Sunday, 24 December 2017

Cerahkan Kulit Wajah


Assalamualaikum & salam sejahtera! 

Time cuti-cuti ni saya jarang muncul sebab banyak family time kan. Tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Sebelum ni saya ada share pasal Melacep Plus Luminous System yang memang target untuk pencerahan, you all boleh refer dekat sini Melacep Plus Luminous Sytem. Hari ni saya nak buat specific sharing mengenai item paling power dalam Melacep series - Melacep Ultimate Serum.


Melacep Serum yang we all panggil serum berhantu. Siap menang Her World Beauty Award 2017 - Top 5 Best Whitening Serum!

Melacep series dibuat dari Korea instead of in Dallas seperti kebanyakan produk Mary Kay. Sebab Korea ada advanced technology and pakar dalam pencerahan kulit.




Melacep Ultimate serum ni kesan dia tiga kali ganda lagi efektif dari item-item lain. Sebab teksturnya halus & sangat mudah meresap. Rasa ringan sangat. And you all tau tak, Mary Kay ambil masa 6 tahun nak hasilkan seketoi serum tau. Nampak tak betapa Mary Kay sangat pentingkan kualiti sesuatu produk sampai buat R&D bertahun. Sebab tu bila dah try Mary Kay memang enggak mau yang lain dong.


Tengok colour serum dia pun macam warna mutiara kan. Nampak tak tekstur dia sangat halus & selesa je bila pakai~


Nahh ni testimoni saya sendiri guna Melacep serum dengan Botanical Effects F2



Pengalaman saya sendiri guna Melacep serum sebab nak pulihkan muka. Dulu ingat muka ni kalis matahari so keluar mana2 tak pakai sunblock pastu hamikk kau, memang terbakar muka. Dalam masa 2 minggu saya berserum Alhamdulillah dah dapat kulit asal balik. Parut jerawat pun hilang. Saya tak risau bila jerawat seketul dua bertandang al-maklumlah perrmpuan kan. Tapi jangan kasi Miss J tinggal parut. Sekarang saya dah upgrade dari set Botanical ke Timewise Miracle set tapi saya tetap setia dengan serum Melacep tersayang :)


Selain mencerah apa lagi Melacep serum ni boleh buat ya?

Hehehe banyak lagi manfaat Melacep serum ni tau;
  • mencerah kulit kusam
  • sekatakan tona wajah
  • hilangkan parut jerawat
  • pudarkan jeragat
  • bagi muka berseri walaupun tak pakai makeup



Haa best ke best sangat serum berhantu ni? Dalam dua minggu dah tapat kesan tau uolls~ Semestinya bukan peeling sebaliknya mencerah kulit layer by layer dengan selamat.

Yours truly,
Melacep Ultimate Serum lover💜


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc





My First Skincare Class Experience

Apa itu Skincare Class yang saya asyik mention?

Well, basically skincare class tu kelas penjagaan kulit yang betul. Saya akan ajar you all the do's and dont's dalam regim penjagaan kulit, turutan yang betul, tips2 kecantikan & basic makeup. And yang bestnya..semua FREE. You all dapat buat facial dgn complete set Mary Kay. Tak masuk lip spa & hand spa lagi. Makeup pun beh belajar jugak wahh mmg nak cantik dari top to toe ni.

Saya memang suka buat skincare class sbb suka sgt tengok respon guests yg excited & amazed gila bila tgk muka dah berbeza. Saya pernah buat hand spa dengan kawan2 and apa dia cakap time compare result tangan yang ber'spa' and yang tak ber'spa' - "aku tak tahu pun aku putih macam ni😱". Belum cerita bab time mekap buat kening yang biasanya si kening akan lebat akan amazed bila finally dapat tengok kening sendiri terukir cantik macam retis gitu. That's what I love about being beauty consultant.

My first skincare class experience?😬

Saya buat dengan kawan lama saya dekat rumah dia. Kami mmg rapat dulu and duduk pun setaman tapi bila dia kahwin of course lah dia pindah & kami terputus hubungan kejap. Mak we all pun kenal each other. Dah kata my first skincare class experience kan, so memang saya tak pernah buat skincare class sebelum ni. Saya boleh kata main buat je, sebab nak practise and sebab saya tahu betapa skincare class sangat penting kepada beauty consultant.

So dipendekkan cerita, saya pergi dekat rumah kawan lama saya dekat area Bangi. Taklah jauh sangat and Alhamdulillah tak sesat mana pun. Bila masuk rumah kawan saya tu terkejut saya tengok muka dia penuh jerawat batu keliling tepi mata sampai ke tulang pipi. Dia mengadu memang malu dengan muka dia sampai nak gi kedai runcit pun kena ber'concealer' bagai. Suami dia je tau muka sebenar dia katanya. Rupanya kawan saya pernah guna peling product XX. Dia kata satu hari tu dia terkejut bila tengok bekas kapas toner XX yang dia guna semalam bertukar jadi colour hitam. Padahal colour asal colour jernih. Scary tak?? Sejak tu memang dia stop guna produk XX lagi2 dia plan nak mengandung.

Sambil-sambil susun barang untuk skincare class, sambil-sambil borak.  Lepas tu proceed ke cuci muka, masker, toner & pelembap. Saya betul2 ada barang basic je. Buat hand spa pun guna Loofah set yang saya dapat free huhu. Lip spa tak buat sebab takde barang hehe. Last sekali, buat lah mekap sikit-sikit. Cuma ada CC cream, foundation, bedak & lipstick je seingat saya. Saya suruh dia pakai lipliner code Rose, and saya ingat lagi komen dia sampai sekarang, "patutlah nampak mulut2 pramugari comel2 je eh. Diorang pakai macam ni lah kot haha". Saya pun senyum sumbing jela. Walapun dengan saya belum master teknik skincare class, dengan merangkak2 time tu Alhamdulllah, kawan saya bagi feedback positif. Dia kata nampak kulit dia makin sihat & nampak natural. 

Itulah kisah skincare class saya yang pertama. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Skincare class saya dah banyak improvement especially bila dah observe sendiri skincare class yang Director saya buat. Macam2 pengalaman saya dapat bila buat skincare class. Setakat travel jauh2 lepastu sesat2 cari rumah tu biasa. Paling tak boleh lupa, bila buat skincare class dengan lima orang budak semuanya umur 4 tahun ke bawah. Rasa nak menangis jugak bila time scc ada depa berkejar2, baling2 barang and ada drama gaduh huhu. Miracle betul saya dapat habiskan scc hari tu. Apa yang saya pegang sampai sekarang, bila buat skincare class tanamkan niat nak buat orang happy :).


Inilah skincare class saya yang pertama dengan kawan sekolah. Seronok sangat bila lama tak jumpa. Anyone sudi cantik2 dengan saya?


                                                      To contact me, please click👇👇


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday, 25 November 2017

Bibir Kering

Assalamualaikum & morning! Saya harap you all sihat-sihat je selalu. Hari ni hari Sabtu and tengah hujan lebat, so sis tak boleh ke mana-mana hehe.

Anyway, siapa dekat sini ada masalah bibir kering? Nak senyum, nak minum air pun perit. Sebenarnya saya pun ada masalah yang sama. Kalau nak kata saya kurang minum air, hellowww...saya memang minum air tak kurang 2 liter sehari. Tapi tu lah, bibir I memang sensitif kot. Kalau bulan puasa tak payah cakaplah.




Tapi jangan risau, ada penyelamat untuk kita. Yang membuatkan bibir saya tak merekah & terkopek lagi.


Introducing ~ Mary Kay Satin Lips yang super best!

Sebenarnya Satin Lips ni dah berevolusi packaging. Time satin lips lama tu saya masih tak lahir lagi dari Mary Kay tapi tak sempat kenal.




Tengok ingredients memang terdiri dari bahan natural yang khusus untuk penggelupasan halus & melembap. Kalau bibir kering kan banyak kulit mati yang terkopek-kopek and buat uolls rasa rimas, so kita buang dulu dengan lip scrub before lembapkan dengan Shea Butter Balm. Jom kita tengok perbezaan tekstur dua item ni.


Mary Kay Shea Sugar Scrub


Dah nama pun scrub kan so of course ada beads-beads halus untuk tolong buang kulit mati. Tapi sangatlah halusss sampai jadi bibir memang tak luka. Hasil feedback customer & peserta skincare class, scrub bibir ni manis sangat rasa nak makan. Sebab tu before skincare class I akan warning awal-awal tak bolah makan hehehe. Cukup scrub 2 kali seminggu je walaupun kemanisan sugar scrub tu rasa nak scrub hari-hari je.


                                                        
                                                           Mary Kay Shea Butter Balm


Lip balm ni pulak nampak tekstur dia sama macam lip scrub kan. Sebab beads lip scrub very fine and macam tak kelihatan, cuma dapat dirasa. Lip balm ni nampak macam putih tapi bila sapu kat bibir akan jadi transparent. Tak sempat bibir uolls nak terkoyak tau. Memang best.



Ni peserta skincare class saya yang tak boleh move on dengan She Butter Balm. Ada yang tanya Satin Lips ni boleh merahkan bibir tak?  Well, yes. Kalau bibir asal you memang memang merah. Kalau bibir gelap macam saya pulak dia takdelah sampai jadi merah, tapi aya perasan kegelapan bibir tu makin kurang. Kiranya dia pudarkan colour bibir yang gelap la.


Siapa lagi yang patut guna Satin Lips Mary Kay?
  • sesiapa yang nak bibir sihat 
  • bibir merekah
  • bibir gelap akibat rokok atau penggunaan gincu berplumbum
  • sesiapa nak sapuan lipstick yang smooth


Kalau you all nak bibir secantik muka you, haruslah guna Satin Lips ni. Satin Lips juga merupakan item wajib dalam skincare class saya. Sebab nak lip spa tu ambil masa seminit je tapi kesannya terus rasa awesome tau. You all boleh contact saya untuk dapat kan Satin Lips ataupun nak try dulu pun boleh :).


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Tuesday, 21 November 2017

Mary Kay Botanical Effects

Assalamualaikum & morning!

You all sihat ke? Hari ni kita nak berhijau-hijau tau. Sebab kita nak study pasal set botani Mary Kay atau lebih dikenali sebagai Mary Kay Botanical Effects.


Haaa ni dia, Botanical Effects yang awesome!

Botanical Effects (BE) ni merupakan skincare series yang palin mild dalam Mary Kay. Khas untuk merawat & menyihatkan kulit. Oh ya before saya lupa, BE ni datang dalam 3 formula;



Formula 1 - kulit kering
Formula 2 - kulit kombinasi
Formula 3 - kulit berminyak



So agak-agak you all tau tak nak guna formula mana? "Tapi sis saya pun tak sure saya kulit apa". Hehehe yang ni saya biasa dengar tapi takpe, I'm here to consult & guide you :). 

Apa bahan utama dalam Mary Kay Botanical Effects?

1. Silymarin - antioksidan yang membantu mempertahankan kulit dari kerosakan akibat persekitaran sambil bantu menenangkan & melegakan kulit

2. Luo Han Guo - orang panggil "buah anti-aging". Mengandungi antioksidan untuk menggalakkan kulit yang sihat.



Woww nampak tak betapa BE ni memang dicipta dengan ramuan perawatan mengikut jenis kulit? Sebab asas kulit yang cantik of course kulit yang sihat :).


Jom kita tengok perbezaan setiap antara setiap formula.



1. Cleanser



F1 - tekstur putih & creamy sebab nak bekalkan kelembapan untuk kulit kering
F2 - colour putih jugak tapi dia agak cair sebab nak balancekan kulit kombinasi
F3 - tekstur gel dan sedikit berbuih untuk menarik minyak


2. Freshen

Freshen pula berfungsi macam toner untuk tanggalkan sisa kotoran dan rapatkan pori-pori. freshen ni takde alcohol tau so memang sesuai untuk kulit sensitif.


3. Hydrate


Hydrate ni pelembaplah dalam kata lainnya. And of course, membantu melembapkan kulit, membantu mengawal pengeluaran minyak dan tekstur dia cepat meresap.


4. Mask



You all nampak tak mask F1 cair sebab tak nak harm kulit kering. F2 pulak in the middle sebab nak balancekan kulit kombinasi and ada biji scrub. F3 punya mask memang sangat pekat sebab nak tarik minyak and takde scrub sebab kebiasaan kulit berminyak mesti berjerawat, so a big NO untuk scrub atas jerawat ys kawan-kawan.


Nak tau sesuatu yang menarik tak??


You all boleh main kahwin-kahwin dengan Botanical set tau. F1 boleh campur dengan F2, and F2 boleh campur dengan F3. Tapi F1 TAK BOLEH CAMPUR DENGAN F3. You all boleh dapatkan advice beauty consultant kalau nak main kahwin-kahwin hehehe.


Kalau perlukan consultation and advice, jangan segan silu contact saya. Bagilah kulit anda peluang untuk jadi sihat & cantik dengan Botanical Effects ni. Kerana dirimu begitu berharga cewahhh~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 15 November 2017

Mary Kay Deo Body Spritzer Review

Assalamualaikum & morning readers! Saya excited nak share pasal item favourite saya dalam Mary Kay which is Deo Body Spritzer😀.




Back to nature~ itulah perkataan yang sesuai untuk gambarkan Mary Kay Deo Body Spritzer ni😎.

Bau dia macam bau hutan yang sangat segar. Nak kata macam kena semburan ajaib pun boleh😂. Sebab rasa dia sangatttt refreshing! 



Formula dia telah dirumus khas dgn komplek peneutralan yang berkesan memerangkap bau yang tidak mnyenangkan. 

Saya nak highlight kat sini ya,  Deo Body Spritzer bantu neutralkan bau peluh bukannya cover bau peluh dengan bau wangi. Boleh bayangkan tak bau peluh bercampur dengan bau perfume uweiii~🤢. So takde masalah nak sembur Deo Spritzer ni time badan berpeluh lencun.

Paling best, Deo Body Spritzer ni boleh cerahkan ketiak jugak tau! Sesuai untuk semua bahagian badan termasuk kulit sensitif. So siapa yang Cik Keti allergic dengan deodorant tu memang higly reccomended dengan guna Deo Body Spritzer ni.  


Tiak hitam nak tunjuk kat sapa kihkihkih


My personal review on Mary Kay Deo Body Spritzer🙃.

Badan mmg tak bau peluh walaupun spray sikit je. Yang paling saya suka, Body Spritzer ni tak melekit langsung woww!  And rasa sejuk-sejuk berangin gitteww~ Macam tak pakai pape tau. Takyah tunggu berejam depan kipas nak tunggu cik keti kering. 

Yang buat saya paling tak boleh move on of course bau dia. Fresh sangat macam bau buluh pun ada. Saya ni tak boleh bau kuat sangat nanti sakit kepala. SO bau natural yang ala-ala bau buluh ni memang perfect match untuk saya.

Nak sunting Deo Body Spritzer ni? Jom whatsap saya. Nak try?? Jom whatsapp saya juga memang iolls suka bagi try before beli sebab suka tengok muka masing-masin yang "woww" sangat tu. Haha. Apa-apa pun, lindungi diri dari menjadi punca pencemaran bau. 


Must have item di setiap rumah, tak kisah lelaki atau perempaun selagi mana you all mengeluarkan peluh maka haruslah memiliki body spray ajaib ni.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 9 November 2017

Tips For Online Posting

Tips dapatkan sales setiap hari.

Waktu Post Status Paling Sesuai:-

✅Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

✅Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

✅Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

✅Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan jap sebelum sambung kerja)

✅Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)

✅Lepas Isyak : 9.00pm - 12am,  kadang2 terlajak 1am - 2am.

❗WAKTU PALING HOT❗

🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒3 petang
🕔5 petang
🕘9 malam
🕙10 malam

P/s : Buat berterusan istiqamah, In shaa Allah pasti dapat sale. Cara ni dah terbukti sangat-sangat berkesan.

Wednesday, 8 November 2017

Mary Kay CC Cream


Hi & Assalamualaikum!

You all sihat ke? Hari ni saya terlebih excited nak share pasal my besfriend - Mary Kay CC Cream. Tak tinggal rumah tanpa dia tau. Sebab selesa sangat~


Ehhh jangan salah faham ini CC Cream bukan ice cream tau😁. Tapi tekstur dia halus, lembut & berkrim sebijik macam ice cream. My fevreto!
 
CC Cream ni ada 4 shades tau. Saya pakai shade Very Light.

Tips memilih CC Cream / foundation, make sure muka bogel lepas tu calit sikit cc cream / foundation dekat rahang. Tengok colour dia sebati tak dengan kulit. Sepatutnya bila kita dah calit then sapu colour dia sebati dengan kulit. Kalau you all nak nampak lebih cerah pun nanti gunakan bedak dengan lighter shade.

Janganlah test kat tangan dah sah-sah tangan tu lagi gelap dari muka huhuhu. Kalau rasa confuse jugak boleh set date dengan saya unuk dating jom, try yang mana sesuai untuk awak.



Saya pakai cc cream je tak pakai foundation pun. Nampak tak betapa sekata dan halus sapuan dia walaupun saya sejenis malas guna brush hehehe. 
Yang paling saya suka pasal CC Cream ni of course lah colour dia. Dia shade ala-ala kuning langsat yang sangat sesuai dengan kulit Asian macam I.

Bila outing dengan kawan-kawan pun senang time nak solat, sebab CC Cream ni wudhu' friendly. Basuh dengan air dah tanggal. Nampak tak betapa naturalnya CC Cream ni di muka I?
Time ni pemalas yakmat pakai CC Cream & true dimension lipstick semata. Bedak pun tak pakai. Pemalasnya time ni sebab penat lepas kemas bilik besar-besaran. Tundung pun rembat tudung sarung mak.

Now dah nampak kan impact CC Cream ni dekat atas muka saya. Tau kan kenapa tak boleh tinggal rumah tanpa si dia. Saya tak pakai foundation pun sebab sayang sangat dekat CC Cream sampai takmau curang😛. My daily makeup routine - CC Cream, pressed powder & lipstick. Kalau rajin or outing or special event tu sapulah mekap lain jugak tapi CC Cream wajib ada tau. Jom tengok benefit CC Cream ni sepintas lalu;

MARYKAY CC CREAM 

1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.
2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak atau melekit.
3. Mengandungi SPF15 untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. 
4. Menutup cela , memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah.
5. Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segera.
6. Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit.
7. Mengurangkan kemerahan pada kulit.
8. Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida.
9. Mempunyai tekstur lebih ringan daripada Timewise Liquid Foundation. 
10. Mempunyai 4 pilihan tona warna. 
11. Bebas wangian. 
12. Non comodogenic - tidak menutupi liang roma kulit. 


Sesuai untuk yang sukakan natural look and tak suka nampak macam tepung gomak. Satu tube tahan sampai bulan tau (wow!). Sebab sapu nipis je & selapis je. Anddd paling best, promo November yang super jimat! Kalau siapa yang tak sure you all guna shade yang mana, boleh set skincare class dengan saya :). Kita try produk Mary Kay sampai lebam jom 😁.


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 3 November 2017

Amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum readers!

Izinkan saya berkongsi amalan-amalan mudah untuk menjemput rezeki. Saja rasa nak share di hari Jumaat yang mulia ni.

1. Baca ayat seribu dinar. Baca dalam 7x lepas Subuh.

2. Doakan keampunan untuk para nabi & rasul, alim ulama, ibu bapa, diri sendiri, adik-beradik, sedara mara & seluruh umat Islam setiap kali lepas solat 5 waktu. 

3. Sedekahkan al-Fatihah untuk diri sendiri, ibu bapa, pasangan & ibu bapa mertua walaupun belum berkahwin. Baca lepas solat 5 waktu. Yang ni saya amalkan dan memang rasa banyak improvement dalam hubungan sesama manusia.

4. Istighfar. Asal teringat je istighfar. Kawan saya pernah cakap maybe sebab dosa2 kita doa kita kena block. And maybe sebab dosa kita jugak,  jodoh tak terbuka hati nak approach.

5. Sedekah. Tak semestinya sedekah dgn duit je. Even senyum pun dah kira sedekah. Tolong orang benda kecik pun contoh tolong angkat barang ke, dah dpt pahala.

6. Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x),  Allahuakbar (33x). Nampak mcm banyak but trust me, bila baca satu2 kejap je dah habis.

7. Perbetulkan niat. Niat nak tolong orang. Saya diajar supaya jgn meletakkan niat sale sebaliknya niat nak share benda best. Setiap skincare class,  saya niat nak buat orang happy. Nak bagi ibu2 kepenatan release tension.  Nak bagi "me time". Nak tolong orang yg ada masalah kulit. Nak tolong orang yg ada masalah kewangan. Keikhlasan tu biar Allah yang nilai,  janji kita cuba.

8. Support bisnes member. Kalau kawan-kawan berniaga, belilah dengan niat nak bantu dia. Lepastu share lah dengan kawan-kawan lain, boleh tag kawan you all tu dekat insta or fb. Jangan mintak diskaun sebab kita tak tahu berapa banyak dia dah invest untuk bisnes. Kalau dia bagi tu senanglah. Mudahkan rezeki orang lain, Inshaallah mudahlah rezeki kita.

Wednesday, 1 November 2017

Mary Kay Skinvigorate

Assalamualaikum & good morning!

Nah saya nak belanja you all satu video skinvigorate. 



Nampak tak macam mana muka model tu bersinar-sinar lepas guna skinvigorate brush. Tu baru sekali penggunaan tau. Kesan dapat dirasakan serta merta! Kenapa tak boleh guna tangan je untuk cuci muka? Hmmm...

Kita ambik contoh gigi. Kalau berus guna jari je bersih tak? Boleh tak hari kita yang tembam ni masuk celah-celah gigi? Macam tu jugak dengan kulit muka. Jari kita tak mungkin dapat tembus pori-pori yang kecil lagi halus. Padahal semua kotoran & sisa mekap terperangkap dala liang roma tau. Jangan kata you all tak mekap sebab even pakai bedak baby sahaja pun, tetap akan masuk liang roma. Belum cerita lagi tang muka kena asap, debu, habuk and segala macam kotoran. Muka kita ni bogel 24 jam sejak kita lahir. Sebab tu pembersihan wajah merupakan rejim yang sangat-sangat penting. Kalau tak cuci bersih, selalulah Miss J datang bertandang.

Jom kita tengok apa kebaikan guna mesin ajaib Skinvi ni;


  • Mencerahkan muka
  • Menegangkan kulit
  • Kasi sapu blackheads & whiteheads
  • Putaran 400x seminit😱😱. Patutlah muka tak sempat berkedut! 
  • Waterproof - memang untuk letak dekat bilik air
  • Travel size - kecik comel je tau size dia
  •  Brush lembut yang direka untuk kegunaaan harian
  • Jimatkan penggunaan cleanser uolls
  • Ada dua speed - slow & speed laju sikit untuk kawasan meriah whiteheads
  • Pakai bateri AA je tu pun entah berapa tahun baru kena tukar
  • Of course kulit akan jadi lebih licin & lembut
                                             
Nampak tak size skinvi ni lagi kecil dari cleanser

Bulu dia lembut je tau. Telah diuji atas tauhu lembut.
Ni cara penggunaan skinvi. Jangan lebih 15 saat setiap area walaupun you all rasa tersangatlah syiookkk...

Seriously, ini cleansing tool yang patut semua orang ada sebab pembersihan merupakan langkah yang paling basic & paling penting. Boleh digabungkan dengan mana-mana cleanser favourite you all. Nanti kita pun boleh fefeeling spa dalam bilik air hehehe.



To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc