Monday 16 July 2018

Mary Kay All Over The World

Assalamualaikum & good morning!

Jom cuci mata layan gambar cruise trip saya & kawan-kawan baru💜


Dengan amoii~

Orang-orang Philippines ni happening sangat. Masa dinner saya ada lepak semeja dengan beauty consultants dari Phillipines, memang riuh rendah tak kering gusi dok gelak je.

Ni pulak dengan peserta pertandingan menari sebab tu depa pakai seragam je, dari New Zealand

Macam barbie doll kan~

Saya selalu confuse antara Korean, Chinese, Filipinos & Taiwan sebab muka ala-ala kan huhu. Tapi bila lama-lama dapat beza sikit nampak orang Korea ni muka lebih tirus and physical features dia nampak lebih tinggi dari orang kebanyakan.

Ni time breakfast, seronok betul borak dengan depa sampai tak nak lepas haha. Baru kenal berapa minit tapi dah cerita kisah & impian masing-masing. Lagipun memang makanan atas kapal sedap-sedap woo~

Haa ni pulak ada kawan baru & kawan lama. Yang tudung kelabu tu itulah Director tersayang saya yang banyak mendorong saya untuk completekan cruise challenge, walaupun ketika saya dah rasa kecundang, dia pujuk saya untuk bangun di saat-saat akhir

Ni antara gambar favorite saya dari atas deck walaupun muka hauk tanpa mekap haha. Masa ni tengah siap-siap nak terjun kolam sebab tu tak mekap. Kalau you all peasan baju belah dalam saya pakai swimwear BAKINI dari Bella Ammara.

Banyak sangat yang saya dapat belajar dari Cruising Beyond Red trip selama 4 hari 3 malam tu. Motivasi diri pun naik macam dipam-pam. Saya ada berborak dengan sorang Sales Director dari Singapore, umur beliau dah 58 tahun, masih bekerja and ada 3 anak. Lagi dua tahun nak pencen. Anak-anak pun dah berjaya ada yang jadi doktor, lawyer and masih belajar. Kalau tengok dia, memang dah nampak berjaya and tak perlukan second income, tapi gigih buat Mary Kay sebab seronok. 

Bila dikelilingi dengan orang-orang positif macam ni, saya rasa nak tampar diri sendiri yang masih beralasan. Sekarang saya dah merasa betapa eksklusifnya percutian percuma dengan Mary Kay, jadi memang saya berazam nak buat yang terbaik and rembat semua percutian percuma yang Mary Kay offer. Dahlah free lepas tu dapat duit belanja pulak. Anda rasa nak nikmati percutian percuma bertaraf 5 bintang? Wahh bukan main skema lagi ayat tau tapi memang you all boleh dapat banyak benda dengan Mary Kay, bukan setakat free vacation je. Nak berikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba, boleh contact saya untuk saya tunjukkan jalan :).

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



No comments:

Post a Comment