Monday, 10 September 2018

New Mary Kay Timewise 3D

Jeng jeng jeng...

.


Mary Kay buat surprise lagi:scream:. Tapi tak berapa nak surprise lah hehehe. Sekarang Timewise Miracle set bakal digantikan dengan Timewise Miracle 3D, dengan formulation yang lebih hebat! So hari ni kita belajar pasal Timewise 3D ya murid-murid.





Jadi perbezaan yang paling ketara of course lah packaging dia. Timewise 3D baru ni sangatlah cute, pastel colour gituuu. Bukan makeup je yang trend pastel colour sekarang, skincare pun nak jugak:grin:.




Sebelum ni saya memang buat satu entry pasal Timewise Miracle Set sini. Amd sama jugak macam dulu, Timewise 3D ni ada 2 formula - Normal to Dry & Combination to Oily. Refer jenis kulit kepada beauty consultant anda ataupun pada saya jika anda masih belum mempunyai beauty consultant.

Kenapa dipanggil Timewise Miracle 3D?



Defend, Delay & Deliver

1. Defend
Timewise 3D bantu untuk protect kulit kita dari dua faktor yang paling banyak menyumbang kepada penuaan, which is UV Ray & free radical (radikal bebas).

Free Radical - dari persekitaran macam asap rokok, air pollution, cuaca panas, radiation, bahan kikia di tempat kerja, haba, etc.

UV Ray - dari cahaya mafahari, electronic device smart phone, computer, tv, etc

2. Delay

Melambatkan proses penuaan, takdelah umur 30 nampak macam 40 tahun huhuhu.

3. Deliver
Dapat tengok result dalam masa 12 minggu tapi sebenarnya pakai dua bulan pun dah nampak kesan tau.


Director saya punya kulit, belah kiri tu dua bulan lepas dia scan, and belah kanan gambar bulan ni. Memang dia kata kedut & garis halus macam dalam gambar belah kiri dah banyak kurang. Kulit jadi makin smooth anddd, makin cerah! Oh ya untuk Director memang ada skin analysis device, untuk beauty consultant macam saya Inshaalah boleh dapat Skin Analysis device tu untuk scan kulit you all.


Apa benefit Timewise 3D ni?

Haa benefit dia ada dalam ingredients. Jom tengok top 3 most powerful ingredients in Timewise 3D.

                            
1. Encapsulated Resveratrol
Resveratrol ni berfungsi untuk release anti-oxidant, tapi beza Resveratrol dalam Timewise ni berbeza dengan normal Resveratrol normal Resveratrol akan release anti-oxidant sekaligus, tapi untuk Encapsulated Resveratrol dia akan release anti-oxidant sikit-sikit jadi antioxidant dalam kulit tahan lebih lama, and akan protect kulit kita dalam tempoh masa yang panjang.

2. Vitamin B3
Yang ni kita panggil super lower dalam skin brightening. Function dia untuk mencerah, pudarkan dan menghalang pigmentation, sekatakan kulit.

3. Age Defying Peptide
Sejenis protein untuk support collagen and buat kulit jadi lebih elastic & lebih firm.

Dulu 3 in 1 Cleanser, kenapa sekarang 4 in 1 cleanser?

Sebab Timewise 3D cleanser ni ada 4 function;

-Cleanse
-Freshen
-Exfoliate
-Brightening

Wow dalam cleanser pun ada brightening function tau. Hebat ke hebat sangat?

Age minimize 3D Day Cream SPF30

Age Minimize 3D Night Cream

Age Minimize 3D Eye Cream - testimoni salah seorang beauty consultant kami

Simple je step dia, siang pakai cleanser, day cream & eye cream. Malam pulak pakai cleanser, night cream & eye cream. Wow pakai 3 item je rupanya dalam satu-satu masa.


Untuk pembelian pada bulan ni you all berpeluang dapat exclusive box & pouch tau๐Ÿ˜

Jadi itulah dia secara ringkas (eh ringkas ke) mengenai keluaran terbaru dari Mary Kay, Timewise Miracle 3D. Memang miracle kan. Kalau you all berminat untuk dapatkan konsultasi kulit dengan saya, yang sesuai dgn keperluan & kehendak kulit, and budget, boleh contact saya untuk saya bantu. Inshaallah kita guide sampai cantik.:blush

Updated, pakai Mary Kay Timewise 3D naik jerawat?? Sebab ramai yang whatsapp saya & tanya mengenai masalah ni, jadi saya akan share kenapa muka boleh breakout bila guna Timewise 3D.

1. Kulit Muka Belum Bersedia
Timewise 3D ni banyak ingredient anti-aging, jadi dia kira advanced set. Ada orang yang takde hal terus proceed pakai advanced skincare, tapi ada orang yang skin dia kena lemah lembut, kena start dengan yang basic dulu contohnya macam Botanical Effects.

2. Pernah Ada History Menggunakan High Chemical Product
Ni satu hal, kalau pernah terguna produk penggelupasan yang banyak chemical berbahaya, kita memang tak boleh pakai Timewise 3D terus. Sebaliknya kena strat dengan treatment untuk merawat kulit wajah & buang sisa kimia berbahaya. Saya ada share dengan detailed dekat sini.

3. Salah Pilh Formula
Timewise 3D ada formula Normal to Dry & Combination to Oily. Dekat sini saya nak maklumkan yang contohnya kalau kita kulit combination, tapi kita still akan advise untuk ambik cleanser Normal to Dry sebab cleanser Combination to Oily agak kuat dan boleh buat kulit wajah rasa terlalu tegang. Tapi kalau anda refer dekat beauty consultant yang bertauliah, sure takkan jadi masalah.

4. Tidak Membeli Dari Beauty Consultant Bertauliah
Beli dekat Shoppee, Lazada, Carousell & yang sewaktu dengannya, FYI kami memang tak dibenarkan menjual di shopping apps kerana kita perlu bagi consultation and perform two ways communication dengan customer. Naya kalau you all salah beli produk, duit melayang hasil takdak. Saya akan explain dengan lebih lanjut di bawah.



.

.

.


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Friday, 31 August 2018

Pelembap Muka


Cuba bayangkan kalau kita makan tanpa minum air, mau tersedak kan. Macam tu lah jugak kalau skincare regime kita tak mempunyai moisturiser. Tak complete. Moisturiser ni antara item yang wajib selepas cleanser. Sayang kalau guna skincare item yang harga sampai beribu tapi takde moisturizer, sebab semua baja muka yang kita letak dekat muka kita, cuma akan berkesan dengan kehadiran lembapan. Ibaratnya macam kita letak baja dekat pokok bunga, tapi kalau  tak siram pun takkan hidup kan. Jadi hari ni saya nak explain pasal setiap moisturizer dalam Mary Kay and function depa secara ringkas.


1. Botanical Effects Hydrate
Pelembap yang paling mild - untuk merawat & menyihatkan kulit. Ada 3 formula, Formula 1 untuk kulit kering, Formula 2 untuk kulit kombinasi, Formula 3 untuk kulit berminyak. Sesuai untuk si muda belia ataupun yang nak start dengan Mary Kay secara basic.

2. Oil Free Hydrating Gel
Khas untuk kulit kombinasi / berminyak. My favorite! Khas untuk control pengeluaran minyak di wajah & merawat kulit akibat penggunaan kimia berbahaya. Highly reccomended untuk kulit sensitif. Mengecutkan jerawwat and meredakan radang merah-merah.

3. Intense Moisturizing Cream

Sama function macam Oil Free Hydrating Gel cuma bezanya dia untuk kulit kering.

4. Melacep Ultimate Cream


Apa-apa yang bernama Melacep tak lain tak bukan memang untuk mencerahkan. Dibuat di Korea yang ada advanced technology dalam skin brightening. Tekstur dia cepat diserap kulit and buat kulit jadi lebih jernih. 79% mengatakan nampak kulit semakin cerah, 90% pulak kata nampak perubahan dekat tekstur kulit. Thanks to Melacep Ultimate Cream.

5. Botanical Effects evolution - Moisturizing Lotion SPF30


Untuk adik-adik berumur 12 - 23 tahun. Saya suka tekstur gel dia sangat mudah meresap lepas tu wangi bau buah naga. Bagi protection dekat kulit selama 12 jam.

6. Clearproof Oil Free Moisturizer    
                              
Khas untuk kulit berjerawat & berminyak. Clearproof ni memang formulated untuk kulit berjerawat, jadi step paling penting untuk mengelakkan penumbuhan jerawat mestilah oil control, jadi Clearproof moisturizer ni memang takkan rasa greasy.

7. MKMen Advanced Facial Hydrator SPF 30



Moisturiser untuk cik abnag sayang. Yang perempuan jangan gatai nak pakai sebab MKMen memang diformulasi khas untuk kulit lelaki yang lebih tebal & berminyak. Melembap sehingga 10 jam, control minyak dengan efektifnya di samping mengurangkan kedutan & garis halus.

8. Timewise Age Fighting Moisturiser



Anti aging formula untuk yang berusia 23 tahun ke atas. Ada dua formula, Normal to Dry & Combination to Oily. Mencerah, menghalus, menegang - itulah Timewise. Selepas umur kita mencecah 23 tahun, sebenarnya kulit kita dah ada tanda-tanda penuaan yang kita tak nampak, and penuaan tu berlaku hari-hari tau, sebab tu pentingnya ada anti-aging dalam skincare regime kita.

9. Timewise Repair Volufirm Day Cream & Night Treatment



Advanced anti-aging formula untuk yang berumur 30 tahun ke atas. Sebenarnya content dia sangat berat tau which is 48g, saya ingat lagi bila ada customer beli jenuh saya nak muatkan dua-dua Day & Night cream dalam paper bag. Night Cream memounyai retinol yang sgt berkesan untuk membuang kedutan & sekatakan tona kulit, tapi kena make sure siang tu kita pakai SPF30.

Jadi itulah secara ringkas fuction setiap moisturiser dalam Mary Kay. You all boleh refer kepada beauty consultant ataupun pada saya untuk yang masih belum mempunyai beauty consultant. Tak perlu pening-pening nak pilih sebab itulah tanggungjawab saya, untuk berikan yang terbaik buat anda & kulit anda. 


To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Tuesday, 28 August 2018

Cara Nak Move On


Assalamualaikum & morning!

Hari ni nak share pasal somehing special – macam mana nak move on setelah dikecewakan. Hehehe bukan apa sebab kalau heartbroken ni dibiarkan melarat, tak bergerak kita ni. Jadi hari ni saya nak share tips mudah untuk move on~

1. Menangis Sepuasnya



Tears doesn't simplify weakness. Anda tak lemah kerana menangis. Luahkan, luahkan sampai puas. Jangan tahan-tahan, let it go, let it go~ Eh ternyanyi pulak. Betul lah, sebab menangis pun terapi jugak sebenarnya. Cuma jangan menangis dekat tempat public pulak hehehe. Inshaaallah akan rasa lega lepas tu.

2. Layan Movie Kelakar



Yang ni best, and senang. Bukak youtube pun boleh. Seriously layan movie lucu ni boleh pulihkan mood dalam kadar segera tau. Movie lucu yang saya sarankan? Mestilah Pee Mak - komedi seram dari Thailand. I bet most of you dah pernah tengok hahaha memang tak kering gusi kan. Siapa yang belum tengok sila tengok sekarang! Sedikit tambahan info, ketawa dapat mengurangkan stress, menenangkan minda & otot kita, meningkatkan imun badan woww & mengawal tekanan darah tinggi.

3. Makanan  Manis



Tips ni memang membantu walaupun agak memudaratkan hahaha. Earlier stage maybe kita tak lalu makan lagi, tapi boleh dipraktikkan bila keadaan kita dah bertambah baik. Kajian mengatakan bahawa makanan bergula dapat mengurangkan stress level, tapi tak proven lah. Sikit takpe, just to give you a sense of life gitteww~ Kalau ambil berlebihan nanti berat naik jangan salahkan saya pulak, nak move on punya pasal kan hehehe.


4. Bercakap Dengan Kawan



Pilih sorang atau beberapa kawan yang kita percaya, then share lah apa yang anda lalui dengan dia. Bercakap tu penting, jangan biarkan terbuku di hati nanti lagi parah. If you have a group of suport, lagi bagus. Yang penting, kita pilih kawan yang selesa untuk berkongsi & mendengar. Kalau dapat kawan yang jenis kelakar mcm Johan lagi cepat move on kihkihkih.

5. Dress Up & Make Up

Kenapa kena bergaya? Sebab nak cari pengganti ke? Idokk la ya, tapi sebab bila kita bergaya, akan dapat meningkatkan mood diri kita. Pick your best outfit, tudung yang sesuai and of course, light makeup. Yelah bayangkan kalau diri ni tengah stress, tengok cermin pulak muka Kak Limah huh makin bertambah-tambah stress dia. Tak semestinya beli yang mahal, beli yang ikut kemampuan pun boleh nampak cantik if kena gaya.

6. Ke Luar

Kalau asyik terperuk and melayan perasaan dalam bilik, bilanya nak move on. Sebab tu kena ambik udara luar jugak. Tak kisah you all jenis macam mana, suka naik kereta ke, suka naik basikal ke, suka naik kaki ke but pleaseee, keluar. Go outside. Saya suka bersiar-siar naik kereta tak kisah lah samada saya sendiri yang drive ataupun orang lain drive. Tapi bila sesat tak jumpa jalan tu dah mengundang stress. Berjalan-jalan & menikmati pemandangan luar pun satu terapi untuk kita. Tak semestinya kena pergi pantai, cukuplah sekadar keluar pergi taman permainan kalau anda memang takde masa. 

7. Bersenam


Bersenam tak semestinya pergi gym angkat berat sampai tumbuh 6 packs. Kalau you all  bukan kaki gym macam saya, cukuplah buat yang ringan-ringan macam jogging, kayuh basikal, panjat bukit (eh ringan ke ni). Macam saya, saya suka zumba ataupun aerobic. Bila buat ramai-ramai ni rasa ejap je masa berjalan. Tak kisah you all nak buat apa pun, asalkan buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila kita bersenam, badan kita akan mengalirkan hormon adrenalin yang buat kita lebih tenang & rasional. Barulah cepat move on kan hihihi~

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya hari ni. Sebenarnya untuk move on tak semestinya bila break up je, tapi bila kita mengalami kegagalan, bad day, benda dirancang tak jadi, kecewa dgn prestasi dalam pelejaran / pekerjaan, you all boleh apply tips-tips ni untuk rasa lebih positif. Anddd, orang kata save the best for the last kan. Tips yang terakhir ni, hasil dari perkongsian usahawan terkenal, Carl Samsudin, memang sangat memberi kesan pada saya. Nak tahu kenapa? Silakan baca dan hadamkan :).

.


.


.








Picture credit to : Carl Samsudin


Tuesday, 21 August 2018

Beauty Consultant Kena Pandai Mekap?

"Dilla bolehlah dilla pandai mekap, saya tak pandai mekap macam mana nak menjual.."

Tahukah anda saya mulakan bisnes Mary Kay dlm keadaan tangan menggigil pegang brush. Noob betul pasal mekap dulu cuma kenal bedak, brush, blusher, lipstick. Concealer pun tak pandai nak sebut๐Ÿ˜‚. Kadang2 datang mood nak mekap pergilah Watson / Guardian tp bila pakai jadi lagi bughok sbb apply skill main hentam je.

Dulu saya bodoh sombong, tak nak belajar mekap sebab rasa yg kita ni beauty consultant, bukan makeup artist. Tapi hati saya terjentik nak belajar bila tengok kawan2 sebaya gila layan makeup tutorial, so saya nak belajar supaya dapat cantikkan orang lain. Jadi dari situ saya attend class yang dianjurkan Director, ada basic makeup class, ada advanced makeup. Pergi jelah sebab free kan, sayang woo kalau tak pi. Lepas tu saya practise hari demi hari. Menangis jugaklah nak bagi kening tu jadi. Taktaulah berapa banyak pensel kening jadi korban๐Ÿคฃ.

Bukan sekelip mata nak bagi tangan ni lembut. Tapi saya untung, sebab dapat belajar mekap secara percuma secara berkala. Bab barang mekap pulak, Alhamdulillah penjimatan sbg beauty consultant tak merabakkan poket saya. Kalau tak takdelah boleh buat muzium mekap, foundation ada 5 shades, cc cream 4 shades, blusher ada 7 jenis, lipstick mmg takyah cerita lah๐Ÿ˜‚. And banyaaakkk lagi.

Dengan skill tak seberapa ni, saya dapat ajar orang makeup. Saya sendiri pun boleh makeover diri sendiri dah tak payah mintak tolong orang lain. And tanpa disangka-sangka, ada jugak yg mintak service makeup dari saya and tiba-tiba ehhh, dapat duit tepi lagi. Saya tak pernah announce diri saya sbg MUA, tak pernah advertise kata saya ada sediakan service mengandam, saya cuma offer utk buat free basic makeup class. Tak sangka ada jugak org sudi nak mintak kita mekapkan๐Ÿคญ. Terkejut lah jugak, sebab saya belajar mekap secara percuma je tiba2 dpt bayaran sebab mekapkan orang.

Suka tak kalau kita dapat belajar mekap for free lepas tu tiba2 ada orang cari kita and nak bayar kita utk mekapkan dia? Nak sembang? ๐Ÿ˜









To contact me, please click๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Sunday, 19 August 2018

Macam Mana Nak Cantik




Assalamualaikum & morning!

Hari ni saya terlebih rajin nak share cara jadi cantik tanpa buat plastic surgery. Allah S.W.T dah ciptakan makhluknya cantik-cantik belaka, terserah kepada kita nak jaga pemberian DIA macam mana. Jadi hari ni saya akan share tips untuk self-groom supaya you all selalu nampak presentable kepada mata yang memandang.

.

.




1. Pemilihan Pakaian Yang Sesuai


Picture credit to Pinterest

Pemilihan pakai sangat-sangat penting dan merupakan elemen yang terbesar dalam penmpilan kita. Jadi dekat sini saya nak share cara untuk kenal pasti jenis bentuk badan kita:

Neat Hourglass - bentuk badan ideal. Dada, pinggang & punggung yang kemas & cantik terletak. Yang ni takde masalah nak pakai baju apa pun huntunglaaa..

Adriana Lima - neat hourglass body yang jadi dambaan setiap wanita. Actually inilah gambar dia yang paling "sopan" yang saya dapat hahaha.

Full Hourglass - dada besar, pinggang kecil, punggung & paha besar. Inilah badan saya and untuk badan macam ni, saya selalu pakai baju labuh menutupi punggung & paha. Kalau baju tu singkat pun, saya akan pakai inner dalam yang labuh jugak. Almaklumlah nak cover kawasan bermasalah. Untuk bahagian dada, silap port boleh nampak saya macam berbidang besar, so saya memang selalu labuhkan tudung ke paras dada selain sebab tuntutan agama juga :).



Kalau skirt tu tinggi nampak nampak macam kita tinggi. Saya ni kategori tak cukup ketinggian jugak sebenarnya hehe. Posing silang kaki tu memang favourite untuk sorokkan paha drumstick.

Cara Nak Bergaya
Baju ni senteng so saya gabungkan dengan inner labuh sama colour di dalamnya. Sebab nak elakkan saya nampak bidang, saya memang elakkan pos berpeluk tubuh, rapatkan bahu, pandangan sisi sebaliknya saya selalu buat macam cekak pinggan, gayakan handbag atau apa2 sajalah style yang tak rapatkan bahu and nampakkan saya besar di atas.

Apa yang jadi kalau saya pakai baju yang tak sesuai? 

.

.

.


Macam nilah jadinya hahaha. Nampak tak saya kelihatan besar. Bahu besar macam saya sepatutnya kena pakai fabric yang lembut & flowy, kalau jenis kain keras macm ni nampak agak sado. Sebenarnya ni uniform Mary Kay, mula-mula saya ambil size S tapi lepas tu tukar ke M sebab size S muat, tapi agak seksi and kita malu hehe. Baju ni juga singkat untuk badan full hourglass macam saya, so nampak kan kelebaran dekat bawah tu. Takpelah saya sabar je sebab nanti nak bertukar ke blue suit (Director's suit). Doakan saya ya.

3. Apple - garisan bahu yang melengkung / membulat, dada yang penuh, bahagian tengah yang kelihatan bulat & biasanya kaki yang tak besar sangat. Untuk badan jenis Apple, cari pakaian yang kelihatan enurun or jatuh ke bawah contohnya jenis yang flowy ataupun bercorak garisan menegak. Sangat digalakkan pakai dress atau blouse yang mempunyai waistline di tengah. 
Picture credit to Pinterest

4. Pear - kecil di atas, besar di bawah. Styling tips ni lebih kurang macam full hourglass cuma bentuk badan pear kena lebih berhati-hati untuk balancekan frame anda. Baju labuh menutupi punggung, tapi "beratkan" di bahagian atas. Digalakkan ambil blouse bercorak melintang, high neck  atau padankan dengan jaket. Buat yang berhijab, mungkin boleh pakai yang style rambu-ramba sikit. Skirt kembang atau flowy sangat sesuai, elakkan skirt fit fitting macam mermaid skirt.

Picture credit to Google

5. Inverted Triangle - atas besar, bawah kecil. Macam bentuk segitiga tu. In this case, beratkan di bahagian bawah. Untuk badan macam ni, sepatutnya  pakai baju yang beri ilusi slim pada bahagian atas. Elakkan pakaian bercorak yang heavy. Untuk seluar, cari loose cutting atau padankan dengan skirt kembang untuk balancekan bahagian kaki yang kecil dengan bahagian atas badan. Labuhkan hijab hingga ke dada and elakkan penggayaan tudung yang terlalu sarat sebab kita nak sorokkan bahu bidang. 

Picture credit to Pinterest

Lean Column - badan nampak flat and tak berbentuk sangat. Badan kurus. Okay untuk jenis badan Lean Column, cari baju yang ada femininine cutting. Seeloknya two pieces style, jangan ambil yang straight cutting. Kalau nak pakai one piece dress, pilih yang ada waistline untuk tonjolkan bodu cutting & membentuk pemisah antara bahagian atas & bawah. Pemakaian belt juga sangat membantu untuk cipta ilusi bentuk badan.

Picture credit to Pinterest. Tak banyak contoh dari internet untuk Lean Colum tapi lebih kurang macam ni lah style dia. Advisable untuk pakai corak & aksesori yang heavy. 


Rectangle - badan yang lebar & straight. Kalau yang ni, memang kena highight dekat waistline. Elakkan corak yang sarat. 
Picture credit to Pinterest. perasan tak semua baju dia bagi nampak pinggang kita lebih kecil. 


Wahh panjang betul explaination untuk pemakaian je kan. Saya tambah sikit points lain yang saya akan eloborate dalam entry akan datang Inshaallah.

2. Regimen Penjagaan Kulit Yang Lengkap

Penjagaan kulit pun tak kurang pentingnya. Kita kena ada complete skincare regime supaya kulit sihat & cantik. Basic dalam skincare ialah cleanser, toner, mask / scrub & moisturiser. And wajib pakai SPF untuk protection kalau tak nanti kulit jadi gelap, naik jeragat & cepat berkedut huhuhu. Saya sebelum ni pun ambil mudah je bab-bab penjagaan muka sampailah bila muka burn teruk baru insaf. 

3. Basic Makeup

Makeup bukan untuk ubah muka kita jadi orang lain, tapi untuk enhance kecantikan yang ALlah bagi. Basic makeup ni termasuk kening, eyeshadow basic colour, mascara, blusher, foundation, lipstick. Paling-paling basic mestilah foundation, kalau dah mals sangat pun saya akan sapu foudation and lipstick je. Berbalik pada tips nombor 3, kalau kulit anda dah lawa tak perlu mekap tebal pun. 


So basically itulah tiga tips mudah untuk jadi cantik. Tak perlu bergaya mahal-mahal je kalau kena gaya & sesuai, nailah seri you all. Tudung bawal RM10 pun boleh buat kita nampak lawa. Kalau takde masa nak iron baju, boleh beli semua ironless top to toe hahaha. Kalau takde masa untuk mekap, tengok balik tips no 3 5 minit pun dah siap. Penampilan diri sangat penting. Penampilan diri akan menentukan perception orang lain terhadap diri kita and yang paling penting, perception kita terhadap diri sendiri jugak. Semoga tips yang saya share hari ni sedikit sebanyak dapat membantu you all :).