Thursday 5 July 2012

Puteri Beradu, Tersurat dan Tersirat




Anda tertanya-tanya tak kenapa aku pilih nama Puteri Beradu? Aku yang kerdil ini bukanlah berketurunan kerabat raja ataupun yg seumpamanya. Memang tak ada gelaran langsung pada pangkal nama sebenar empunya diri. Nak kata minat sleeping beauty, masa kecik-kecik dulu minatlah. Tpi seingat aku lagi suka cinderella. Sampai bergaduh dengan adik yang mana lagi cantik, cinderella atau sleeping beauty. Hahaha..Sebenarnya sleeping beauty adalah gelaran yang diberikan housemates  ketika berada dalam semester satu pengajian tahun pertama. Tapi telah dimodified sikit jadi Sleeping x Beauty. Hehe..Nama tu diberikan sempena tabiat aku yang sangat kuat tido dan masih tak berubah sampai sekarang. Sekarang dah pun habis belajar tapi selalu jugak senyum sorang-sorang bila teringat kenangan lama. Hehehe. Aku sebenarnya  sedih hari ni sebab salah seorang peserta Imam Muda pasti akan disingkirkan. Mudir dah bagi amaran keras dalam episod lepas. Puteri suka semua imam muda and aku taknak sapa-sapa pun pergi. Tapi itulah realiti. Walau siapa pun tersingkir puteri harap dia akan tetap meneruskan perjuangan dakwah setelah keluar dari Akademi Imam Muda. Amin..
Hensem-hensem kan imam muda musim 3. Akhlak pun terpuji Insyaalah.



No comments:

Post a Comment