Sunday, 10 February 2019

Mary Kay Makeup

Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya nak share gambar sorang retis ni😜, which is saya sendiri. Ambitious betul bunyinya kan hahaha. Tapi memang hari tu saya rasa macam retis sangat, sebab tak pernah saya rasa cantik bila orang mekap saya. Until this one fine day, bila Director saya mekapkan saya and beberapa BC lain jugak untuk tujuan buat flyers bagi kelas mekap percuma kami. Entry kali ni memang tak panjang, kita serahkan pada gambar je untuk berbicara. 
My first look tadaa~ I can't believe that's me! Aku ke tu seriously??

Bold look - tukar lipstick je and aura pun terus bertukar gittew~

Closer look for eye makeup, I'm impressed!

Pastel vs Bold Look - mana yang you all suka?

Sejujurnya saya sceptical sikit bila orang nak mekapkan saya sebab dah banyak experience orang mekapkan lepastu muka ke laut. Director saya dengan skill mekap yang superb pun tak dapat lari dari saya punya paranoid hahaha. But she proved otherwise! Saya mmg sgt gumbira dgn hasilnya, nampak glam tapi still nampak macam saya. And guna Mary Kay makeup tapi result dia nampak macam high end makeup kan😍. And saya suka sebab bila tgk dalam cermin dia tak nampak cakey & bertepung macam mekap lain yang biasa saya tgk, especially mekap pengantin. Makeup for camera lah kita panggil, biarlah kat depan2 nampak cam tepung gomak pun takpe huhu. Eh terbebel panjang pulak kata nak pendek je mula-mula hahaha. Excited punya pasal. 

By the way saya nak tanyalah, you all suka tak kalau dapat belajar mekap advanced macam ni & dapat miliki full range of international makeup tanpa merabakkan poket? Mary Kay memang ada buat promotion best untuk makeup set utk beauty consultant yang baru join. Yang baru je dapat yang senior macam saya ni tak dapat dah. Ask me how untuk berbisnes dalam bidang kecantikan, ataupun kalau you all nak jadi BC untuk pakai Mary Kay untuk kegunaan sendiri pun boleyyy. I'm only one text away~

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra


Thursday, 7 February 2019

Product Knowledge - How To Be A Good Beauty Consultant

Assalamualaikum & morning!

Maka selesai sudah Product Knowledge yang berlangsung setiap tiga bulan. Product Knowledge ni sebenarnya training untuk beauty consultant untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam keseluruhan produk Mary Kay (teori & hands on). Sebab tu kelas akan berlangsung dari pagi ke petang. Saya sendiri dah berapa kali attend Product Knowledge ni and tak dinafikan sometimes penyakit M datang, tapi saya gagahkan jugak pergi sebab ada je benda baru yang kita akan belajar walaupun rasa macam dah tau pasal semua produk. Contohnya Sabtu lepas baru saya tau yang rupanya sun protector boleh jugak dipakai sebelum moisturiser if customer ada reaction dgn spf. 

Actually boleh Product Knowledge kali ni agak bermakna buat saya, sebab saya angkut sekali dua orang beauty consultant saya yang baru berusia 2 minggu. Punyalah semangat depa nak belajar kan. Kami konvoi guna kereta saya sekali dengan power partner saya Kak Maz. 
 
Macam team marhaban kan, seronok bila konvoi sama-sama ni mengimbau kembali masa belajar dulu.
Product Knowledge started, ehh saya pun kena mengajar jugak pasal Timewise 3D

Power partner saya yang mengajar jugak pasal Botanical Effects

Memang kena share selfie ya? Hahaha. Masa ni lepas solat and touch up ala kadar je sila abaikan kening berbulu.

My beauty consultants and me. Dekat belakang sekali tu Elizabeth or Eliz, power partner saya jugak merangkap salah seorang mentor yang mengajar sekali hari tu.

Sesi bergambar bersama Director, we were having fun sambil belajar. Yang penting time balik kepala dah makin berisi.

Oh ya kalau you all perasan kami tema biru pink hari tu. Saya siap janji lagi dengan BC2 saya nak pakai baju biru yang seakan-akan and tudung soft pink. Tu yang jadi marhaban tu hehe. Buat pengetahuan Product Knowledge kali ni dah tak centralized macam dulu, sebaliknya diagih-agihkan ikut centre and boleh pilih anara dua tarikh. Saya suka yang macam ni lagi sebab audiens kurang and memang two ways communication yang meriah antara BC & mentor yang mengajar. Kalau you all sukakan bisnes yang ada sediakan kelas-kelas free tanpa paksaan macam ni, of course saya akan reccomend Mary Kay, top 5 global skincare in the world. Boleh contact talian hayat saya untuk pertanyaan lebih lanjut pasal career Mary Kay.

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra





Monday, 28 January 2019

Mary Kay Red Jacket University

Assalamualaikum & morning!

Bulan ni saya sangat full dengan activity, penat lah jugak tapi best. Alhamdulillah sebab busy, kalau banyak sangat free time tu saya akan rasa tak sedap hati. By the way hari ni saya nak share santai-santai pasal pengalaman saya join Mary Kay Red Jacket University. Ehh, Mary Kay ada universiti jugak ke? Biar betik?? Yes betul lah, Mary Kay kan ada banyak education program untuk mengasah beauty consultants dan salah satunya ialah Red Jacket University (RJU). Red Jacket University ni terbuka kepada Red Jackets (leaders) dalam unit. Basically kita boleh belajar cara buat sale, cara untuk develop team kita, cara untuk menjadi the best of the best dalam unit. Leaders adalah contoh atau role model kepada beauty consultant, jadi kalau kita nak team yang kuat kita sendiri kena jadi yang terbaik dulu. 

Nampak kan kelas tak ramai pun, sebab RJU ni dibuat pada hari weekdays. Tapi best jugak sebab dapat fcus and bonding dgn beauty consultant lain.

Masa ni tengah practise I-story untuk kita cerita masa skincare class. Kakak manih ni nama dia Massura, and dia pun salah seorang BC under Glamorous Bee Future Area, so memang kenal lah walaupu berbeza Director. Mas ni sampai berlinang air mata bila dia ceritakan kesusahan hidup sampai kena jual baju bundle and tinggal ana-anak dekat kampung. Allahu saya pun sebak dengar nampak kan apa big why beliau dekat situ.



Time break ni kami pi lunch dekat Aeon. Yang tudung putih tu Director saya hehe clingy betul kan semua class nak dengan dia. Lagi satu faktor jalan jugak, saya ni memang noob bab jalan so selagi boleh saya akan pilih class yang dekat beauty centre Director saya. Best sebab Mary Kay ni ada di merata-rata tempat, setiap negeri so senang untuk beauty consultant arrange masa & tempat.

Sebelum balik, sempat lagi depa posing dekat kereta ESSD saya hahah. Saya pulak dah banyak kali naik & banyak kali tangkap gambar jugak tu yang tak beriya hahaha. Tapi saya tetap beriya nakkan free pink car.


Posing last sebelum balik, dapat lagi kawan baru.

Kalau dah masuk U, mestilah ada konvo kan. Mary Kay juga akan iktiraf achievers yang berjaya completekan RJU challenge. Bukan pengiktirafan biasa-biasa, tapi akan naik stage and ada satu event khas untuk meraikan graduates RJU. Disaksikan oleh consultants dari Malaysia & Singapore. Belum cerita bab hadiah lagi. 

Ya Allah seronoknyaaa, doakan saya dapat konvo di Mary Kay sengan jayanya. Nothing beats hard work! Jom kalau anda nak sama-sama mendaki tangga kejaan di Mary Kay, talian hayat saya sentiasa available. Mary Kay is more than just selling lipstiks, it's selling dreamsπŸ’–. Nak cuba bisnes yang menawarkan byk eduation & rewards program" You're at the right place. 


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra

Thursday, 24 January 2019

Foundation Nightmare! Oh No!!

Assalamualaikum & morning!

Siapa ada kisah hitam dengan foundation? Saya antara manusia yang mempunyai banyak pengalaman pahit dengan foundation, boleh kata saya dah lalui semua yang saya list down hari ni. Tapi jangan risau, takde masalah dekat atas dunia yang takde penyelesaian. Jadi hari ni saya nak share pasal mimpi ngeri foundation & cara mengatasi.

1. Foundation Bercapuk

Siapa pernah kena angkat tangan cepat✋. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada foundation bercapuk contohnya bila kita terlebih bancuh foundation and tak blend betul-betul. Apply foundation ikut keperluan kulit anda, kalau rasa diri sendiri susah nak agak cuba mintak tolong orang terdekat macam mak, adik beradik perempuan, housemates. Untuk blending, memang jari kita paling mudah kan tapi guna jarilah yang buat foundation tak rata. Guna tools yang sebetulnya untuk blend foundation samada brush ataupun sponge ataupun beauty blender.

2. Foundation Kelabu

Haa inilah saya dulu, masa tu tengah terikut fahaman "putih itu cantik" jadi bila beli foundation saya mesti pilih yang lebih cerah. Tapi end up jadi kelabu huhuhu. Ada jugak yang jadi kelabu sebab bukan taksub putih, tapi sebab tak tau pilih foundation shade yang sesuai. 

Tips untuk pilih foundation - make sure muka barefaced then calit sikit dekat rahang, blendkan sample foundation tu and kalau nampak sebati sampai almost tak nampak colour dia, means itulah shade kita sebenarnya. Tapi tengok jugak, kalau foundation jenis oxidized you all kena pilih shade yang lebih cerah dari kulit sebab dia akan oxidized jadi lebih gelap. Jangan test kat tangan macam saya dulu tau, dah terang-terang tangan colour lain hihi.

3. Foundation Cair
Saya jugak dulu niπŸ˜”. Rimas betul perasaan bila foundation cair ni, rasa muka berlemuih! Yang ni selalu jadi dekat muka jenis combination oily, since muka sendiri dah ada excess oil yang suka merosakkan makeup kita. Jadi saya sarankan bagi kulit combination to oily ni untuk gunakan foundation jenis matte supaya tak nampak berminyak. Penting untuk gunakan moisturiser jenis oil control & jangan lupa primer jugak sebelum foundation untuk control minyak & buatkan mekap tahan lama.

4. Foundation Crack
Foundation crack ni biasanya mesti kulit kering. Foundation jenis matte memang tak disyorkan untuk kulit kering sebab akan jadi crack and nampak bercapuk. Yang ni pulak, make sure you all pakai moisturiser yang sesuai untuk dry skin. Pilih foundation yang bagi dewy finish untuk buat muka nampak moist and mekap tak pecah. Kalau dalam Mary Kay. of course saya akan suggest Luminous foundation untuk buat muka nampak moist & glowing.

5. Muka Breakout 
Hmm dulu saya guna foundation yang lagi mahal dari mary kay, tapi end up muka naik jerawat. Then barulah saya tahu apa itu comodogenic & non-comodogenic. Untuk makeup & skincare, pilihlah jenis non-comodogenic sebab dia tak menyumbat pori-pori. Kalau pori tersumbat, memang macam-macam lah timbul lepas tu whiteheads, blackheads, miss J semua rajin melawat muka kita. You all boleh refer disciption dekat belakang product, kalau non-comodogenic dia memang akan state. And lagi satu, jangan beli foundation longgok cap ayam & cap itik. Bahaya uolls sebab dia takde pemprosesan yang hygiene dan diselia, dengar cerita najis manusia pun ada dalam produk tiruan tau oh myyy Allah pleasee jangan beli yang fake or yang diragui. Banyak lagi brand-brand yang boleh dipercayai dekat drugstore & dekat kak pora hehe.

Ada tak sesiapa yang rasa terkenang-kenang kisah hitam dengan foundation lepas baca entry ni? Ataupun anda masih mealui nightmare begini, kesian sis jangan pendam lama-lama ya, foundation tu penting jugak sebab diibaratkan macam kulit kedua kita. Jadi sesiapa yang rasa perlukan pertolongan untuk pilih kulit kedua yang sesuai, sila hubungi talian hayat sayaπŸ˜ƒ.

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 23 January 2019

Flawless Set Mary Kay - Special Deal for January!

Assalamualaikum & morning!

Are you ready for 2019 special deal?? 


Tadaa inilah dia promo yang buat beauty consultant tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Hahaha over tau. Tapi tiga benda ni primer, foundation & foundation brush memang hot selling. Yelah sebab dia terlampau best kan. Ehh nampak tak ada mention dekat situ dewy & matte skin? Hmm apa beza dua tu ya?

Matte Finish

Dia bagi effect kulit yang solid & kemas, nampak terletak. Takde effect shiny, sebab matte foundation ni dirumus khas untuk kulit berminyak. Kalau kulit kombinasi & berminyak kita memang advise ambik matte foundation.

Haa gini finishing untuk Mary Kay Matte foundation. Tapi you all nampak tak saya pakai macam tak cantik? Nampak bercapuk kan. Sebabnya matte formula tak sesuai untuk kulit kering macam saya, dia akan nampak bercapuk & crack.

Dewy Finish

Nak muka nampak lembap, glowing & bersinar? Haruslah guna Mary Kay Luminous Foundation untuk dapat effect glowing mowing. Tapi kena tengok jugak, kalau kulit you all jenis berminyak memang tak sesuai pakai luminous foundation, sebab akan nampak berlemuih nanti. 

Haa nampak tak luminous foundation lebih sesuai dengan saya. Glowing and bagi effect moist gitu. Rupanya foundation pun kena pilih yang sesuai dengan jenis kulit, saya pun baru tau lepas jadi beauty consultant huhuhu.

 Three powerful items for an instant flawless face. Ya Allah setakat ni inilah promo paling jimat Mary Kay pernah bagi, nak menangis jugak. Nak habaq kat sini tak boleh tapi takpe, whatsapp je and ready untuk terkejut bila tau promo terlampau jimat tu.

Nahh saya belanja tutorial untuk dapatkan kulit flawless in less than 3 minutes. Kalau siapa yang ada masalah lagi untuk kenal pasti jenis foundation yang sesuai dengan kulit, sila hubungi talian hayat tau.

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Grooming Class

Assalamualaikum & morning! 

Hari ni baru berkesempatan untuk update pasal grooming class Glamorous Bee & future area. Sebenarnya ini open event yang terbuka kepada guest luar jugak. Seronok tau sebab dapat belajar pasal grooming termasuklah pasal simple makeup. 


Masa mula-mula event start, kena nyanyi sambil joget-joget sikit bagi tak mengantuk hehe

Sharing pasal tips pemakaian ikut bentuk badan

Masa ni duduk ikut style personality - pemaiakan kita ni ada jenis Minimalistic, Electic, Statement, Romantic, Elegenat. Saya dan dua BC saya jenis Elegant style

 
Tips nak jadi hijabista pun ada tau hehe. Kami diajar penggayaan tudung bawal & shawltapi style shawl tu tak dapat tunjuk sebab ada gambar tak covered. Sebenarnya medel u guest saya yang datang nak belajar mekap tapi ehh tetiba dapat styling sekali, untung kan.

Haa cikgu dah check style masing-masing kan dah kena. Hehe taklah, actualy masa ni we all tengah belajar nak check badan belah atas & bawah balance ke tak. 



Makeup time!!!

We are one big family~

Unit meeting yang sangat fun & enjoy! Sambil-sambil belajar kita enjoy, bawak anak-anak pun boleh. Ilmu berterusan tu penting untuk menjadikan kita seorang beauty consultant yang competent. Wajib ke attned event-event macam ni? Ehh idok ler. Cuma sendiri suka cari ilmu and lagipun sisters Mary Kay best sangat semua rapat macam adik beradik. Kalau rasa nak bekerjaya dalam bidang yang dekat di hati wanita ni, boleh contact talian hayat saya tau.


To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 2 January 2019

Pengalaman Mengendalikan Bengkel Kecantikan

"Tak pandailah nak buat skincare class, seganlah, takutlah"

Benda biasa kita dengar. Bila facebook asyik dok throwback gambar lama-lama, saya terlintas nak share pengalaman. Saya dulu pun bermula dgn "tak tahu". Tapi jenis saya jenis tak fikir banyak, redah je. First time buat skincare class (scc), saya buat rumah banjirπŸ˜‚. Ada ke orang lain yg sampai banjirkan rumah? Rasanya level "tak tahu" awak tu tak seteruk saya.

Dah nak masuk setahun berMary Kay baru saya ada chance pergi buat corporate scc & tengok senior saya conduct. Masa tu baru tahu suruh guest cuci muka guna facial cloth, bukan main sembur dgn air pasai tu lah banjirπŸ˜‚.

Banyak pengalaman unik saya buat skincare class. Dari hotel mewah hinggalah ke ladang getah, semuanya memberi kenangan yang tersendiri. Banyak pengalaman dalam Mary Kay yang sangat rare & mahal, mungkin takkan pernah saya rasai jika tak bergelar beauty consultant. Syukur atas kurniaan ini. 

Adik-adik semua, saya bermula dgn "tak tahu" & "tak pandai". Saya dulu tak byk peluang belajar live sbb tuntutan kerja hakiki. Cuma belajar melalui gambar je. Jangan takut buat silap, Allah tu tak tengok berapa perfect kita buat sesuatu perkara, tp DIA tgk pada usaha kita. Saya yg banjirkan rumah ketika first scc dulu, sekarang saya jugak yg conduct berapa byk corporate scc termasuklah dgn international guest. Asalkan you all berani mencubaπŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻.


Masa zaman jahiliah buat skincare class, yang gambar belah kanan tu first time join skincare class besar-besaran, tapi saya cuma tolong sikit-sikit & observe Director saya buat. 




                     

Sebahagian grooming class di mana saya berdiri sebagai speaker. Thanks Mary Kay for developing my confidence! Kalau ada yang berminat untuk kami menjalankan grooming class di syarikat anda secara percuma, boleh contact saya untuk saya emailkan proposal. Kalau anda nak belajar grooming secara [ersonal ataupun in small group, pun boleh juga roger je saya. saya excited kalau you all sudi menjadi sebahagian dari pengalaman kami. Kalau anda rasa teringin jadi beauty consultant untuk share ilmu kecantikan & buat bisnes at the same time, pun boleh contact saya jugak. I've had the career of my dream, and I hope that you'll find yours too~

To contact me, please clickπŸ‘‡πŸ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc