Sunday, 28 February 2021

Virtual Skincare Class - You are invited!

Hai & Assalammualaikum semua 😃

Dengan rasa rendah hati dan excitednya saya ingin mempelawa anda semua untuk attend Virtual Skincare Class Percuma saya. Memandangkan tengah PKP, si kita buat melalui Google Meet, which is untung jugak sebab yang jauh-jauh pun boleh join. Banyak input yang you all boleh dapat dari kelas saya - antaranya cara cuci muka yang betul, cara elak kedut sekitar mata, skincare sequence yang betul, simple makeup, lip spa & macam2 lagi!😍

Yes semua FREE! You all boelh ajak kawan2 & family join sekali dan dapatkan hadiah dari saya sbg hostess. Syarat nak join mudah je - umur 18 tahun ke atas & belum mempunyai beauty consultant. Lelaki perempuan semua boleh join😃

Kita ada session on weekend and weekdays, boleh contact saya untuk book slot😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Saturday, 27 February 2021

Cara Dapatkan Lipstick Application Yang Smooth

 Hai & Assalamualaikum😍

Siapa pernah pakai lipstick jadi macam ni??

Saya pernah jugak jadi macam ni walaupun bibir saya tak kering. So apa nak buat untuk bagi sapuan lipstick flawless macam muka kita jugak😀

1. Konsisten Scrub Bibir 


Bibir pun macam muka kita jugak, dia sentiasa melahirkan kulit mati. Tu yang kadang-kadang rasa berkuping je bibir. Haa makanya silalah rajin-rajinkan scrub bibir tu, seminit je pun ambik masa dalam 2-3 kali seminggu cukup. Shea Sugar Srub dari Mary Kay sangat halus tak kasar macam lip scrub lain yang saya pernah cuba. And paling best rasa dia manis, macam nak makan tau~

2. Apply Lip Balm

Ni hack yang biasa dengar kan, especially kalau nak pakai lips matte. Lip balm akan fill in bahagian crack bibir jadi takdelah bibir jadi nak nampak merekah je. 

3. Apply Eye Primer


Pelik tapi benar. Saya jumpa tips ni dekat Google, dia kata eye primer buat lipstick tahan lama, and saya rasa konsep dia sama macam tips kedua, eye primer tolong fill in bahagian crack dekat bibir. Nak try lah nanti~

4. Pakai Lipstick Last Sekali

Bila kita apply lip balm, jangan terus pakai lipstick sebab nanti lipstick to jadi too creamy kan. So pakai lip balm dulu and siapkan mekap lain baru pakai lipstick.

Okay sekian saja simple tips dari saya hari ni, diharapkan dapat membantu you all. Kalau ada nak dapatkan skin consultation atau mk products boleh direct contact saya okayy~

Teaser untuk lip gloss yang bakal masuk next month, Ya Allah tak sabarnya nak review untuk uolls😱😱

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Friday, 26 February 2021

Skin Barrier Rosak

 Hai & Assalamualaikum semua!😍

Hari ni kita belajar sains ya😀

Skin barrier adalah permukaan luar kulit - lapisan paling luar epidermis. Basically function skin barrier adalah untuk melindungi kulit dari sinaran UV & pencemaran. Selain tu skin barrier juga tolong mengatur & mengekalkan kelembapan kulit. Basically skin barrier ni penting sebab dia macam "pagar" kepada kulit kita.


Since skin barrier ni merupakan pagar kepada kulit kita, jadi sepatutnya dia berada dalam tiptop condition. Tapi ada banyak jugak kes skin barrier rosak atau tak sihat. Macam mana nak detect? Jom tengok list dekat bawah;

  1. Kulit tak balance - terlalu kering atau berminyak
  2. Mudah breakout
  3. Kulit jadi sensitif, merah-merah
  4. Kulit jadi kasar
  5. Kulit menggelupas
  6. Kulit kusam
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada skin barrier damage antaranya;
  1. Cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  2. Terdedah lama kepada sinaran matahari
  3. Menggunakan pencuci muka alkali
  4. Allergic, radang & pencemaran
  5. Guna produk timbang kilo
  6. Kerap sangat cuci muka atau exfoliate
  7. Genetic

Jadi apa kita kena buat untuk pulihkan semula skin barrier?

Kalau damage yang tak serius, kita boleh pulihkan dengan skincare. Tapi kalau damage yang sangat severe, kita akan mintak you all refer pakar kulit. Apa-apa pun boleh contact saya untuk consultation dulu😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 24 February 2021

How To Overcome Your Fear

 Hai & Assalamualaikum semua😀


Hari ni saya nak cerita pasal something different jeng jeng jeng~

Sebenarnya you all perasan tak kita ada banyak sangat keinginan, kita ada banyak impian tapi kita jugak ada banyak sangat ketakutan. Sayang jugak sebab the word "takut" menghalang kita dari capai apa yang kita boleh capai. Jadi ada satu hari tu saya ditemukan dengan channel Mel Robbins, and trick yang dia ajar untuk overcome fear tu memang berkesan. And sangat mudah, cuma kena follow tiga steps ni;

1. 5 Seconds Rule

You all pernah tak berada dalam keadaan yang sebenarnya benda takde apa pun, tapi kita yang fikir lebih. Macam tulah kes dengan fear, before start buat kita dah takut. Jadi petua dia dia jangan fikir lama-lama, once kita dah detect rasa takut kira sampai 5. Lepas dah kira sampai 5 nak  buat apa? Haa ni kita akan masuk point yang kedua~

2. Anchor Thought

Anchor thought ni saya tak pandai nak translate macam mana, kalau dalam BM jadi pemikiran sauh kapal tapi sumbeng betul bunyinya😂 basically anchor (sauh kapal) berfungsi untuk menahan kapal yang dah mendarat dari bergerak-gerak. Konsep yang sama jugak kita apply dekat pemikiran kita, tahan minda dari fikirkan ketakutan. Tapi macam mana nak cara nak tahan fikiran?🤔

Tadi kan dah kira sampai 5, lepas tu kita kena cepat-cepat bayangkan benda yang best yang berkaitan dengan fear kita. Contohlah kita ni baru kahwin and nak pergi honeymoon dekat Maldives, tapi kita ada penyakit takut naik kapal terbang. Biasanya kita suka bayangkan benda negatif yang berkait dengan fear kita - takut nak fly sebab nanti kapal terbang terhempas, takut kena hijack, takut tak cukup oxygen and macam-macam lagilah. Instead of berfikiran macam tu, you bayangkan benda yang best-best pulak. Bayangkan nanti you sampai Maldives tengok pantai dia cantik dengan awan biru, then you pi berjalan dengan husband sambil tengok sunset aww kan sweet gitu~ then bayangkan lagi you pakai dress yang memang dah lama beli untuk pakai dekat Maldives, boleh ootd masuk instagram nanti😁 

Sekarang dah faham kan maksud anchor thought, you all cuma kena bayangkan benda yang best-best instead of focus dekat ketakutan & negative consequences. Okay saya bagi contoh lain lagi, let say you kena bagi talk tapi you memang jenis takut bercakap dekat depan. Jadi janganlah dok bayangkan nanti you tergagap, tiba-tiba lupa nak cakap apa, tiba-tiba jatuh depan orang lah aigooo lagi ketaq kalau fikir macam tu. Instead bayangkan hari you bagi talk tu berjalan lancar, you bercakap dengan smooth, orang tepuk tangan lepas tu bos you datang cakap "good job!". Seronok kan?

3. Reframe Your Fear Into Excitement

Step ketiga ni basically dah settle kalau you all dah buat setp 1 & 2. You all kena bayangkan senario tu sampai betul-betul feel, selagi belum feel bayangkan lagi sampai excited. Bila dah excited nak takut celah mana pulak kan😝

Sekian saja sharing dari saya, hopefully dapat membantu kita semua untuk melawan ketakutan. Ingat tau, Allah tak ciptakan kita dengan limit, tapi kita sendiri yang suka letakkan limit dekat diri. Dekat bawah ni saya sertakan sekali link untuk ke channel Mel Robbins, you all boleh click je.

 https://www.youtube.com/watch?v=6n8i7ua0mSw

Assalamualaikum & have a nice day everyone!

Tuesday, 23 February 2021

Kesilapan Wanita Ketika Berwuduk

 Assalamualaikum & morning semua!

Hari ni saya nak cerita mengenai benda yang kita rasa remeh, tapi bagi impak besar pada amalan kita. So saya takkan berbunga-bunga sangat hari ni, kita straight to the point je tau😁

1. Foundation Yang Tak Waterproof

Kalau foundation jenis waterproof tu memang sah-sah tak tembus air and tak sah wuduk, tapi yang biasa orang silap dengan foundation yang tak waterproof. Memang air dapat tembus masuk, tapi air yang bercampur dengan foundation akan jadi tak suci, so tak sah wuduk. That's why kena cuci face makeup guna micellar water ataupun cleanser untuk bersihkan dulu fundation. Kalau time tu kita takde cleanser ataupun micellar water, kena make sure you all cuci dengan air and gosok-gosok dulu.

2. Mascara Terselit Dekat Celah Bulu Mata

Haa ni pun selalu muslimah terlepas pandang, tak kisah mascara jenis waterproof ataupun tak waterproof, you all kena check lepas dah bersihkan ada tak sisa yang tertinggal dekat celah bulu mata. You all boleh refer video saya dekat bawah, ada cara nak chech mascara dekat celah-celah bulu mata😃




Pendek je sharing saya hari ni, hopefully dapat bantu bagi kesedaran untuk wanita-wanita muslim ambil wuduk dengan lebih sempurna. Bab-bab amalan wajib ni memang tak boleh main-main kan😊
Jangan lupa, nak try mary kay cari saya tau~

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 




Monday, 22 February 2021

Kelas Makeup Special Untuk Beauty Consultants Baru

Hai & Assalamualaikum semua!😃


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah unit meeting kami yang kedua berjalan lancar hari ini. Kali ni special sikit sebab instead of buat education, saya decide untuk buat makeup class memandangkan ramai consultant saya yang grab set mekap special for new consultant. Memanglah ramai yang grab kalau dah separuh harga kan😁 Kelas mekap kali ni tujuan dia untuk bonding sambil-sambil bagi depa belajar pasal produk and macam mana nak bagi nampak presentable.

So since PKP, terpaksalah saya jadi cikgu cum model😀 Buat jelah dengan apa yang ada kan. Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar, consultants saya pun dapat faham and masing-masing cakap thank you berbunga hati saya. Ada yang bagitau happy dapat tau cara mudah nak cntour hidung & pipi hehe. Tapi serius saya memang ajar teknik yang senang-senang, barulah dapat konsisten buat. So saya share kan sikit footage yang berlaku hari  ni😊

Nilah makeup demo kit yang beauty consultants baru dapat grab dengan separuh harga je uolls😱

Ni sedikit sedutan dari kelas hari tu~



Ni hasil selepas kelas😍 Dah tau kan yang mana satu saya kikiki, sorry tak banyak feedback boleh share sebab yang lain segan hehe. Saya suka mengajar sebab by that way saya rasa "hidup" sikit lepas almost setahun terkurung dekat rumah sejak PKP1. Dahlah kita jenis extrovert😅

Sekarang beauty consultant  baru memang banyak sangat privileges - vouchers, special class, special prom, free products and macam-macam lagilah. Kami yang lama-lama ni tak dapat dah sob sob. Best kan?😄 
Boleh click link dekat bawah untuk tanya saya mengenai kerjaya mary kay😍

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 









Friday, 19 February 2021

Newsletter Pertama Unit Tenacious Rich

 Assalamualaikum & morning semua😊

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah tanggal October 2020 merupakan bulan bersejarah di mana saya debut sebagai Sales Director Mary Kay Malaysia & Singapore. Syukur Ya Rabb, dulu cuma mampu berangan-angan, raa macam jauh je, rasa macam susah je tapi tulah kan sebenarnya takde yang mustahil dalam dunia ni. Asal kita sanggup berusaha~

Sebenarnya ni post throwback, bulan ni menginjak bulan kelima saya jadi Sales Director. And unit kami semakin hari semakin ramai yang earn income dgn Mary Kay, baik sebagai full time ataupun sebagai part timer. Sebab rasa nostalgic sikit malam ni so saya sharekan Newsletter unit kami yang pertama, simpan sebagai peringatan bagaimana saya bermula melangkah ke directorship😍








It's all started with a lipstick, I am blessed with a humble beginning in Mary Kay. Kalau you all berminat untuk join bisnes Mary Kay yang utuh dengan sisterhood and tak putus-putus guidance & education, boleh click link dekat bawah. Alang-alang kita groom jadi director terus kan😉

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 



Thursday, 18 February 2021

Cara Mengelakkan Mekap Jadi Cakey

 Hai & salam semua!😄

Haaa apa perasaan kononnya mekap sebab nak nampak lagi cantik, end up jadi makin tak cantik. Saya dulu selalu macam ni, bila mekap makin berjalur segala bintik-bintik muka, jadi macam jalan tar pun ada. Mat salleh panggil textured skin, and benda ni sgt annoying. Tapi jgn risau, ada cara untuk buat mekap tak nampak cakey walaupun muka masih belum elok.

1. Gunakan Facial Oil

Kebiasaannya textured skin ni terjadi sebab muka kurang lembapan, walaupun kita rasa muka kita oily tapi sebenarnya lapisan bahagian dalam kulit kita kering. So facial oil akan bantu lembabkan kulit & soothingkan kulit untuk makeup application yang smooth. Saya suka guna Nourishing Oil dari Naturally range sebab selain buat kulit moist dia jugak buat makeup glowing.

2. Prep Muka Dengan Moisturiser

Ni memang step yang biasa before makeup, mostly MUA akan prep muka clients untuk mekap. Kalau you all ada textured skin, lagilah kena prep skin sebab dia akan makeup stay dengan smooth and long lasting. Kalau kulit kering memang akan terserlah segala bijih-bijih muka. And my favourite untuk prep sin mestilah Oil Free Hydrating Gel (OFHG) sebab dia lembapkan kulit selama 10 jam and control minyak dgn agak ketara. And OFHG ni memang best sebab sejukkan muka which is sangat bagus untuk preparation sebelum mekap.

3. Guna Finishing Spray Sebelum & Selepas Mekap


Finishing spray pun sangat membantu untuk hilangkan segala cakeyness setelah mekap tanpa merosakkan mekap. Nak lagi berkesan spray juga sebelum start mekap so that muka you all dapat extra hydration. Kaalu nak spray after every layer of makeup pun boleh takde masalah, masa muka saya breakout teruk sebab buka booth lima hari straight saya memang guna teknik ni sebab muka dahsyat jugak masa tu.

4. Guna Makeup Base Yang Bersifat Moisturizing

Saya highly recommend yang ada masalah textured skin untuk guna Honey Glow Finisher sebab Honey Glow ada moisturizing effect, sebab tu muka akan nampak macam glass skin & glowing gitu. 

5. Guna Foundation Dewy Finish

Saya faham dengan cuaca Malaysia ni ramai suka guna foundation jenis Matte, tapi one thing about matte foundation ni dia suka enhance tesktur dekat muka kita. Saya cuma suggest untuk guna matte foundation kalau muka yang betul-betul flawless ataupun yang betul-betul oily saja. Untuk oil control, you all boleh apply moisturiser untuk pil control, guna primer and makeup spray. Foundation mary kay yang bagi dewy effect is Timewise Liquid Foundation (luminous formula).

6. Set Foundation Guna Loose Powder

Untuk textured skin, matte powder is a big no sebab sama macam matte foundation dia akan tonjolkan lagi tesktur-tesktur di wajah. Sebaliknya gunakan translucent powder sebab dia akan bagi effect kulit halus and softens everything.

7. Elakkan Mekap Yang Ada Glitter / Shimmer

Memang nampak canti kalau ada bling bling sikit dekat muka kan, tapi ingat yang bukan semua muka boleh letak bling-bling ni sebab mekap yang ada shimmer macam blusher and contour especially akan buatkan tesktur muka kita leih jelas, so pakai blusher jenis matte saja. Kalau you all nak pakai blusher / contour jenis stick pun sangat digalakkan.

Nak senang faham, jom refer video tutorial saya😍


Sekian sharing saya hari ni, hope dapat bantu you all yang mengalami masalah macam saya dulu. Kalau nak saya bantu untuk pulihkan tesktur kulit you all, boleh tekan je link dekat bawah👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 



Wednesday, 17 February 2021

My New Telegram Channel

Hai & Assalamualaikum semua!😍

Dengan excitednya saya nak announce yang saya dah create satu telegram channel khas untuk berkongsi tips kecantikan, tips mekap & update mengenai produk Mary Kay. It's a public channel, so you all boleh join tanpa sebarang syarat and boleh ajak kawan-kawan adn family untuk join jugak. Cara nak join?? Senang je, make sure you all ada teelgram & click link dekat bawah👇👇

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

Nahh kita belanja sikit screenshot, nak banyak kena join okayy😀


Tuesday, 16 February 2021

Habit Yang Buatkan Pori Kita Besar

Hai & salam semua😃

Hari ni saya nak share kan habits yg boleh buatkan pori kita jadi besar😱 Ramai jugak yang suka buat ni termasuklah saya. 

1. Pakai baby powder (particles baby powder lebih besar & bukan utk sapu di muka).

2. Tak guna toner selepas cuci muka, especially lepas pakai mask atau scrub

3. Suka picit jerawat & cungkil blackheads

4. Tak cuci mekap dgn sempurna

5. Tak gunakan anti aging skincare - makin umur meningkat semakin kulit kita kurang collagen dan jd makin sagging. Makin sagging kulit kita makin jelas pori kita.

6. Tak pakai SPF - explanation lebih kurang dgn point no. 5

7. Suka scrub muka kuat-kuat ataupun menggunakan scrub muka yang kasar

8. Kurang minum air

Yang pakai baby powder tu betul sangat, dulu saya pencinta baby powder siap wakafkan dekat surau office tau supaya orang lain pun dapat pakai lepas solat. Pasai tu lah pori saya tersergam luas dulu hahaha nasib dah insaf. So dah tau habit yang boleh menyumbang kepada kebesaran pori kan, now jom tengok cara untuk kecilkan pori pulak😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Monday, 15 February 2021

Our First Unit Meeting

Assalamualaikum & morning semua!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kami telah berjaya unit kami telah berjaya mengadakan our first unit meeting buat julung-julung kalinya. Selama ni kami selalu join unit meeting under area je, tapi selepas tengok unit makin berkembang and memandangkan kami tak boleh berjumpa disebabkan PKP, jadi saya decide untuk mengadakan unit meeting sendiri bagi mengalakkan bonding sesama consultants dan juga untuk melatih diri saya menjadi leader yang lebih baik. 

      
Inilah realiti di sebalik tabir, elok sikitlah dari bilik tidur sendiri kan kikiki. Memandangkan nak rasa lebih feel, saya decide untuk conduct meeting dari Starbucks dengan cita-cita guna wifi dia juga tapi wifi Starbucks tak boleh connect pun😪 Since saya ada beauty consultants yang duduk berdekatan, jadi saya ajak depa mai join sekali walaupun kena duduk jauh-jauh. KIta buat mana yang boleh je, asalkan dapat merasa aura masing-masing.

                 
Inilah beauty consultants saya yang datang teman and join unit meeting di device masing-masing, saya panggil depa si kembar sebab register sekali untuk jadi beauty consultant dua tahun lepas. Mashaallah dah lebih fua tahun dengan depa how time flies~


Bertabahlah tengok mukaku yang sebesar alam ni kikiki. Alhamdulillah unit meeting pertama kami berlangsung dengan jayanya siap ada tetamu jemputan senior Sales Director Erney. SSD Erney merupakan seorang akauntan yang buat Mary Kay secara part time saja. Dia kata buat Mary Kay untuk release tension tapi tulah dia punya release tension tu sampai berjaya dapat Pink Car percuma dari company. And SSD Erney juga ada anak lima orang, dengan husband bekerja sebagai frontliner and selalu takde dekat rumah. Nak seribu daya kan~

Inshaallah kita akan ada banyak lagi unit meeting in future, online pun online lah selagi ilmu sampai kan. Kalau you all berminat nak join family kami yang positif dan penuh semangat ni boleh click link dekat bawah ya, kita guide dari zero😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 












Sunday, 14 February 2021

Mentoring ESRS Class

Assalamualaikum & morning semua😀

Alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 6 Febuari lepas saya berpeluang menjadi salah seorang mentor untuk kelas Essential Step To Reach Success (ESRS). Kelas ESRS merupakan special class untuk beauty consultants baru untuk belajar perkara basic mengenai Mary Kay dan cara tentukan hala tuju - seberapa jauh kita nak pergi dalam Mary Kay. Jadi Inshaallah mana yang kabur-kabur akan jadi lebih jelas once dah join kelas ESRS.
 


Sebenarnya saya agak emosi jugak sebab teringat saat saya attend kelas ESRS tiga tahun lepas, masa tu saya masih bekerja tapi korbankan cuti demi menimba ilmu. Saya joined kelas ESRS yang mana mentornya adalah Sales Director saya ketika itu and sekarang,,,saya mengajar bersama dia pulak. Allahu betapa saya datang dengan impian besar untuk menjadi director ketika itu, dan sekarang saya sebaris dengan mentor lain Alhamdulillah😭

Jadi memandangkan sekarang tengah PKP yang macam takde pengakhirannya, kami continue dengan online class macam biasa. Kelas ESRS hari tu dibuat melalui Zoom and Alhamdulillah, full attendance. Paling best sebab salah seorang beauty consultant saya juga joined class hari tu, lagi semangat😍

Photo after class peaceee✌

Nak belanja sikit gambar sebalik tabir hehe~

Jadi beginilah sebahagian rutin sewaktu PKP, mostly online je tapi sesi sharing & education makin bertambah, sesuai sangat untuk tambah knowledge & boost semangat waktu terkurung dalam rumah ni. Syukur sebab company sediakan banyak program untuk membantu beauty consultants sewaktu pandemik. Jom you all yang masih dok fikir-fikir tu, sampai bila nak fikir kan😁 

Mary Kay menyediakan platform yang kukuh yang bukan saja bantu kita menambah income tapi juga boleh merubah hidup kita. Boleh contact saya sekiranya anda ada apa-apa soalan😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra