Wednesday, 27 May 2020

New Hydrogel Eye Patches Review

Assalamualaikum & morning!

Selamat menyambut syawal yang keempat. Syawal time PKP ni berbeza sungguh kan, tapi cukup bermakna. Anyway hari ni saya nak cerita pasal produk baru lagi dalam Mary Kay - Hydrogen Eye Patches. Yess dari namanya kita dah tahu yang produk ni untuk mata.


Hydrogel ni berfungsi dengan bahan aktifnya glycerin - satu bahan yang bagi cooling effect dan bertindak sebagai moisturising agent. Sebab tu kalau tengok hydrogen patches ni rasa sejuk je kan. Ada empat fungsi utama hydrogen patches ni which are;

  • Hydrates (melembapkan)
  • Cools (menyejukkan)
  • Soothes (melegakan)
  • Depuffs (mengurangkan kesembapan)
Sejuk je kan nampak dia and memang sejuk pun bila apply, terus fresh!


Area mata ni kalau kering or tak cukup tidur, dia akan buat bawah mata kita jadi sembap, mengundang kepada eye bags, dark circle & mata panda. Jadi bila kita guna hydrogen patches, dia akan restore semula kelembapan dan plump kan balik area bawah mata. And bila pakai hydrogen patches ni kita boleh nampak immediate result tau! Pakai selama 20 minit then kita akan nampak dah perubahan dekat mata yang letih jadi lagi berseri.

Hydrogen patches juga boleh dipakai dekat tempat lain yang selalu kekeringan and mudah berkedut macam dahi, leher, laugh line and celah pelipat.
Ni review by my director, nampak kan sembap mata tu dah kurang. And kawasan bawah mata juga jadi makin cerah. Ni result lepas 20 minit tau uolls, awesome kan?

Hydrogen patches ni keluar bulan June, tapi saya buka untuk pre-order sekarang. Sebekas ada 30 pasang, banyak kan? Nak jadi yang terawal guna Hyrogen Patches ni mehlah whatsapp kita~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday, 24 May 2020

Ceritera Aku Bersama Mary Kay



Kerana sebatang lipstick..

Yes! Asbab sebatang lipstick saya join Mary Kay. Siapa yang kenal saya mesti tahu saya suka buat bisnes dari zaman belajar lagi, tapi suka berbisnes tak semestinya pandai berbisnes👀 kalau pandai takdelah saya asyik bertukar bisnes kan. Baju, tudung, casing phone, supplement, cookies semuanya saya pernah jual, dadah jelah saya tak pernah jual😂. Nak dijadikan cerita masa tu saya ternampak iklan lipstick Mary Kay. Macam best haa otak saya pulak terus macam "cingggg,,, aku nak jual lipstick Mary Kay lah". Tapi nak try dulu sebelum jual. Peliknya walaupun rasa ramai buat beauty consultant tapi takde pulak kalangan kawan-kawan yang buat Mary Kay. So saya order lah sebatang lipstick dari Shoppee. Ampunkan sis masa tu tak tahu yang beauty consultant tak dibenarkan menjual dekat Shoppee😅

So bila dah sampai lipstick yang diorder, saya pun cubalah and terus rasa "wow"! Lisptick Mary Kay cukup semua sifat yang saya impikan - warna cantik, selesa, bau sedap & harga berpatutan. Let say kalau sebatang lipstick tu gagal impress saya, kemungkinan besar saya takkan berada dalam Mary Kay sampai sekarang.

And tak disangka, sebatang lipstick tu berjaya merubah hidup saya ke tahap yang saya langsung tak terfikir. I thought it was just another business. Tapi Mary Kay lebih sekadar "another business". Hajat awalnya nak untung runcit jee so that boleh shopping lebih setiap bulan😂 tapi rupanya Mary Kay juga berikan saya gaji berserta pay slip setiap bulan. Sebab tu saya tak toleh ke belakang dah dgn Mary Kay and tak terfikir nak curang sebab Mary Kay satu-satunya bisnes yang saya boleh nampak saya berkembang, from time to time.

Kalau nak cerita pasal Mary Kay ni, boleh jadi novel😂 tapi one of the reason saya stay dengan Mary Kay sebab saya boleh berimpian and boleh come out dengan action plan untuk mencapai semua impian saya. Kalau dulu hidup saya agak boring & statik, ikut script je and takde apa yang menarik.

Kalau anda mencari something yang boleh membantu kehidupan anda ataupun merubah terus kehidupan anda ke tahap yang lebih baik, Mary Kay boleh jadi platformnya. Takde janji bulan bintang, cuma siapa yang usaha dia yang dapat (man jada wa jadda).

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Wednesday, 20 May 2020

Doing Mary Kay PKP Style


Adapting to the new norm... 

Kalau dulu bila ada kelas or event Mary Kay, bangun pukul 4 pagi tu biasa. Maklumlah kena bersiap di samping prepare mental & physical untuk meredah jammed, sesat & breakfast dlm kereta. Bila ada unit meeting waktu malam kita sampai kena menumpang rumah orang. Sis redah jelah, sebab di Mary Kay semua ilmu diberi percuma. Cuma datang bawak tulang empat kerat je, itu pun nak berkira? Ilmu dapat percuma tapi nilainya melebihi intan berlian, sebab bila apply apa yang kita belajar memang nampak progress yang nyata dalam bisnes. Memang sometimes fed up kena drive sorang-sorang dgn keadaan tak familiar dengan sesuatu tempat, tapi apalah sangat kesusahan tu nak dibandingkan dengan nikmat menjadi manusia berilmu.

Sekelip mata dunia berubah. Sejak PKP memang kita banyak berhubung online je, termasuklah kelas formal Mary Kay. Tak sangka sekarang boleh attend class from the ease of my own bedroom😆 tapi since PKP, education class Mary Kay tak pernah berkurang sebaliknya makin bertambah. Keadaan berubah sekelip mata, tapi slow-slow kita adapt dgn cara baru. Saya punya semangat yang almost hilang masa PKP Fasa 1 pun dah merasuk balik😂, in fact lagi membara! Sesukar mana pun keadaan bila kita sanggup adjust diri kita and be flexible with our method, Inshaalllah akan berjaya jugak💪

Before class, headphones tu saya curi adik punya kihkihkih

Mary Kay Pre DIQ Class Central Region

Pandemik bukanlah alasan untuk tidak berniaga, untuk tidak menuntut ilmu. Lagi-lagi dengan zaman teknologi sekarang. Sebenarnya esok saya ada interview, doakan saya berjaya ke fasa seterusnya which is directorship Amin... Kalau you all sedang mencari bisnes yang boleh sustain di waktu yang sukar, Mary Kay is one of them. Nak berjaya jangan fikir lama-lama sangat tau, whatsapp je Dilla😊

"When the going gets tough, the tough gets going" - TSMY

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Wednesday, 13 May 2020

Mary Kay New Waterproof Liquid Eyeliner Review

Assalamualaikum & morning!

Yang ditunggu telah tiba~

Counting tau nak tunggu eyeliner ni masuk Malaysia and finally, dapat pun merasa jadi Cleopatra hihihi. Ngam gam je dia masuk sebelum raya kan~
You all nampak tak mata dia tajam macam mata colour magic yang kita guna dulu-dulu, sebab tu senang sangat nak apply. Kalau macam saya tak suka eyeliner jenis yang tajam sangat, sakit ouch. Tapi mata eyeliner MK ni tak tajam sangat and takdelah besar sangat, just nice. Yang penting dia precise. Jom tengok hasilnya~

Masa ni cita-cita asal nak buat wing liner yang melangit tu tapi apakah daya skill setakat itu saja hahaha. Tapi kira jadi lah jugak kan untuk orang yang tak tau buat wing liner macam saya. Line dia smooth and mudah tarik ke atas ke bawah. Saya cuma pakai bedak, lipstick and eyeliner masa ni, tengah practise mekap kena paksa beraya kikiki.

Before        &            After
Ni pulak versi yang saya biasa pakai, kita pakai nipis je eyeliner tapi nampak mata pop up kan. Kalau you all jenis nak cuba pakai eyeliner tapi takut-takut lepas tu rasa tangan ketaq, elok sangat lah try eyeliner baru ni. Easy peasy!
             
First time try liquid eyeliner baru ni, masa tu cuaca panas lit lit and bergerak saya ke sana ke sini ke sana ke sini pergi hantar barang, pergi klinik, pergi beli barang and surprisingly, eyeliner tu tak smudge langsung. Sebagai seorang yang kuat berpeluh & jenis mata berair, memang normal untu eyeliner melekat dekat kelopak mata after some time, tapi bila pakai eyeliner baru ni kelopak mata saya selamat dari sebarang bekas eyeliner.

Nervous sebenarnya nak buat video ni sebab tak nampak nak pakai eyeliner depan camera, tapi kita belasah jelah hehe. Waterproof mascara ni limited edition tau, and ada promo best bulan ni. Berminat?? Mehlah contact I~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Monday, 4 May 2020

Brand New Mary Kay Lip Balm Review

Assalamualaikum & morning!


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Mary Kay ada keluarkan produk yang sangat dekat di hati kita time bulan puasa ni, which is Limited Edition pH Lip Balm. Aikk apo pulak pH Lip Balm?? Rasa tak pernah jumpa Lip Balm nama lagu tu kan. Haa meh kita cerita dekat bawah😊

Setiap tahun Mary Kay akan buat CSR program untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli sambil menderma. Badan kebajikan pilihan Mary Kay Malaysia adalah NASOM (National Autism Society of Malaysia). Kalau macam dulu Mary Kay keluarkan blusher love untuk CSR program, and tahun ni pulak keluarkan pH Lip Balm. Ngam betul keluar time puasa yang bibir kita selalu kering kan. 

Apa yang specialnya pH Lip Balm ni?

Lip Balm ni bersifat pH sensitive, jadi warna dia akan ikut bibir kita. So setiap bibir akan memberikan warna yang berbeza, barulah unik kan. Bahan-bahan dia adalah complex ingredients macam glycerin dan olus oil yang sangat bagus untuk bibir kita. Tesktur dia smooth and silky, dia tak sama macam Satin Lip Balm tau kalau you all pernah try. pH Lip Balm ni lebih ringan and smooth.  

Ada dua pilihan warna- Pink & Berry

Jom tengok macam mana result pH Lip Balm ni😍




Comel kan?? Warna dia tak terlalu strong, just nice. Benda ni limited edition. So kalau berkenan tu jangan tunggu lama-lama hehe. Lagipun kalau beli dua warna bulan ni, you all boleh dapat mini handbag comel macam dekat bawah~

Comel kan? So apa tunggu lagi, jom membeli sambil menderma~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


Friday, 1 May 2020

Kelebihan Surah Yaasin

Assalamualaikum & morning!

Hari tu saya share pasal keajaiban istighfar dengan selawat kan. Hari ni saya nak share pulak pengalaman saya dengan jantung Al-Quran - surah Yasin. Tapi sebelum tu, jom tengok apa manfaat syrah Yasn dulu;
  • Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
  • Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut
  • Jika terpenjara akan dibebaskan
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
Credit to https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/07/keutamaan-dan-fadhilat-membaca-surah-yassin/


Banyak kan manfaat baca surah Yasin?

Saya pernah dengar ceramah Ustad Abdul Somad dia kata surah Yasin ni berkesan mengangkat kesulitan dalam hidup. Sebab tulah bila ada orang yang menghadapi sakaratul maut kita sangat-sangat digalakkan baca surah Yasin.

Lagi satu Ustaz Somad jugak ajar bertawasul - saya tak tahu apa maksud tawasul yang sebenarnya tapi yang saya faham kita mohon kepada Allah dengan amal yang kita buat.

Contohnya lepas baca Yasin kita doa "Ya Allah dengan berkat surah Yasin permudahkanlah aku untuk memperolehi zuriat". Lepas bersedekah, "Ya Allah dengan berkat sedekah permudahkanlah aku untuk membayar hutang-hutang ku". Jadi jelas kan dekat sini? Even nak bertawasul dengan surah Fatihah pun boleh.

Jadi now saya nak share pengalaman saya sendiri, tahun lepas ada satu time saya rasa sangat demotivated yang critical jugak lah sampai bila saya tadah tangan nak berdoa saya fikir "aku ni asyik doa je Allah nak makbulkan ke". Allahu dahsyatnya pemikiran saya sepatutnya kita lagi tingkatkan amal and percaya Allah belum makbulkan sebab nak bagi lagi baik. Jadi bila you ada pemikiran macam ni, cepat-cepat istighfar tau. Antara benda yang membuatkan saya down ialah masa tu bulan November atau Disember tahun lepas rasanya, ada beberapa orang yang whatsapp saya nak beli Mary Kay and dah siap mintak nombor akaun, lepas tu diam. Saya tak kisah pun yang whatsapp untuk tanya-tanya or survey dulu, biasalah even saya sendiri pun ada buat macama tu jugak sebelum decide nak beli apa-apa. Tapi biasanya kalau dah selesai buat consultation and dia pun mintak nombor akaun untuk bayar means prospect tu serius. Saya agak hairan and frust jugak, tapi bila fikir balik rezeki tu dari Allah kan. Jadi chill je. 

“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi"

Masa tu saya amalkan baca Yasin lepas Subuh and bertawasul minta dimurahkan rezeki. Berapa hari jugak saya amalkan and tak lama lepas tu, saya dapat sales dari tiga customer berbeza dlm masa tiga or empat hari saya pun tak ingat. Sales almost 1K masa tu and kesemua customer tu memang saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa and tak pernah approach. Amazingly depa memang berniat  nak beli and ada bajet, so closed sale sangat mudah dan cuma ambil masa berapa minit jee. Nampak tak kalau Allah nak bagi tu mudah sangat.


Sampai sekarang saya masih amalkan lagi baca Yasin lepas Subuh sebab senang je pun. Surah Yasin tu walaupun ayat dia banyak tapi pendek-pendek je. Macam saya mention sebelum ni, biar amalan kita buat tu sedikit tapi konsisten - Allah tu Maha Menghargai hamba-hambaNYA (Ya-Syakur). Saya harapkan posting kali ini dapat bagi manfaat pada you all semua terutamanya dari segi keyakinan kita terhadap rezeki Allah😊


Thanks for reading & selamat berpuasa semua❤️

Gambar sekadar hiasan cantik pulak cottage ni~