Thursday 7 September 2017

Jack of All Trades, Master of None


"Jack of all trades, master of none"

Paddia tu?? Jack mana pulak ni?😁 Hehehe maksud Jack of all trades ialah orang yang buat macam-macam kerja tapi takde satu pun yang dia betul-betul mahir. So di malam yang hening ni Dilla nak share pengalaman sendiri jadi Jack of all trades.

Saya start berniaga dari zaman belajar lagi. Start dengan jual baju dulu. Untung 10 hengget pun rasa macam wahhh bestnyaaa. Padahal tak kira kos minyak, tenaga suma. Budak-budak kan tau apa yang dia nampak je. Ada jual baju preloved jugak gigih pergi bilik ke bilik. Time sale kencang memamng seronok and apa yang saya buat dengan duit hasil jualan tu?  Beli baju baru la apa lagi hahaha. Nampak tak betapa tak minatnya nak menyimpan time tu. Ada selit jual aksesori jugak time tu and masih guna kaedah yang sama which is berjalan ketuk bilik ke bilik.

Time tu tak fikir apa pun. Asal nampak market je nak jual. Pernah sekali Dilla propose dekat kawan nak jual meja yang boleh lipat kaki dia tu sebab rasa akan laku dalam kalangan student. Kawan saya pun buat muka pelik la lepas tu hehehe.

Bila dah start degree, masa tu dah bertukar zaman phone touch screen. So saya pun berjinak-jinak dengan online business. Ingat lagi nama instashop saya yang pertama; After Twelve. Siap design logo sendiri tau. Saya jual casing phone tu. Masa tu student-student gila betul dengan casing phone. Saya tak sempat publish lagi kawan dah nak beli. Saya siap buat service Find Your Case, which means untuk model-model yang susah dapat casing macam Lenovo ke, HTC ke, customer akan contact saya and bagitau ciri-ciri casing yang dimahukan dengan bajet tertentu. Then saya akan bagi few pics untuk customer pilih. Saya akan order dari overseas and customer kena tunggulah sikit tapi depa tak kisah pun. Untung setakat RM10 - RM30 kot sebab tak berapa ingat. Banyaklah jugak untk student time tu. Masyuk pun masyuk sebab barang tak mahal sangat kan tapi tak tahan gak kalau sampai pukul 3 pagi nak layan customer untuk service Find Your Case. Mata berpinar, kepala pun sakit menghadap screen lama-lama. 

Lepas tu bermulalah zaman practical di Kuala Lumpur. Masa tu masih lagi dengan bisnes casing phone tapi saya start berjinak-jinak dengan Shaklee. Untuk consume and of course, untuk jual sekali. Lama-lama saya semakn kurang passion dengan bisnes casing phone saya. Mungkin juga faktor usia yang makin meningkat and tak ambil port sangat pasal baju untuk phone kita. Asal boleh guna sudah. Bila customer whatsapp tanya pasal casing saya kecewa sebab saya harapkan customer tanya pasal Shaklee. And dari situ saya sedar saya dah tak boleh terus berniaga barang yang saya tak minat.

Jadi saya teruskan bisnes Shaklee sampai saya masuk alam bekerja. Tapi suam-suam kuku aje hasilnya. Sekali je saya berjaya dapat bonus tu pun ciput sangat je. Saya kurang guidance dari team saya masa tu and diri sendiri pun hangat-hangat je hehehe.

Next , saya join dropship jual barang kosmetik. You all taulah kalau dropship untung berapa sen sangat. Sampai berapa group saya join. Pemikiran jahil time tu, lagi banyak bisnes lagi untung huhuhu. Sekali lagi, saya tak dapat ilmu bisnes dari team and faktor semangat yang buat I terlangkup.

Lepas tu nak jual tudung pulak dah. Jenuh cari kain dengan harga berpatutan so that boleh balik modal and dapat untung. Lagi renyah nak cari tailor yang boleh jahit tepi dengan kemas. Saya dah hantar dekat sekurang-kurangnya empat tailor sekitar kawasan saya habis suma aku tak puas hati. Ada sampai buat tudung tak muat masuk muka lah, tudung kena kesan minyak lah. Hangpa suma ni berniaga macam mana? Lepas tu saya try luar negeri, and dapat hasil yang memuaskan dari kilang jahit di Pahang. And kilang ni juga offer MOQ paling rendah setakat yang saya cari. Tapi ou all bayangkan, saya akan hantar kain sikit dulu untuk dia jahit sample as requested. Lepas tu tailor akan pos sample pos balik dekat saya. Kalau saya puas hati, saya akan pos pulak kain bermeter-meter untuk kilang jahit mengikut sample. Lepas tu kilang akan pos balik tudung yang dah siap dekat saya. Fuhh kau ghase?? Baca pun rasa penat and leceh kan. Kos pos kain tak tinggi sangat sebab pos domestik tapi banyak sangat masa habis nak cari kain and tunggu tudung siap. Hasilnya, setakat jual kat sedara mara and officemates. Online langsung tadakkk...

Bulan May 2016, saya dapat offer sambung Master untuk course idaman di universiti idaman. Happy sangat berbunga-bunga hati. Tapi kan, kelas cuma buat hari weekdays and waktu saya bekerja pulak. Saya terfikir nak berhenti kerja but then mana nak dapat duit?

Itulah turning point dalam hidup saya. Saya nekad untuk serius dalam bisnes. Saya belajar sendiri dari tengok instashop yang famous. Saya perasan satu IG ni dia tak banyak produk pun, asyik-asyik post 2-3 produk je. Tapi success! Jadi saya pun buat macam tu. Saya pilih tiga produk dari overseas, ada essence, exfoliating gel & lips scrub. Lepas tu saya arrange untuk photoshoot. Dengan modal tak banyak, cousin and kawan saya jadi model, photographer & videographer pulak kawan kepada kawan, MUA pulak kawan saya yang jadi model tu. Memang all out time tu sebab dah ada big why. Saya promote habis-habisan dekat instagram and fb. Bulan pertama krikk krikk sebab produk rare and orang tak tau lagi. Tapi saya tak jemu educate prospect jadi masuk bulan kedua, demand non-stop untuk produk-produk yang saya jual. Syukur Alhamdulilah dan saya mula nampak future dalam bisnes.

Promote bisnes pun banyak habis duit. Asyik suruh instafamous review, kena bagi produk kita yang tak berapa banyak stock tu lepas tu kena bayar pulak. Tapi saya tak kisah sebab saya fikir tak ada dosanya berhabis untuk marketing. What a shallow mentality.

Saya diuji.

Core product saya dari Korea makin lama makin mahal harganya sebab ringgit kita jatuh teruk. Jadi saya tak ada pilihan selain ambil stock secara pukal beratus-ratus pieces. Barulah dapat harga borong kan. Berisiko tapi melihatkan demand and feedback customers, saya yakin saya oleh habiskan stock. Saya pun dah start buat fb ads and bercita-cita nak ambil agent & dropship. Berangan ke langit dah nak tolong orang lain cari income lebih. 


Tapi...

Core product saya sangkut kat kastam. Ceritanya panjang tapi saya pendekkan ya. Saya dah sampai 4 kali keluar masuk kastam. Habis duit, minyak, masa & tenaga. Bil telefon pun boleh tahan melambung sebab nak settlekan masalah ni. Tapi takde progress langsung sebaliknya makin lama makin takde harapan. Saya dah penat and rasa banyak buang masa fight untuk benda yang takde kemajuan. Jadi, dengan linangan air mata saya decide untuk return semula berkotak-kotak stok kepada supplier di Korea. Boleh refund tapi rugi beribu jugak sebab duit shipping supplier tak tanggung. Saya bersangka baik dengan Allah, saya percaya ada benda besar DIA nak bagi dekat saya.


Akhirnya,

Takdir temukan saya dengan Mary Kay. Saya akan ceritakan macam mana kisah cinta mula berputik dengan Mary Kay di entry lain nanti. Tapi setakat ke hari ni, saya memang happy sangat & bersemangat jual Mary Kay. Dapat team yang membantu satu sama lain and saya sangat bersyukur dengan ilmu bisnes yang saya dapat dalam Mary Kay. Dahlah ilmu free-free je. Takde istilah try & error dalam Mary Kay. Kalau you buat, you dapat. Semuanya dah diajar, tips-tips bisnes pun dah bocor. Dan macam saya juga, rupanya ramai beauty consultant dalam unit saya asalnya peniaga suam-suam kuku macam saya, tapi semua dah pandai fokus bila dah join Mary Kay and kata takkan cari lain dah hehe. Buat apa nak cari lain kalau you ada pilihan 200t++ produk untuk dijual kan. You all tolong doakan Dilla success dalam Mary Kay dan dapat sambung impian Master yang tak berkubur lagi sehingga ke hari ini. Thanks for reading :).


No comments:

Post a Comment