emma Maembong

Assalamualaikum & morning!

Baru berpeluang nak update blog disebabkan kesibukan yang agak melampau jugak hehe. Btw bulan ni Emma Maembong kahwin, and ramai yang inspired buat makeup look yang natural & fresh macam Emma. Zaman sekarang orang memang suka natural look kan, yelah kita pun tak mau dah nampak macam tepung gomak. Biarlah bila kita mekap tu, masih nampak ghupe kita,,,haa gituu~

Jadi memandangkan tengah hot makeup ala-ala Emma Maembong nikah, unit kami diberi task utk re-create makeup look yang sama. Mestilah excited kan jom tengok hasilnyaa๐Ÿ˜

Tadaaa~ dapat sipu-sipi Emma pun jadilah๐Ÿ˜‚ of course 100% guna Mary Kay sebab makeup item Mary Kay memang cukup untuk buat complete makeup. Jom tengok saya list down semua item untuk create look macam ni;

Base

1. Honey Glow Finisher (HGF)

HGF bagi effect dewy skin and muka glowing, since makeup Emma Maembong ni termasuk dalam kategori "simple look", jadi kita banyak enhance dekat base supaya muka nampak radiant secara semulajadi. 

2. Timewise Liquid Foundation

Foundation yang menutup tapi tak menyumbat pori and bagi finishing "flawless naturally" - itulah apa yang paling saya suka tentang foundation Mary Kay, still nampak macam kulit kita tapi versi yang lebih flawless and lebih berseri. Saya tak apply concealer cuma tebalkan sikit bahagian bawah mata untuk cover eyebags. 

Kening & Mata

1. Mahogany Eye Colour
 My fevreto! Cantik sangat bila buat kening guna Mahogany sebab dia warna brownish yang natural tapi very pigmented. Ramai suka tau~ Saya guna Mahogany untuk kening & juga mekap mata, pakai satu colour ni je untuk create Emma Maembong look kan kata nak nampak natural hehe. NAd jangan lupa apply eye primer ataupun concealer sebelum letak eye sahdow supaya warna lagi timbul and tahan lama.

2. Mary Kay Gel Eyeliner
Untuk eyeliner saya letak dekat hujung saja sebab nak namoak mata terbukak tapi at the same time nak nampak natural. Senang guna gel eyeliner ni sebab lagi cantik untuk you bentukkan dia and paling penting dia long-lasting. 

3. Ultimate Mascara 
Actually untuk effect bulu mata yang lentik dan bercerai satu-satu, paling best guna lash Love Waterproof Mascara tapi apakah daya saya ni allergic dengan mascara jenis waterproof huhu. But ultimate mascara pun cantik jugak lagi nampak lebat & penuh cuma kalau nak betul-betul jadi Emma Maembong kena guna Lash Love mascara.

Close up eye makeup
Shading & Contour

Untuk contour saya memang over sikit sebab kita tak gunakan banyak mainan colour, jadi cuma boleh timbulkan face structures dengan contour. 

1. Shading Hidung

Saya gunakan contour stick code Light lepas tu set dengan eye colour code Hazelnut. Kita over sikit dengan shading sebab saya tak buat highlight guna concealer, jadi lebihkan dekat shading.

2. Contour Pipi
Untuk pipi saya memang go extra,,, guna contour stick code Dark walaupun untuk kulit saya ni dah memadai guna code Light. Saya buat intense contour sebab kita nak minimumkan penggunaan blusher tapi at the same time kita nak pipi nampak berlekuk. Ingat ya makeup Emma Maembong memang tak gunakan banyak colour. 

Finishing

1. Mineral Powder Foundation
Particle mineral powder yang halus membantu menutupi parut, jerawat, garis halus and macam-macam lagilah yang kita nak tutup. Mcam saya state tadi, saya tak guna concealer sebab nanti kena baking bagai jadi kalau you all pemalas macam saya, boleh gunakan mineral powder ni sebab dia merupakan bedak serbuk yang paling tinggi coverage. 

Blusher

1. Juicy Guava Cheek Colour
Layah-layah sikit je sebab cuma nak highlight shape pipi, tadi kan dah buat intense contour.

Highlight

1. Sheer Dimension Powder Pearl
Highlight cuma dekat tulang pipi & cupid bone, boleh jugak highlight sikit bawah kening. Kita taknak hihgkight yang "cing cing" bila create Emma Maembong look. Tujuan dia nak nampak pipi kita lebihg berdimensi saja so tak perlu over. 

Lipstick

Saya guna Semi Shine Lipstick warna Tranquil Toffee, tapi kalau nak colour betul -betul ikut Emma Maembong you all boleh guna colour soft pink macam Raspberry Ice. 

And itulah dia nak dapatkan separuh muka Emma hahaha. Nampak simple sebenarnya tapi tak simple mana. Yang penting, kalau nak dapatkan makeup yang fresh and flawless kena ada kulit yang cantik dulu. Kalau you all berminat nak belajar makeup natural look lagu ni, boleh whatsapp saya ya๐Ÿ˜

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.