Friday 3 November 2017

Amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum readers!

Izinkan saya berkongsi amalan-amalan mudah untuk menjemput rezeki. Saja rasa nak share di hari Jumaat yang mulia ni.

1. Baca ayat seribu dinar. Baca dalam 7x lepas Subuh.

2. Doakan keampunan untuk para nabi & rasul, alim ulama, ibu bapa, diri sendiri, adik-beradik, sedara mara & seluruh umat Islam setiap kali lepas solat 5 waktu. 

3. Sedekahkan al-Fatihah untuk diri sendiri, ibu bapa, pasangan & ibu bapa mertua walaupun belum berkahwin. Baca lepas solat 5 waktu. Yang ni saya amalkan dan memang rasa banyak improvement dalam hubungan sesama manusia.

4. Istighfar. Asal teringat je istighfar. Kawan saya pernah cakap maybe sebab dosa2 kita doa kita kena block. And maybe sebab dosa kita jugak,  jodoh tak terbuka hati nak approach.

5. Sedekah. Tak semestinya sedekah dgn duit je. Even senyum pun dah kira sedekah. Tolong orang benda kecik pun contoh tolong angkat barang ke, dah dpt pahala.

6. Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x),  Allahuakbar (33x). Nampak mcm banyak but trust me, bila baca satu2 kejap je dah habis.

7. Perbetulkan niat. Niat nak tolong orang. Saya diajar supaya jgn meletakkan niat sale sebaliknya niat nak share benda best. Setiap skincare class,  saya niat nak buat orang happy. Nak bagi ibu2 kepenatan release tension.  Nak bagi "me time". Nak tolong orang yg ada masalah kulit. Nak tolong orang yg ada masalah kewangan. Keikhlasan tu biar Allah yang nilai,  janji kita cuba.

8. Support bisnes member. Kalau kawan-kawan berniaga, belilah dengan niat nak bantu dia. Lepastu share lah dengan kawan-kawan lain, boleh tag kawan you all tu dekat insta or fb. Jangan mintak diskaun sebab kita tak tahu berapa banyak dia dah invest untuk bisnes. Kalau dia bagi tu senanglah. Mudahkan rezeki orang lain, Inshaallah mudahlah rezeki kita.

No comments:

Post a Comment