Wednesday, 17 February 2021

My New Telegram Channel

Hai & Assalamualaikum semua!😍

Dengan excitednya saya nak announce yang saya dah create satu telegram channel khas untuk berkongsi tips kecantikan, tips mekap & update mengenai produk Mary Kay. It's a public channel, so you all boleh join tanpa sebarang syarat and boleh ajak kawan-kawan adn family untuk join jugak. Cara nak join?? Senang je, make sure you all ada teelgram & click link dekat bawah👇👇

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

https://t.me/TipsKecantikanPercuma

Nahh kita belanja sikit screenshot, nak banyak kena join okayy😀


Tuesday, 16 February 2021

Habit Yang Buatkan Pori Kita Besar

Hai & salam semua😃

Hari ni saya nak share kan habits yg boleh buatkan pori kita jadi besar😱 Ramai jugak yang suka buat ni termasuklah saya. 

1. Pakai baby powder (particles baby powder lebih besar & bukan utk sapu di muka).

2. Tak guna toner selepas cuci muka, especially lepas pakai mask atau scrub

3. Suka picit jerawat & cungkil blackheads

4. Tak cuci mekap dgn sempurna

5. Tak gunakan anti aging skincare - makin umur meningkat semakin kulit kita kurang collagen dan jd makin sagging. Makin sagging kulit kita makin jelas pori kita.

6. Tak pakai SPF - explanation lebih kurang dgn point no. 5

7. Suka scrub muka kuat-kuat ataupun menggunakan scrub muka yang kasar

8. Kurang minum air

Yang pakai baby powder tu betul sangat, dulu saya pencinta baby powder siap wakafkan dekat surau office tau supaya orang lain pun dapat pakai lepas solat. Pasai tu lah pori saya tersergam luas dulu hahaha nasib dah insaf. So dah tau habit yang boleh menyumbang kepada kebesaran pori kan, now jom tengok cara untuk kecilkan pori pulak😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

Monday, 15 February 2021

Our First Unit Meeting

Assalamualaikum & morning semua!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kami telah berjaya unit kami telah berjaya mengadakan our first unit meeting buat julung-julung kalinya. Selama ni kami selalu join unit meeting under area je, tapi selepas tengok unit makin berkembang and memandangkan kami tak boleh berjumpa disebabkan PKP, jadi saya decide untuk mengadakan unit meeting sendiri bagi mengalakkan bonding sesama consultants dan juga untuk melatih diri saya menjadi leader yang lebih baik. 

      
Inilah realiti di sebalik tabir, elok sikitlah dari bilik tidur sendiri kan kikiki. Memandangkan nak rasa lebih feel, saya decide untuk conduct meeting dari Starbucks dengan cita-cita guna wifi dia juga tapi wifi Starbucks tak boleh connect pun😪 Since saya ada beauty consultants yang duduk berdekatan, jadi saya ajak depa mai join sekali walaupun kena duduk jauh-jauh. KIta buat mana yang boleh je, asalkan dapat merasa aura masing-masing.

                 
Inilah beauty consultants saya yang datang teman and join unit meeting di device masing-masing, saya panggil depa si kembar sebab register sekali untuk jadi beauty consultant dua tahun lepas. Mashaallah dah lebih fua tahun dengan depa how time flies~


Bertabahlah tengok mukaku yang sebesar alam ni kikiki. Alhamdulillah unit meeting pertama kami berlangsung dengan jayanya siap ada tetamu jemputan senior Sales Director Erney. SSD Erney merupakan seorang akauntan yang buat Mary Kay secara part time saja. Dia kata buat Mary Kay untuk release tension tapi tulah dia punya release tension tu sampai berjaya dapat Pink Car percuma dari company. And SSD Erney juga ada anak lima orang, dengan husband bekerja sebagai frontliner and selalu takde dekat rumah. Nak seribu daya kan~

Inshaallah kita akan ada banyak lagi unit meeting in future, online pun online lah selagi ilmu sampai kan. Kalau you all berminat nak join family kami yang positif dan penuh semangat ni boleh click link dekat bawah ya, kita guide dari zero😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 












Sunday, 14 February 2021

Mentoring ESRS Class

Assalamualaikum & morning semua😀

Alhamdulillah syukur kepada Allah, tanggal 6 Febuari lepas saya berpeluang menjadi salah seorang mentor untuk kelas Essential Step To Reach Success (ESRS). Kelas ESRS merupakan special class untuk beauty consultants baru untuk belajar perkara basic mengenai Mary Kay dan cara tentukan hala tuju - seberapa jauh kita nak pergi dalam Mary Kay. Jadi Inshaallah mana yang kabur-kabur akan jadi lebih jelas once dah join kelas ESRS.
 


Sebenarnya saya agak emosi jugak sebab teringat saat saya attend kelas ESRS tiga tahun lepas, masa tu saya masih bekerja tapi korbankan cuti demi menimba ilmu. Saya joined kelas ESRS yang mana mentornya adalah Sales Director saya ketika itu and sekarang,,,saya mengajar bersama dia pulak. Allahu betapa saya datang dengan impian besar untuk menjadi director ketika itu, dan sekarang saya sebaris dengan mentor lain Alhamdulillah😭

Jadi memandangkan sekarang tengah PKP yang macam takde pengakhirannya, kami continue dengan online class macam biasa. Kelas ESRS hari tu dibuat melalui Zoom and Alhamdulillah, full attendance. Paling best sebab salah seorang beauty consultant saya juga joined class hari tu, lagi semangat😍

Photo after class peaceee✌

Nak belanja sikit gambar sebalik tabir hehe~

Jadi beginilah sebahagian rutin sewaktu PKP, mostly online je tapi sesi sharing & education makin bertambah, sesuai sangat untuk tambah knowledge & boost semangat waktu terkurung dalam rumah ni. Syukur sebab company sediakan banyak program untuk membantu beauty consultants sewaktu pandemik. Jom you all yang masih dok fikir-fikir tu, sampai bila nak fikir kan😁 

Mary Kay menyediakan platform yang kukuh yang bukan saja bantu kita menambah income tapi juga boleh merubah hidup kita. Boleh contact saya sekiranya anda ada apa-apa soalan😊

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


Saturday, 6 February 2021

Brand New Micellar Water Review

 Assalamualaikum & morning semua!

Hari ni saya nak cerita mengenai produk baru lagi dalam Mary Kay yeayyy, nama dia Micellar Water😍

Apo pulok micellar water ni? Micellar water ni produk baru khas untuk remove makeup selain bahagian mata & bibir. Kiranya nak buang mekap yang bukan waterproof macam foundation, concealer, contouring etc. Micellar water tolong breakdown face makeup dan bantu double cleansing jugak. 

Why micellar water? Boleh je guna cleanser biasa untuk remove face makeup kan. In a way,,,yes. Tapi cleanser pun belum terjamin buang 100% makeup melainkan kalau guna skinvigorate brush. Especially yang pakai foundation & concealer banyak layer. Kalau takde skinvigorate brush dan cuma guna cleansr je, kena sental & rub muka lebih sikit untuk make sure takde sisa foundation yang tertinggal. Tak bagus lah gitu sebab boleh irritate skin and sepatunya kita cuci muka guna cleanser tak lebih dari 3 kali sehari. 

Micellar water ni dia remove makeup dengan pantas and bagi effect kulit fresh macam lepas cuci muka guna cleanser. Sesuai untuk yang nak cepat & selalu travel, micellar water memang bersifat on the go. Bukan semua tempat ada air dan membolehkan kita cuci muka, jadi micellar water memnag jadi penyelamat dalam keadaan takde air. Tapi cara yang recommended untuk guna micellar water adalah sebagai double cleansing.

Apa itu double cleansing?

Double cleansing ada dua level;

Level pertama - bersihkan muka dengan bahan yang mengandungi base seperti minyak (cleansing oil), susu (milk cleanser) atau air (micellar water)

Level kedua - bersihkan muka guna cleanser 

Kenapa kena double cleansing?

Double cleansing ni bantu untuk untuk regenerate kulit mati dan buat kulit jadi lebih cerah & sihat. Teknik double cleansing jugak dapat bantu mencegah kulit kita dari kehilangan lembapan & minyak semula jadi. 

So sekarang dah tahu kan, betapa teknik pembersihan mainkan peranan penting untuk kulit kita, so make sure jangan abaikan step cleansing ni tau. Cuci muka kenalah betul-betul😁 Kalau berminat nak cuba micellar water boleh contact saya, bulan ni ada special promo sempena launching😍

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 

.

.

IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.









Wednesday, 3 February 2021

Maksud Purging

PURGING - lately jadi famous pulak term ni kan. Purging ni bukanlah istilah baru dalm dunia kecantikan cuma lately dia makin famous pulak

Purging ni biasanya terjadi bila kita tukar skincare yang baru especially skincare yang ada bahan aktif macam antioxidant, retinol, vitamin C yang tinggi, benzoyl peroxide, etc. Purging akan menyebabkan jerawat tumbuh sekitar tempat yg kita biasa naik jerawat.

Jadi,,,purging ni bagus ke tak??

Jawapannya BAGUS! And benda ni memang diakui oleh dermatologist & doktor kulit sendiri bukan saya suka-suka claim. Purging ni sebenarnya adalah proses untuk bersihkan kulit dari sisa chemical skincare yang terdahulu, minyak & sel kulit mati.

Ataupun nak bagi senang faham, you all bayangkan kalau baju kita kotor, kita rendam dalam air sabun. Then air sabun tu akan bertukar warna sebab kotoran dah keluar dari baju kan, and baju pulak jadi bersih. Basically macam tu lah dengan konsep purging, which is untuk membersihkan.

Jadi apa nak buat bila skin purging?

Sabar & trust the process. Janganlah bila naik jerawat sikit terus tukar skincare lain. Selain tu you all juga boleh apply cara-cara dekat bawah untuk bantu kulit bertenang;

1. Banyakkan minum air putih

2. Banyakkan makan buah especially jambu batu, oren, epal & tembikai

3. Exercise

4. Kurangkan makanan bergoreng & berminyak

Biasanya purging akan ambil masa 2-6 minggu, tapi tengok jugak kalau kulit yang biasa pakai produk high chemical lagilah lama tempoh purging. Takpe sabaq sat ja naa, lepas ni cantik bertahun-tahun😁 Anyway jangan segan untuk refer beauty consultant anda kalau ada sebarang masalah atau boleh jugak contact saya kalau belum ada beauty consultant😊

Boleh click link dekat bawah untuk contact saya, thans for reading!

Monday, 4 January 2021

Serum Vitamin C + E Review

 Assalamualaikum & morning semua!

 
Wahh apa pulak ni, produk baru lagi ke??😱

Yess bebeyhh, Mary Kay keluarkan produk baru lagi which is Serum C+E. Jadi macam yang kita tahu, vitamin C memang banyak benefit kepada kulit contohnya;
  • mencerahkan kulit
  • menegang & menganjalkan kulit
  • kaya dengan anti-oxidant 
  • buat skin glowing walaupun tanpa mekap
  • mengecilkan pori
Yess vitamin C memang sangat banyak benefit, tapi you all tahu tak effect dia akan jadi lebih kebabom bila bergabung dengan vitamin E! And vitamin E juga ada extra function untuk melembapkan kulit dan melegakan keradangan kulit. Jadi kalau you all pernah jadi mangsa high chemical product and dah masuk fasa pemulihan, boleh guna Serum C+E ni untuk bantu pulihkan permukaan kulit. 

And you all tahu apa lagi yang special mengenai vitamin C+E? Vitamin C+E yang baru ni menggunakan encapsulation technology, which means dia macam satu capsule yang ada pure vitamin C & E. Pure vitamin tau uolls, bukan synthetic. Patutlah meletop-letop bila pakai serum ni😍



FYI tak serum C+E tak menggunakan buah oren sebab buah oren merupakan buah paling rendah percent vitamin C. Sebaliknya Mary Kay gunakan buah "Amla" sebagai main ingredient. Buah Amla atau nama lainnya "Indian Gooseberry" telah digunakan dalam perubatan tradisional selama 5000 tahun. Orang sampai panggilbuah Amla ni sebagai "superfruit" tau sebab dia mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi. 

              Jom tengok score buah Amla, fuhh mantap tau dapat A++


So sekian saja sharing untuk new product dari Mary Kay, which is Serum Vitamin C+E. Nak jadi antara yang terawal cuba serum terbaru ni? Jom contact saya okay, click je link dekat bawah👇👇

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc