Saturday 2 August 2014

Pretty Olivias


Lumrah manusia sukakan kecantikan termasuklah saya. Suka sangat tengok girls yang cantik-cantik rasa nak pandang je lama-lama. In fact, saya lagi suka tengok perempuan cantik dari lelaki handsome. Bcoz women have so much aesthetics features. Lagipun saya selalu blushing kalau tengok lelaki handsome and risau orang perasan saya tengah usha si polan tu. Hehehe. Saya suka tengok muka girls yang lembut macam Diana Danielle, Emma Maembong & Lisa Surihani. Tapi ada dua orang celebrity barat yang saya sangat kagumi kecantikan mereka. Dan kedua-dua mereka bernama Olivia.

1. Olivia Donaldson



Olivia Donaldson yang comey lote ni merupakan pemenang The Face Australia yang pertama. Kepada yang tak tahu The Face ialah rancangan realiti ala-ala America's Next Top Model. Bezanya semua model-model baru ni akan diassigned under tiga mentor berbeza. At the end of the day, mentor kepada winning team akan diberi kuasa veto untuk menyingkirkan peserta dari team lain. Saya memang suka  tengok Olivia dari awal lagi. Muka dia kan ayu dan lembut gitu. Saya takdela tengok semua episod The Face sebab lepas masuk u saya memang latih diri saya not too attached to tv. Tapi semua episod yang saya tengok memang nampak Olivia ni behave la, bukan perangai entah apa-apa. Walaupun saya suka dia tapi tak expect pun dia menang. Sebab dia punya performance okay tapi takdela sampai excellent. And dia banyak ditegur oleh mentor sebab suka sangat tonjolkan sex appeal yang berlebihan masa photoshoot dan perangai dia yang suka bukak tutup mulut masa catwalk. Mungkin dia menyerlah saat-saat akhir. Saya pun dah berapa episod missed. Cantik betul ke cantik tipu? Setakat ni saya tak jumpa lagi statement yang mengatakan Olivia ni buat plastic surgery tapi tak tau la kan. Tapi saya rasa tak sebab kalau uolls tengok muka dia memang cantik tapi bukan cantik yang terlampau perfect. She got flaw u see. Tapi muka dia time makeup and tak makeup tak banyak sangat beza. Jom kita belek lagi kecantikan adik maneh berumur 20 tahun ni.


Final Night. Gaun dia cantik but not my taste. Tapi saya suka sangat dia punya hairstyle dengan messy updo tu Sorry kena cover sebab nampak b***s.
Bersama mentor Cheyenne Tozi

Dapat kiss dari mentor lepas menang The Face. I pun nak kiss dia jugak.
2. Olivia Culpo




Olivia lagi satu ni pula bolehlah nak kata on the line dengan Olivia Donaldson jugak, sebab dia Miss Universe. Jadi of couse la kerja depa berposing bercatwalk memanjang. Mula-mula iolls tengok dia rasa biasa jea. Maybe bcoz of the heavy makeup yang buat muka dia nampak lagi tua. Tapi bila tengok video dia fuhh speechless terus. Kulit dia glowing and kemerahan macam Emma Maembong. Serious cantik gila. Tapi apa yang pasti she's all natural. Memang Miss Universe Organization membenarkan plastic surgery terhadap peserta mereka but she's not one of those who went under the knife. 

Final Night. Suka sangat dengan gaun bertemakan Christmas ni. Banyak layer di bahagian bawah.

Boleh main kibas-kibas kau
During preliminary competition. Lagi suka updo yang ni dari yang final night punya updo.

Walaupun saya suka dengan Olivia sampai stalk habis instagram dia, tak bermakna saya setuju dengan kemenangan dia. Dia menang Miss Universe 2012 sebagai wakil USA and 'kebetulan' time dia menang tu Miss Universe competion dibuat di home country dia, USA kat Las Vegas. Performance dia sangatlah biasa jea, masa evening gown competition dia tersadung sikit tapi takdelah sampai jatuh. Swimsuit competition pun takde nak bagi kita wow. Tapi paling teruk time final question. Memang dia tak gagap tak speechless tapi jawapan dia agak ke laut.

"What is something that you have done, that you will never do again?"

Jawapan beliau "First I'd like to start off by saying that every experience, no matter what it is, good or bad, you'll learn from it. That's just life. But something I've done that I've probably regretted would be picking on my siblings growing up because you appreciate them so much more when you're older, you get closer with your family. Everybody fights with their siblings, right?! But I don't regret it."

Ramai yang membantah kemenangan Olivia. Dah terang lagi bersuluh kemenangan yang dirancang sebab USA dah lima belas tahun tak menang Miss Universe padahal dialah organiser MUO. USA yang organise MUO dan USA jugaklah negara yang paling banyak melahirkan Miss Universe dengan lapan pemenang setakat ni. Hmmmm...... berpalik kepada Olivia, satu lagi perkara yang buat kemenangan dia nampak teruk ialah dia punya first runner up or pemenang tempat kedua, Janine Tugonon. Janine Togonon Miss Phillipines memang fierce dan memberi saingan terhebat  dalam semua kategori. Cara dia buat appearence masa evening gown competition memang menarik dan berbeza. Dan orang paling tak boleh lupa jawapan dia masa Q&A round.

"As an international ambassador, do you think that speaking English should be a prerequisite for Miss Universe? Why or why not?"


Jawapan beliau, "For me Miss Universe is not about being able to speak a particular language, it's about being able to influence and inspire other people. No matter what language you have as long as you have a heart to serve and a strong mind to show people, then you can be Miss Universe" 
Janine dan Olivia masa tunggu keputusan diumumkan

So kalau uolls tak tengok Miss Universe 2012 tapi dengan baca entry ni pun dah boleh nilai siapa yang patut menang. But that's not her fault, I still love you Olivia. 



Cantiknyew. Will u marry me?


No comments:

Post a Comment