Wednesday, 30 May 2018

90 Days Satisfaction Guarantee

Pernah tak you all pergi kedai, beli barang lepas tu tak suka then nak pulang balik. Mau kena maki kan haha. Tapi dekat Mary Kay boleh, walaupun dah guna kita masih boleh tukar under 90 Days Satisfaction Guarantee. 

Biasa customer terkejut bila saya follow up and cakap if tak berkenan or ada masalah boleh tukar. Walaupun dah guna tau. Sebab Mary Kay sangat mementingkan kepuasan pengguna. Kalau beli foundation tiba-tiba rasa kelabu, boleh tukar dengan shade lain yang lebih gelap. Kalau tak berkenan dengan colour lipstick, boleh tukar dengan colour lain. Kalau guna skincare rasa tak sesuai, boleh tukar. 

Of course ada T&C kan. Barang yang nak ditukar mestilah kuantitinya tak kurang dari 1/4 penggunaan ataupun suku. Warranty valid dalam masa 3 bulan. Mesti simpan invoice atau receipt yang diberikan oleh beauty consultant. Proses dia sangat simple and sangat cepat. Semuanya demi customer tersayang.

Tapi dari pengalaman saya, takde lagi customer yang mintak tukar sebab kita dah consult elok-elok. Dah bagi cuba & rasa sendiri. Kalau yang jauh, kita minta details & product history kalau yang nak skincare. Tak kisah anda jauh atau dekat, beauty consultant yang beretika takkan mengabaikan anda.

Shopping with a free mind with me~


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Thursday, 24 May 2018

Let's Go Cruise!

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana saya berjaya bergelar sebagai Cruising Beyond Red achievers. Dapat tau berita baik ni masa hari Jumaat, time saya dalam kereta tengah keluar dengan kawan. Bergenang jugak lah air mata kegembiraan.


Nahh nampak tak nama saya yang sebesar hama tu๐Ÿ˜‚. Tapi happy jugak sebab first time nama masuk Applause - April edition


Ambik feel dulu~

.

.

.



.

So inilah cruise yang kami akan naik nanti - Superstar Libra Cruise

Tak sabar nak berendam saya dah siap-siap beli swimming suit muslimah tau


Ini jelah yang saya dapat share setakat ni lain-lain gambar kena tunggu pergi sana dulu. Sebenarnya sebak sebab dapat tahu achieve Cruise challenge ni sebab awal-awal saya banyak ketinggalan and macam dah takde harapan dah nak completelan challenge. Dari 6 bulan tempoh yang diberikan oleh Mary Kay, bulan ke-5 baru saya bangkit balik cuba usahakan Cruise challenge tu. Alhamdulillah berjaya.

And satu lagi sebab kenapa saya sangat sebak, saya ni dah 5 tahun tak melancong. Family memang jenis tak melancong and planning untuk melancong dengan kawan-kawan selalu tak menjadi sebab saya ni kedekut masa & kedekut duit haha. Tapi betul lah, duit & masa banyak dilabur & dileburkan dalam bisnes-bisnes yang gagal dahulu. Tapi sekali Allah balas dengan free trip atas cruise mewah dengan layanan 5 star. Syukur Alhamdulillah.

FYI, saya buat cruise challenge ni sebagai part timer sahaja. And kebanyakan yang achieve challenge ni dalam GB future area pun masih bekerja & buat Mary Kay sebagai sampingan sahaja. Takde alasan takde masa kalau kita betul-betul nak buat. Kalau anda berminat untuk buat Mary Kay sebagai bisnes sampingan ataupun full time, I'm here to help :).


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

The Duchess Look



Assalamualaikum & morning! Dekat dalam Mary Kay memang sentiasa morning supaya kita bersemangat je all the time. By the way, saya nak invite you all datang open makeup class yang dianjurkan oleh unit kami 29 May nanti, lokasi di Sri Kembangan. FREE je and you all wajib bawak muka๐Ÿ˜‚. Semua barang lain kita yang sediakan. Boleh ajak kawan-kawan tapi make sure contact saya dulu to reserve your seat.

Sebenarnya tak boleh move on lagi dari royal wedding depa berdua ni. Meghan was so simple yet so pretty. Jadi siapa yang nak feeling2 macam Kate & Meghan, bolehlah datang guest event kami time Hari Wesak nanti. Mana tau dah pandai mekap nanti tiba-tiba tersangkut anak raja๐Ÿ˜‚.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 23 May 2018

New Satin Body Yang Wow!

Assalamualaikum & morning semua!

Saya banyak cerita pasal muka je kan, so sebelum you all bosan saya beralih arah kejap haha. Jangan tak tahu Mary Kay ada keluarkan body series jugak and ada bermacam-macam produk utuk penjagaan tubuh badan tau. Tapi hari ni saya nak share pasal produk terbaru dari Mary Kay, Mary Kay Satin Body set.



Satin Body Set ni besar gedabak tau 192ml.

Dulu saya tak ambil pusing sangat nak jaga kulit badan. Tapi sekarang dah ada keinsafan nak buat kulit badan secantik kulit muka and lagipun senang sangat je guna Satin Body ni sebab boleh guna daily dalam bilik air. Jom tengok setiap satu item dalm Satin Body ni;


1. Indulgent Shea Wash


Shea Wash ni tekstur gel macam shower gel yang kita biasa pakai tu, tapi ebih intense mungkin sebab fungsi utamanya untuk melembap. Guna je macam sabun mandi biasa. Ada bau citrus & white tea yang menenangkan. Kulit takkan kering kontang bila guna Shea Wash ni. 


2. Revitalizing Shea Scrub



Shea Scrub pun sama macam Shea Wash, untuk daly use sebab tu scrub dia haluih ja. Yang ni bau dia lebih soft dari Shea Wash. Time scrub tu dia akna buang kulit mati & kuit kering dengan jayanya. Of course ada shea butter lepas tu ada pulak tanbahan minyak bunga matahari untuk melembap. 


3. Silkening Shea Lotion


Last sekali, Silkening Shea Lotion. Shea lotion ni ada vitamin E selain shea butter. Jadi kulit anda pasti akan bebas kekeringan bia guna Shea Lotion ni. Terbukti secara klinikal untuk mengekalkan kelembapan selama 24 jam. Saya suka guna lotion ni sebab dia sangat cepat meresap and tak rasa sticky. Bau soft citrus jugak jangan risau hidung you all takkan sakit pun.



Masalah bila guna Satin Body ni, kita akan jadi obses dengan tangan sendiri. Lepas tu suami pun obses sekali haha. Tak caya try. Sikit-sikit nak sentuh tangan sendiri sebab tak boleh move on dengan kelembutan & kehalusan tangan sendiri. Jadi sesiapa nak tangan selembut sutera and ada masalah kilit badan kering, sunburn & sebagainya, saya memang suggest guna Satin Body ni. Nak cuba dulu? Boleh, contact je saya hokayy :)

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Monday, 21 May 2018

A Memorable Day

Assalamualaikum & morning! Alhamdulillah masuk hari ke-5 berpuasa, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam. Btw, sebenarnya dah lama saya nak share pasal antara saat-saat terindah dalam Mary Kay tapi biasalah, kekangan masa. Malas nak bagi intro panjang-panjang jom kita jump to story terus.

Unit meeting kali ni juga dibuat sebagai Recognition & Celebration Day ahievers. Tema Glitters & Bling gittew~

Macam biasa akan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Director saya yang comel ni

 Haruslah belanja selfie satu ngeee~

Ada game pemanas badan dulu tau, basically game ni untuk menguji daya fokus diri kita


Sharing from mentors, tips & tricks for online business. Banyak sangat dapat input berguna ecspecially yang buat bisnes Mary Kay sambil bekerja, memang banyak bergantung keada online medium. 


Dah start dah upaca penyampaian hadiah untuk acheievers yang on track Ladder of Success

Saya pun dapat jugak hee~


Inialah moment terindah saya bersama Mary Kay, bila di'crown'kan sebagai Queen of Personal Sales

Video sharing dari saya - always put Allah first๐Ÿ˜ƒ

Welfie satu kaleyy sebelum balik. Sebelum tu lunch sama-sama dekat Secret Recipe๐Ÿ˜‹

Ahamdulillah one of my dreams come true. Dulu saya tak pernah terfikir yang diri ini berpeluang menjadi Queen, tak pernah terfikir pun akan mencecah Emerald (the highest level in Ladder of Success) walaupun sekadar on track. Mary Kay betul-betul buat saya rasa "alive" dengan impian, percaya apa yang kita mahu. Bila orang tanya apa rahsia saya saya sampai jadi Queen, saya akan cakap "takde rahsia pun". Just ikut apa yang diajar. Ilmu dalam Mary Kay mengalir seperti air deras, that's why I stay with Mary Kay๐Ÿ’“.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 18 May 2018

My Skin Journey

Assalaualaikum & morning!

.

Alhamdulillah dah menjelang hari ke-3 kita berpuasa. Entry hari ini sebenarnya adalah untuk memenuhi request BC saya yang tanya pasal skin journey saya. Lepas tu saya terfikir, why not share dengan orang lain jugak kan. Jadi saya dah gigih korek gambar lama, compile dan buat editing dengan insta story, so biarkan gambar berbicara๐Ÿ˜.














.


.


Nak tengok muka selepas??

.

.

.

.










Gambar terbaru diambil - muka memang tak sempurna tapi suka skin texture dah banyak perubahan

So basically itu apa yang saya dapat dalam tempoh sethun berMary Kay. Mary Kay tak pernah janji cantik dalam masa 7 hari. Nak kulit cantik memang take time, ecspecially kalau nak improve skin texture. Kalau setakat nak mencerah balik ke kulit asal mungkin boleh dalam masa 2 minggu. Perlukan advise untuk kulit anda? Saya sedia membantu๐Ÿ˜ƒ.

To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Wednesday, 16 May 2018

Skincare Class di Putrajaya

Alkisahlah 4 May hari tu, kami mendapat invitation untuk buat Basic Makeup Clas dengan secretaries yang gorgeous sempena Bengkel Pembinaan Imej Setiausaha Berkaliber. Hari tu hari yang agak mencabar jugak sebenarnya sebab last-last minute tiba-tiba BC saya tak dapat join sebab ada kematian. We all dahlah cukup-cukup je. Bila sampai pulak dugaan lagi, dah jumpa bangunan Kementerian Pembangunan Wanita tapi bila nak nak cari parking tu fuhhh...dahsyat betul. Kena pusing bulatan Kayangan, lepastu lintas traffic light then lalu jalan kecil antara bangunan peguam dengan apa entah lupa dah nama satu bangunan lagi tu. And bukan saya sorang saja tapi most of the consultants yang datang hari tu sesat. Last-last terjumpa dengan lawan unit saya, Anna and kami plan drive beriringan and tanya-tanya orang. Finally jumpa pun tempat parking tapi masuk dalam basement tu berpusing lagi nak cari parking yang untuk Kementerian Pembangunan Wanita, kakak RELA suruh cari parking yang colour purple sebab basement tu gabungkan parking 3 bangunan serentak. Dahsyat kan? Dalam rasa renyah tu terselit kekaguman dekat infrastruktur Putrajaya. 

Haa nilah saya hari tu beranikan diri pakai tudung jenis macam ni sebab dulu rasa tembam

Segala harta karun yang diangkut setiap kali ada skincare / makeup class


Salah seorang consultant unit kami, Kak Zira yang dah mencecah 29 tahun wow~

Kak Norish (Red Jacket) ni dah masuk 41 tahun woww~


Dengan guest saya yang seramai 7 orang (ada tak sempat bergambar). Mula2 nak engsan jugak handle 7 orang sebab kan BC saya tak dapat datang tapi Alhamdulillah, everything went well.

Dengan sebahagian sisters Glamorous Bee yang sama-sama sesat hari tu๐Ÿ˜‚

Sebab background cantik kan, haruslah kita ambil gambar banyak2 hokss

Overally, memang hari yang memenatkan lagi-lagi makeup class start pukul 3.00 pm. Tapi semua tu akan terbayar bila saya tengok excitednya muka guests bila nampak muka dah berubah, ecpecially yang jarang melawa. Jadi siapa yang beminat nak join skincare atau pun basic makeup class, jangan malu-malu untuk contact i. Kita ajar macam mana nak cantik dengan mudah.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc