Thursday, 9 January 2020

Cara Lukis Kening

Assalamualaikum and morning!

Ramai mengadu dekat saya, "Dilla macam mana nak buat keninggggg"😩

Well sebenarnya takde cara yang universal untuk lukis kening, melainkan kalau masing2 kening togel bolehlah kita standardize cara lukis kening, tapi memandangkan kita orang Malaysia yang ada banyak versi kening, so seeloknya belajar dengan cikgu. Melainkan kening you all dah memang elok terbentuk, boleh lah refer cikgu Youtube tapi tulah tak semua orang dilahirkan bertuah😂. Jadi hari ni saya akan share cara lukis kening tanpa cukur, focus lebih kepada yang berkening lebat macam iolls.


1. Gunakan berus kening atau spoolie, sikat kening ke arah atas. After sikat kita dah dapat   nampak macam mana bentuk kening buat yang tak tau nak buat bentuk macam mana.
Eyebrow Brush dari Mary Kay
Favourite eyeshadow untuk saya buat keining - Merlot

 Ni pun favourite jugak, Mohogany. Saya pakai dekat mata and buat kening

2. Lepas dah sikat tu you all buat frame, haa kalau kening lebat penting untuk you all guna        pensel kening ataupun brow powder yang pigmented, sebab kalau tak macam manalah        nak nampak line tu, dahlah kening selebat huhu. Untuk yang baru belajar ni saya                  nasihatkan lukis frame guna berus kening (match dgn brow powder / eyeshadow). Sebab      lagi mudah nak buat straight line bila guna angled brush, kalau guna pensel kening ada        risiko tangan you all menggigil, and lagi pun macam jauh nak sampai from point to point.

Guideline untuk you all lukis kening, bila you ada byk bulu berlebihan, time lukis frame jangan ikut bulu tu, nanti jadi sin chan. Langgar je bulu you all tu jangan takut.

Zoom in...cuba fokus dekat kening you all nampak tak sebenarnya model ni ada bulu berlebihan, tapi kita langgar je okayy. Lukis je dekat atas kening tu, ingat jangan ikut bulu asal.

3. Bila dah siap lukis and warnakan bahagian dalam, jangan lupa blend warna tu dengan          berus kening. Lepas tu tutuplah bulu2 berlebihan dengan concealer. And macam saya          cakap tadi, jangan takut nak langgar kening uolls.
Fuhh nampak tak dia punya terbentuk lepas conceal, yang conceal ni pun sama jugak, jangan takut nak langgar kening asal uolls, pengalaman saya mengajar banyak betul yang takut nak lukis and conceal atas lebihan bulu.

Ni saya sharekan result masa saya awal-awal buat kening hahaha betul-betul sin chan. Ni jadi sebab saya suka ikut kening asal saya. Jadi you all jangan takut tau langgar je kening asal.
Lama-lama makin improved. Kening kena practice selalu, biasanya kalau you all dah ada good starting and practice 7 hari berturut, Inshaallah menjadi. Tapi kalau you all tak tahu nak start dari mana pun, better belajar dari yang pakar so that you akan tahu teknik yang betul, and then tinggal practice je. Kalau nak belajar dengan saya pun bolehhh, mehlah whatsapp😊

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Tuesday, 7 January 2020

SD Elizabeth Debut Celebration

Assalamualaikum & morning!

Now tengah panas lagi Debut Celebration power partner saya Elizabeth Matthew atau nama manjanya Eliz. Majlis kali ni dibuat di Mary Kay HQ dekat menara Symphony PJ. Dan saya bukanlah sebagai salah seorang tetamu, tapi sebagai salah seorang emcee😀 Majlis debut ni sebenarnya untuk meraikan director baru, yang telah berusaha keras untuk sampai ke directorship dan juga sebagai tribute untuk senior, unit dan family yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam perjalanan menuju kejayaan. Jom kita tengok apa yang berlaku masa majlis debut~


Saya berganding dengan Betsy selaku emcee pada hari bersejarah Eliz😀


Ucapan dari Senior Sales Director Nur Amira yang juga merupakan director saya
Ucapan dari National Sales Director Suhaida Sharif

                                      
Let's hear it from the horse's mouth,,,brand new Sales Director Elizabeth Matthew. Eliz share pengalaman dia terjebak dalam Mary Kay bila fall in love dengan lipstick Mary Kay. Mula-mula dia nak pakai sendiri je, then seronok dengan sisters Mary Kay, tetiba ada terjual jugak and finally dia nampak career dalam Mary Kay. FYI Eliz ni merupakan seorang IT expert and paling dahsyat dia kerja ikut European hours so waktu tidur dia memang sangat tak menentu. Anytime dia free dia akan selit buat Mary Kay and still, she did it. Itulah yang orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Now speech dari husband Eliz pulak, Vicky. Vicky ni memang sangat supportive, saya biasa nampak dia join program-program Mary Kay yang boleh bawak husband. And Vicky ni juga seorang camera man yang berdedikasi, rajin film Eliz buat video and tolong tangkap gambar kami jugak.
Sales Director Oath

Prize Giving Session - nampak tak betapa excitednya muka Eliz dapat jam fossil tu hahaha
 

Comel kan cupcakes ni😍

When girls meet cuppies~

Directors dari Suhaida Sharif area, doakan saya menjadi salah seorang dari mereka tahun 2020😃
Lupa pulak nak snap gambar dengan "Eliz" lagi sorang dekat luar hehehe

Sekianlah saja sharing majlis debut Eliz. Saya sebenarnya sangat terkesan sebab saya nampak dengan mata saya sendiri macam mana Eliz bermula sebagai beauty consultant, and then kami graduate Red Jacket University sama-sama and now dia dah jadi Sales Director. And Eliz buat Mary Kay secara part time tau, maknanya kalau kita betul-betul "nak", kita boleh dapat. Mary Kay bisnes yang flexible, ikut kita nak buat masa bila, dengan cara mana yang convenient untuk kita. Tapi yang pasti, siapa usaha dia yang dapat😃

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Sunday, 5 January 2020

2019 Highlights

Assalamualaikum & morning!

Memandangkan 2019 sudah pun melabuhkan tirai, saya nak kongsikan sedikit pasal apa yang saya dapat sepanjang tahun lepas. Mungkinlah tak berapa besar, tapi cukup bermakna pada saya. Saya punya level keyakinan terhadap diri & terhadap bisnes Mary Kay makin berkembang mekar, anyway tak nak feeling lebih-lebih masa intro so jom kita masuk😀

January 2019 - debut sebagai Future Ind. Sales Director. Rasa terharu sangat and tak percaya sebab dulu punyalah susah nak move up. Bila orang tanya macam mana saya buat, saya akan jawab benda sama je, ikut je apa yang mentor ajar Inshaallah dapat. 


Dapat pulak recognition atas stage masa Career Conference 2019, Alhamdulillah~

January 2019 - first time menjadi Queen of Sharing and sekaligus debut sebagai Future Ind. Sales Director. Allahu tak pernah terlintas langsung sebab dulu saya rasa sangat susah nak move up, apa lagi nak jadi Queen. Masa tu baru sedar yang kita ni sebenarnya boleh achieve apa pun yang kita nak, tapi tulah sendiri suka cakap tak boleh.


August 2019 - berjaya menjadi Queen of Sharing lagi sekali, time ni jugak saya tengah sibuk menjadi emcee untuk program SSALV.


Siapa pernah jadi emcee tahulah macam mana, bukan kerja yang udah. Especially SSALV merupakan event untuk directors, jadi expectation lebih tinggi. Yang train saya & partner masa tu pun pengarah program sendiri & kami punya national director. Nampak tak betapa pentingnya event SSALV tu. So memang tak boleh buat main-main.


Pengalaman sebagai emcee sangatlah menguji bagi saya, terutamanya dari segi masa. bayangkan saya kena ulang-alik dari Beranang ke PJ untuk rehearsal, and partner saya pulak masih bekerja and tinggal di Klang pulak so memang tak boleh nak jumpa selalu. Kami selalu video call je. At the same time saya kena juggle dengan kerja Mary Kay jugak. Balik malam, tidur rumah kawan tu benda biasa bagi saya. Mula-mula terfikir jugak kewarasan diri pi terima offer jadi emcee, tapi macam director saya cakaplah bila kita permudahkan orang lain, Allah akan permudahkan kita pulak. 

Saya paksa diri saya adapt dengan keadaan serba baru, terkejar-kejar and tak cukup tidur tu tak payah cakaplah. Sehari sebelum event and masa kami tengah final rehearsal, hari tu jugak saya kena settlekan tiga consultant baru punya registration, dengan keadaan line sendu siput (event dibuat dekat Janda Baik). Sampai menangis jugaklah sebab tak tahan stress sangat. Tapi Alhamdulillah semua okay je lepas tu, majlis berjalan dengan lancar and we did well as emcees walaupun at the end suara dah jadi macam Ella sikit (event full dari pagi sampai petang). Anyway pengalaman bulan Ogos sangat banyak mengajar saya, sebenarnya dalam apa jua keadaan pun kita masih bleh "make it work", bergantung pada semangat & keazaman kita. Jadi sejak tu saya memang tak bagi apa-apa alasan dekat diri sendiri. 

September & October 2019 - Queen of Team Production - saya ingat kan jadi Queen of Sharing dah cukup terkejut, rupanya jadi Queen of Team Production lagi terkezutttt. Like what? Seriouslyyy?? Speechless betul rasanya. But it's real. Banyak betul benda yang tak dipercayai berlaku sejak saya join Mary Kay.


November 2019 - Red Jacket University Convocation. Syahdu betul saya rasa sepanjang majlis sebab sebelum ni saya tengok orang lain yang sibuk berkonvo, saya pulak tak habis-habis "susahlah..." Dah fikir susah memang jadi susahlah deknon oiii... Saya sah buat entry khas pasal Red Jacket Convocation you all boleh refer dekat sini

Jadi itulah serba sedikit coretan saya mengenai special experience tahun 2019. It's real. Pertama kalinya dalam hidup saya bertemu dangan bisnes yang benar-benar memberi kepada saya. Sebab tu mash maintain tak curang dengan Mary Kay hihihi. Kalau you all teringin nak merasa kemanisan berbisnes dengan Mary Kay, boleh contact saya untuk saya bagitau caranya. Tapi takde lah saya nak janji confirm berjaya, saya cuma boleh cakap kita cuma confirm percaya bila kita confirm buat😏

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

Thursday, 2 January 2020

January 2020 Special


Assalamualaikum & Happy New Year!

Pejam celik pejam celik sekejap je kita masuk tahun baru kan. Rasa seram ingatkan umur sendiri hihihi. Dah siap-siap catat azam baru? Ada tak yang berazam nak jadi makin cantik untuk tahun 2020? Apa salahnya kan, selagi tak berlebih-lebihan. Jadi apa kata kita mulakan tahun baru dengan intai promo Mary Kay di abad 2020 ni😁

1. Mary Kay Honey Glow Finisher

Back by popular demand! Dulu sampai sold out dirembat orang Malaysia, berapa ramai jugak yang whatsapp saya lepas dah habis huhuhu. So Honey Glow Finisher ni sebenarnya adalah base makeup yang buat muka glowing and bagi effect glass skin. Ada spf 35++ lagi tau. Nak tahu lebih lanjut boleh refer posting sebelum ni, sila click Honey Glow Review

2. Mary Kay Replinishing Serum C
Serum botox ni bila bergabung dengan Activating Vitamin C Square makin meluap-luap dia punya effect tu. And seriously promo Serum C bulan ni lagilah buat kita panas punggung. nak muka glowing, pipi montok sampai naik lekuk (sila refer pipi si empunya badan di atas😁) and nak tegang memang patut grab promo ni.

For more info pasal Serum C boleh click Mary Kay Serum C
Untuk info pasal Activating C Square pulak boleh click Mary Kay Activating Square

3. Youthfinity Serum & Eye Cream

Fuhh ibu serum ni dia punya aura sampai lebih 19 kali tau kikiki. Youthfinity set ni merupakan set paling advanced dalam Mary Kay. And kalau jenis malas comor banyak-banyak serum cukuplah sekadar guna Youthfinity serum ni sebab dia punya kesan sangat hebat untuk meremajakan kulit and buatkan kulit glowing semulajadi. Main focus untuk memudakan, tapi banyak jugak benefit lain macam mencerahkan & melembapkan, kalau yang suka naik jerawat pun jadi kering jerawat tu. Nak tahu lebih pasal Youthfinity boleh refer Mary Kay Youthfinity

4. Mary Kay Semi Matte & Semi Shine Lipsticks

Benda berkembar katanya bulan ni, nak tau kenapa kenalah whatsapp saya hehehe. Bukan apa tapi memang tak boleh publish dekat sini.

5. Mary Kay Timewise 3D Foundation
Formula lebih advanced, tapi harga maintain. Nak muka nampak flawless tanpa risaukan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit? Here's your answer! More details sila click Timewise 3D Foundation

6. Mary Kay Blusher & Contour
                           
Semua mekap kekuaran terbaru Mary Kay memang sangat pigmented sebab guna chromafusion technology and colour tu lagi stay atas kulit. Untungnya contour & blusher ni kita boleh buat as eyeshadow jugak. Jimat ke jimat sangat?

Nak tahu dengan lebih details pasal promotion January boleh whatsapp saya tau atupun stalk instagram saya @dee.allydra. Sebelum saya lupa nak habaq lagi sekali Honey Glow Finisher tu limited edition, ikutkan pengalaman last year dalam berapa hari dah habis. Haa mai lekaih lagipun harga sangat affordable~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.