Wednesday, 26 September 2018

Mary Kay Lips Matte

Assalamualaikum & morning!

Apa yang anda fikirkan bila sebut lips matte? Adakah kekeringan melampau?? Adakah rasa tak selesa sampai nak cabut-cabut je bibir tu. Saya dah pernah kena bermacam experience dengan lips matte. Yang keringkan bibir tu biasalah. Tapi ada yang susah sangat nak tanggal even guna sabun pun tak hilang lagi tau. Then ada satu brand saya pernah pakai, warna dah lawa dah, selesa pun selesa tapi bau kimia dia tu mak aih sampai ke anak tekak tau. Ngeri betul rasa. Tapi semua kengerian tu hilang dengan lips matte baru dari Mary Kay. Muka pun ada sonyumm.

 
Lama tunggu awak masuk Malaysia tau~



Inilah warna-warna Lips Matte yang terbaru, ada enam warna semuanya~

Lepas order Lips Matte ni, almost seminggu jugaklah nak sampai stock dekat rumah sebab ramai BC yang order jugak kan. Biasanya shipping dari Citylink cuma ambil masa sehari ke dua hari. Bila dah sampai tu memang tak menyabar lah saya pi try. Colour cantik. Bila apply dia tak rasa kering, tapi akan ambil masa sikit untuk kering sepenuhnya. Kiranya bila dah apply ni jangan gaduh nak terus sentuh bibir tu. Sabaq naa. Untuk colour nude Taupe That, saya apply foundation dulu dekat bibir sbb bibir saya agak gelap, and it turns out to be very pretty! Dari tak suka nude colour now ketagih nak pakai Taupe That. Jom layan sebahagian gambar weolls dengan Mary Kay Lips Matte.


Saya & BC saya in Pink It Over

Ni Pink It Over jugak, tapi slow version. Sapu kat bibir bawah je and then ketapkan, ratakan dekat atas guna jari. Macam Korea kan.

Ni Vivid Violet. Mula-mula saya tak suka pakai colour ni sebab bila pakai dia jadi dark purple yang sangat gelap sampai saya nampak macam ahli sihir. Tapi bila cuba teknik apply dekat bibir bawah je and dap dap, wahh tak boleh move on tengok hasil dia. Sayang takde gambar pulak.

Pink Shock - colour yang buat saya menggelupur

Much love for Neon Nectarine

My favourite shade - Red Siren

Amacam tergoda tak? Saya tergoda sebelum dia masuk Malaysia lagi tau. And bila dah cuba, memang semua produk Mary Kay akan ikut expectation kita. FYI stok habis di website Mary Kay dalam amsa dua hari je. Tapi nasib baik saya ada stok lebih. and untuk bulan ni ada promotion free eyeshadow untuk setiap tiga batang lips matte yang kita beli. Dapat bibir dapat mata sekali. Best kan? Kalau nak cuba dulu jjangan segan contact saya hokayy~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Monday, 24 September 2018

Botanical Effects Evolution

AMARAN‼️

Post ini akan buatkan anda terpegun dengan kecomelan‼️



Bukan main bagi warning awal-awal tau. Tapi serius, rasa tak boleh move on dengan packaging Botanical Effects Evolution ni. Pinkish2 gitu and belum bukak kotak lagi dah mau semerbak dragon fruit & aloevera. Serius wangi sampai satu bilik air, tapi takdelah bau menyengat yang sakit kepala tu. Mary Kay Botanical Effect Evolution diformulasi khas untuk yang berumur seawal 10 tahun, kiranya untuk remaja sampailah umur 23 tahun. And sebab nak mengikut peel remaja jugak, BE Evolution ni memang senang, cepat & pantas zasss⚡️. Jom tengok apa item yang ada dalam BE Evolution set ni;

1. Cleansing Gel



Ya Allah cleansing gel tersangatlah wangi sampai rasa nak buat mandi tau. Sangat lembut and tak meninggalkan rasa kesat, tegang or oily. Just nice and besar pulak tu sampai 127 gram. 

2. Invigorating Scrub


Scrub dia untuk buang kulit mati yang berkumpul tu, tekstur tak terlalu kasar or terlalu halus. Takdelah kulit kita pedih bila scrub. Muka rasa licin & lembut especially tang hidung yang selalu dimusuhi sbb banyak whiteheads & blackheads. Boleh scrub dengan laju & pantas tak macam mask yang kena tunggu kering dulu. 

3. Refreshing Toner


Toner dia sejuk sangat, berfungsi untuk menutup pori-pori selepas guna cleanser & scrub, and bersihkan sisa kotoran yang masih tertinggal. 

4. Moisturising Lotion SPF30 Suncreen


Moisturiser sekali dengan SPF. Kan dah jimat masa kat situ tak payah pakai sunblock lagi. Walaupun ada spf tapi tekstur dia langsung tak melekit tau, halus je and smooth bila diratakan. 

5. Moisturising Gel 


Sejuk and senang meresap dalam kulit. Tekstur ringan sangat sampai tak rasa apa-apa tapi kulit still rasa lembap.

So secara konklusinya, BE Evolution ni bukan saja cantik dari luaran tapi jugak berkesan untuk kulit kita. Yelah you all, Mary Kay kan test 5000 kali produk dia sebelum release dekat market. Punyalah dia jaga kualiti. Btw, kalau anda pemegang moto CEPAT, SENANG & PANTAS, memang Botanical Effects Evolution ni untuk anda. Jangan segan silu contact saya untuk dapatkan consultation kulit😁.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saturday, 22 September 2018

Kelebihan Menjadi Beauty Consultant

Apa yang saya dapat dengan Mary Kay?


"CONFIDENCE"


Confident ni bukan setakat bercakap depan orang je, tapi confidence dalam semua segi. Contohnya dulu rasa malunya Ya Allah nak promote muka sendiri huhuhu sebab tu bisnes dulu saya guna khidmat model. Saya rasa muka saya ni tak cukup cantik, tak cukup photogenic nak promote barang tapi bila start Mary Kay, kita memang takde model, takde duta sebaliknya kita sendirilah model untuk tunjukkan skin progress.

Lepas tu nak buat video mak aih bab ni lemah betul rasa. Biasa tengok video tutorial MUA yg hebat2 so saya dah terfikir alah nanti mesti nampak tak cantik, ala dahlah suara tak sedap, alaa malulah and macam-macam lagi suara negative. At one point saya persetankan semua tu, saya bukan buat video untuk jadi instafamous, tapi saya nak share pasal bestnya produk Mary Kay. Saya nak orang nampak kenapa saya fall in love sgt dengan produk2 Mary Kay. First time buat video, saya mulakan dengan item plg senang which is lipstick, nervous gak lah masa tu laju je hahaha. And nak tau apa jadi lepas tu? Ada ex officemate lama pm & tanya pasal lipstick yang saya pakai, dia kata colour cantik sangattt. Sampai sekarang dia tak pernah beli dgn saya😂 tapi dia buat saya sedar yang engagement masa buat video memang lagi tinggi. Jadi dari video lipstick saya buat video foundation pulak, lepas tu makeup remover, then simple makeup tutorial sampailah full tutorial menggunakan brush Mary Kay.

Bercakap depan orang? Ini Alhamdulillah saya dah biasa buat dari zaman study sampailah bekerja, tapi kalau nak suruh cerita pasal kulit tu memang tak lah. Nak suruh ajar pasal skincare regime, cara2 yang betul apply skincare, kenapa perlu moisturiser bla bla bla. Tapi dengan knowledge yang saya dapat dari Mary Kay, dgn tunjuk ajar & guidance dari senior saya Alhamdulillah skill untuk conduct skincare class sendiri makin improved and dah boleh handle sendiri dekat company😊.


Makeup makes me feel confident. Setuju? Tak perlu makeup 5 inci dengan bulu mata kelip-kelip baru confident, cukup mekap nipis untuk enhance kita punya seri. Dulu saya selalu serba salah, nak mekap rasa buruk sbb tak pandai, bila tak mekap pun rasa hauk sangat pulak. So saya akan end up letak makeup sikit sangattt sbb play safe lah kononnya padahal tak pandai. Dalam Mary Kay dah few times saya attend advanced makeup class for free and dapatlah polish skill makeup, and tak sangka boleh buat duit pulak hasil mekapkan orang. Tapi main reason saya belajar mekap sebab nak bagi diri ni confident and jadi lagi cantik bila bermekap, and sbb nak build orang lain punya confidence jugak dengan skill mekap saya.


Jadi nampak kan mcm mana pengertian CONFIDENCE tu sangat luas bagi saya. Dari nak jual lipstick je and now, tak sangka Mary Kay dah jadi platform untuk develop diri saya and appear to be more confident.




Confidence is beautiful~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Wednesday, 19 September 2018

Mary Kay Timewise Repair

Assalamualaikum & morning!

Siapa dekat sini yang berumur 30 tahun ke atas?? Nak share pasal Timewise Repair yang hebat ni. Tapi sedih jugak sebab saya sendiri belum cukup umur nak pakai hahaha. Tapi ada je saya pakai satu item yang jadi favourite saya, maybe you all dah boleh teka dari posting saya sebelum ni. 



1. Volufirm Foaming Cleanser



Cleanser bukan sekadar membersih, tapi siap ada Volufirm Complex tau, research technology yang dipatenkan oleh Mary Kay - menggabungkan plant stem & skin volume, maka terjadilah supporting peptide untuk memberikan anti aging benefit sepenuhnya dekat kulit kita. Memang tegang uollss~

2. Mary Kay Facial Peel


Inilah item yang saya guna untuk dapatkan kulit macam baby😁. Saya dah share pasal Facial Peel dengan terperinci dekat sini. Secara ringkasnya Facial Peel ni macam mask yang kita pakai 2 - 3 kali seminggu. Ada glycolic acid yang dapat tembus jauh ke dalam kulit (advanced exfoliation) untuk buang kulit mati sebab and beza Facial Peel dengan mask/scrub lain ialah dia dapat buang kulit mati secara menyeluruh, sebab tu lah you all akan rasa kulit macam baby je, lagi halus, tegang & cerah.

3. Volu-firm Lifting Serum

Nak tak muka jadi V shape? Maka haruslah anda guna Lifting Serum ni, macam namanya jugak, serum ni akan "lift" kulit kita ke atas supaya jadi remaja semula hehe. Berkesan untuk mengurangkan garis-garis halus and membuatkan wajah gebu, anjal & lembap.


4. Volufirm Day Cream SPF30


Ingat ya, matahari tu bukan kawan kita tapi tak bermaksud kita kena menyorok kat rumah waktu siang, SPF kan ada😁. Volufirm Day Cream mengandungi SPF 30 untuk melindungi kita dari UVA, UVB. Melembapkan kulit selama 12 jam and best sebab dia boleh sekatakan tona kulit kita jugak.

5. Volufirm Night Treatment
Function dia lebih kurang sama macam Day Cream cuma dia takde SPF lah. Ibu mengandung tak boleh pakai sebab ada retinol, and kalau pakai Volufirm Night Cream ni wajib pakai apa-apa yang mempunyai SPF 30 at least pada belah siangnya. 

6. Volufirm Eye Renewal Cream


Siapa yang ada 1001 masalah mata - mata sembap, eyebags, dark circle, kedutan keliling mata, garis-garis halus, etc memang highly recommended untuk guna Eye Renewal Cream ni. Sebab Mary Kay memang banyak produk mata, tapi yang Timewise Repair punya ni memang advanced tau.



Last but not least...



7. Mary Kay Bio Cellulose Mask

"Muka macam baru lepas buat treatment lah"...exactly! Effect bio cellulose mask sangat cepat and bertahan lama sampai dua minggu pun still nampak kesan & rasa kelembapan dia tau. Sebab bio cellulose adalah sejenis fiber yang seribu kali lebih halus dari seurat rambut (wow!). Jom belanja sikit effect mask ajaib ni.





In general, Timewise Repair series ni kesan dia agak cepat sebab menggunakan bahan-bahan yang advance and dari new research technology. Kebanyakannya pakai bahan yang menggunakan extract dari tumbuhan yang cepat kesan dia contohnya macam bio cellulose dari exract air kelapa and glycolic acid dari tebu. Kalau rasa nak cuba top 5 global product dengan consultation secara berkala, jangan segan whatsapp saya okayy.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Tuesday, 18 September 2018

Mary Kay Under Eye Corrector


Apakah??? Tak pasal-pasal kena tengok muka saya sebesar alam pulak ni hahaha. Kena letak besar, sebab nak bagi nampak beza. Well sebelah kiri tu bukanlah bareface sangat pun, lipstick merah menyala takleh bincang deknon oiii. Takpe jangan fokus dekat lipstick, hari ni kiuta fokus dekat mata ya. Sebab saya nak share pasal satu item ni, yang saya sayang sangat.


Mary Kay Undereye Corrector

Khas untuk yang nampak flawless tanpa nampak fake, Mary Kay memperkenalkan undereye corrector yang awesome ni! Sesuai untuk sorokkan eyebags sekilo macam saya. Dalam sekelip mata je "ehhh, mana eyebags aku" haa sampai macam tu tau. Tapi betullah, cuma kena sapukan bawah mata dalam bentuk segi tiga, lepas tu dap dap kan guna brush atau beauty blender atau sponge. Seminit je tau.

Photo credit to swatchandreview.com

Photo credit to celebratebeautystore.com

Undereye Corrector ni ada satu colour je, colour peach. Sebab colour peach bijak menyembunyikan bayangan hitam atas kulit. Kalau you all perasan, ramai MUA letak lipstick merah dekat bawah mata untuk cover dark circle, sebab foundation lebih efektifuntuk cover cela yang bewarna kemerahan daripada warna hitam. Pasai tu lah undereye corrector ni colour peach, so that kita tak payah susah-susah dah nak sapu lipstick bawah mata. Kulit sensitif? No worries! Boleh pakai undereye corrector ni. Pakai contact lense? Pun no worries jugak, underye corrector ni tak menganggu pun. 


Berbalik kepada gambar saya ni, nampak tak gambar "almost bareface" tu, eyebag saya boleh tahan jugak kan. Selambak kau. Tapi dengan penyamaran foundation + undereye corrector + baking, nampak macam eyebags tu tak wujud langsung kan. Undereye corrector ni cover lingkaran hitam dengan kemasan yang sangat natural, and tahan lama paling penting. Kita memang advise untuk baking dengan loose powder lepas apply undereye corrector, sebab nak mengelakkan crack bawah mata. Undereye corrector ni lagi intense dari concealer biasa sebab banyak benda dia nak kena sorok kan hehe.

Jadi rasanya susah tak nak nampak flawless lepas ni? Senang je kan. Boleh set appoinment dengan saya untuk belajar makeup flawless yang simple. Of course, free je cuma bayar dengan kasih sayang😁

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Monday, 17 September 2018

MKMen Skincare



Assalamualaikum & morning!

Entry hari ni nak belanja abang-abang sado tentang tips menjaga kulit pulak, asyik fokus dekat perempuan je kan nanti rasa tak fair pulak hehehe.

Tahukah anda Mary Kay mempunyai set khas untuk lelaki, yang dirumus untuk kulit lelaki yang lebih berminyak & lebih tebal. Tapi sebab formulasi dia yang agak kuat, perempuan tak boleh guna and kalau anda lelaki yang pernah menggunakan produk bermerkuri ataupun tinggi kandungan kimia, saya advise untuk tak gunakan MK Men dulu sebaliknya gunakan set yang lebih mild. Sila refer pada beauty consultant ataupun pada saya jika anda belum mempunyai beauty consultant.


Tadaaa~ MK Men khas untuk jejaka-jejaka yang nak jadi tampan. Jom kita tengok setiap satu item dan fungsi MK Men


1. MK Men Daily Facial Wash
Membersihkan wajah hingga ke tahap maksimum gituuu, kebanyakan guest lelaki yang join skincare class saya mengadu yang kulit depa berminyak, sampai rasa nak sental guna sabun basuh tau hahaha. Eh janganlah, cukup guna Facial Wash ni untuk membersih sampai puas, sampai liang roma pun rasa bersih tau. Nak shave lepas tu pun boleh guna facial wash ni, segar je rasa.

2. MK Men Facial Hydrator SPF 30



Selalu lelaki lah yang asyik kerja site & bersukan kan, tapi tu tak bermakna abam-abam ni kebal dengan cahaya matahari. Sebab tu Mary Kay dah sediakan SPF30 dalam pelembap ni, senang & cepat. Selain tu Hydrator ni juga berfungsi untuk kurangkan garis halus & kedutan. barulah abang nampak muda sokmo~

3. MK Men Advanced Eye Cream

Kawasan sekitar mata pun perlukan hydrate (lembapan) tau. Itukah fungsi MK Men eye cream ni, untuk melempab dan menegangkan kawasan mata. Siapa yang ada dark circle pun memang elok sangat pakai ni.

4. MK Men Body Spray


Supaya badan tak bau asyemm.. Cepat je spray-spray dah siap, and nau dia sangat refreshing tau. Bau lelaki yang macho, hihihihi.

Jadi adakah anda rasa lebih kacak bila baca post tentang MK Men ni?😁 Kalau rasa nak cuba skincare yang memberikan anda 90 days satisfaction guarantee, boleh habaq ya. Inshaallah anda akan dapat servis yang memuaskan dari saya.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 16 September 2018

Mary Kay Educational Classes


"Dilla kalau join Mary Kay memang wajib attend kelas-kelas dia eh?"

Saya pergi education class Mary Kay tanpa paksaan. Takde siapa nak marah, takde siapa nak bagi warning letter dekat saya kalau saya miss apa-apa program. Semuanya saya pergi dengan volunteer, sebab saya yang nak improve diri sendiri. And sebab saya pernah rasa betapa sakitnya gagal bisnes. Bukan sebab saya tak nak belajar, tapi sebab yuran untuk masuk kelas bisnes pun sampai beribu, tu yang rasa gulp😳.

Kelas-kelas education Mary Kay 90% percuma! Kalau kena bayar pun setakat bayar makan lunch, bayar sewa tempat dalam belas2 ringgit je sorang. Rugi kan kalau saya tak attend. "Those who show up will move up!" 🔥 🔥

Khusyuk benar buat task tau

Seronok bila ada activity book yang baru ni, semua plan, customer listing, money management, target, etc semua boleh record dalam tu


Cantik kan colour lips matte yang baru ni - my favorite shade in Red Siren

SSD Faizah tekankan kepentingan untuk cari big why kita

Barisan mentor yang hebat untuk Red Jacket Workshop, ESSD Nur Amira tu lah Director saya yang sangat dikasihi


Suka tak kalau dapat peluang untuk education & coaching percuma dalam bisnes? Takde istilah dah habis belajar dalam hidup ni, even mentor-mentor pun sentiasa belajar untuk mantapkan diri & bagi yang terbaik untuk unit masing-masing. Kalau rasa nak berbisnes dengan culture Mary Kay, you all boleh contact saya, Inshaallah saya bagi guidance yang terbaik.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 14 September 2018

Bila Rasa Down...

Happy memanjang buat Mary Kay. Hari-hari best!. Hari-hari selfie happy. Hari-hari syokkk.

I wish! Macam bisnes lain jugak, bisnes Mary Kay tak terlepas dari cabaran & rintangan. Saya sendiri pun kadang-kadang rasa murung je. Rasa down? Of course pernah. Tapi bak kata SD Bella, down 5 minit je. Kadang-kadang saya pun tak dapat lari dari reflect and fikir, betul ke Mary Kay ni untuk aku. Orang lain berjaya, memang rezeki dia dengan Mary Kay. Aku belum tentu lagi. Cepat-cepat istighfar kalau rasa macam tu. Itu cuma bisikan syaiton untuk suruh kita putus asa cepat.

Tapi Allah suka ingatkan saya dengan cara halus. Satu hari bila saya frust dengan performance diri, ada stranger DM saya dekat instagram. Dia pun beauty consultant Mary Kay tapi unit lain. Dia tanya apa rahsia saya jadi Star Consultant, and dia kata banyak belajar dari Instagram saya. Allahu😭. Kita rasa kita ni belum apa-apa lagi, tak sangka ada orang lain yang terinspirasi dengan saya.

Time tengah frust menonggeng, dapat email dari Mary Kay, yang saya akan naik stage sebagai recognition untuk Move Up Career. Haa tersentak terus, cepat-cepat kita bangkit. 

Pada suatu hari yang panas terik, saya stress and down bila banyak tempat submit proposal semua time tak kena. Ada yang PIC tak hadir, ada institut yang kata schedule dah penuh, ada yang tak boleh masuk sebab tak buat appointment dulu😟. Saya makan lunch sorang-sorang and tenangkan diri, kutip balik sisa-sisa semangat yang ada untuk hantar proposal ke sekolah pulak. Tiba-tiba ada Senior Director unit lain whatsapp saya, asalnya dia nak mintak soft copy proposal tapi end up berborak panjang. Dia cerita yang dia share kisah saya dekat unit dia, dia tunjukkan saya sebagai contoh orang yang berusaha, and ramai BC beliau yang terinspirasi. Nak menitik air mata time tu tak sangka SD unit lain pun sanggup ambil saya sebagai role model😭.

Sebenarnya, bisnes atau tak bisnes, hidup ini tetap berputar macam roda. Of course kita akan rasa down, rasa kecewa. Tapi lima minit cukuplah, and then get back to your goal. Yes, impian kita bukan boleh dicapai dalam masa sehari dua, seminggu dua, or sebulan dua. Tempoh masa yang lama tu selalu buat kita lupa, and kadang-kadang jadi tak berimpian terus. 

Cara nak remind diri sendiri tentang impian kita? Kalau saya punya style, saya akan tampal kertas kecik di cermin dan tukiskan target saya untuk bulan tu. Lepas tu, dalam sujud setiap kali solat, jangan lupa mintak dekat Allah apa yang kita nak capai, sebagai peringatan dekat diri kita jugak. Sebab bila kita asyik doa, kita akan ulang banyak kali apa yang kita nak, and Inshaallah kita kan take action and cuba usahakan. Saya doakan semua yang membaca entry ni dapat mencapai impian anda dalam masa terdekat Amin...


Mary Kay Malaysia


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Tuesday, 11 September 2018

A Story of A Friend

Assalamualaikum & morning!

Selalu saya asyik share pasal cerita saya je kan, takut you all cemuih. Jadi hari ni saya nak share pasal kisah salah seorang beauty consultant saya, kisah dia agak tragis jugak lah tapi saya share setakat yang boleh.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu dialah guest skincare class saya yang pertama, sekarang dia conduct skincare class sendiri
Kawan saya selama 10 tahun inilah yang sudi pinjamkan muka untuk saya practise tahun lepas. Dalam keadaan serba tak pandai, saya cuba buat dgn dia. Atiqah biasalah okay je semua benda, tak pernah berkira.
Dia pun rasa seronok dengan produk Mary Kay, tak pernah beli tapi recommend dekat kawan2 yang suka mekap. Dia juga ajak saya datang office buat makeup demonstration. Takkanlah dia nak suggest produk yang dia tak percaya kan.

Satu hari yang tragis, dia dibuang kerja and disuruh kosongkan office dalam tempoh dua jam akibat perbuatan khianat. Huhuhu dahsyat kan. Dia whatsapp saya yang kebetulan masa tu tengah bercuti (masa tu saya masih bekerja). Dia mengadu kisah dia yang sebenarnya boleh buat drama jugak, tapi saya tak nak ulas panjang sebab P&C. Kebetulan masa tu, saya dapat berita yang saya salah seorang achievers yang berjaya complete Cruise Challenge. Ngam-ngam betul tau depan Atiqah. Tak lama selepas tu, dia decide untuk jadi sebahagian dari kami. Awalnya takut sebab dah banyak kali tukar2 bisnes, well macam kawannya jugak. Tapi saya kata, saya dah setahun lebih dgn Mary Kay and tak pernah curang, and Inshaalllah takkan curang sampai bila2. Sebab Mary Kay bagi apa yang bisnes2 saya terdahulu tak boleh bagi, coaching, mentor, ilmu non-stop, and sisters yang positif. Dalam takut, Atiqah cuba jugak. Ingat lagi masa nak register, dia tanya saya betul ke apa yang dia buat ni.

And now, tengoklah dia sekarang. Jauh beza dari Tiqah dulu yang asyik hangat2 tahi ayam (sorry Tiqah). Kali ni dia serius. Kalau tak serius takdelah dia susah2 arrange utk skincare class. Takdelah dia susah2 jumpa saya and mintak belajar untuk bercakap. Takdelah dia beranikan diri bercakap depan orang kan. Baik goyang kaki dekat rumah.
Saya bangga dengan Atiqah. Bisnes ini bukan saja merubah saya, tapi juga mengubah orang lain ke arah yang lebih positif. And ke arah yang lebih cantik of course.


My beauty consultant in action


My partner in crime, Kak Maz (Red Jacket) pun turun padang membantu

Nak jugak hahaha. Sorry tak banyak gambar dapat share sebab nak protect aurat orang lain

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc