Thursday 7 February 2019

Product Knowledge - How To Be A Good Beauty Consultant

Assalamualaikum & morning!

Maka selesai sudah Product Knowledge yang berlangsung setiap tiga bulan. Product Knowledge ni sebenarnya training untuk beauty consultant untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam keseluruhan produk Mary Kay (teori & hands on). Sebab tu kelas akan berlangsung dari pagi ke petang. Saya sendiri dah berapa kali attend Product Knowledge ni and tak dinafikan sometimes penyakit M datang, tapi saya gagahkan jugak pergi sebab ada je benda baru yang kita akan belajar walaupun rasa macam dah tau pasal semua produk. Contohnya Sabtu lepas baru saya tau yang rupanya sun protector boleh jugak dipakai sebelum moisturiser if customer ada reaction dgn spf. 

Actually boleh Product Knowledge kali ni agak bermakna buat saya, sebab saya angkut sekali dua orang beauty consultant saya yang baru berusia 2 minggu. Punyalah semangat depa nak belajar kan. Kami konvoi guna kereta saya sekali dengan power partner saya Kak Maz. 
 
Macam team marhaban kan, seronok bila konvoi sama-sama ni mengimbau kembali masa belajar dulu.
Product Knowledge started, ehh saya pun kena mengajar jugak pasal Timewise 3D

Power partner saya yang mengajar jugak pasal Botanical Effects

Memang kena share selfie ya? Hahaha. Masa ni lepas solat and touch up ala kadar je sila abaikan kening berbulu.

My beauty consultants and me. Dekat belakang sekali tu Elizabeth or Eliz, power partner saya jugak merangkap salah seorang mentor yang mengajar sekali hari tu.

Sesi bergambar bersama Director, we were having fun sambil belajar. Yang penting time balik kepala dah makin berisi.

Oh ya kalau you all perasan kami tema biru pink hari tu. Saya siap janji lagi dengan BC2 saya nak pakai baju biru yang seakan-akan and tudung soft pink. Tu yang jadi marhaban tu hehe. Buat pengetahuan Product Knowledge kali ni dah tak centralized macam dulu, sebaliknya diagih-agihkan ikut centre and boleh pilih anara dua tarikh. Saya suka yang macam ni lagi sebab audiens kurang and memang two ways communication yang meriah antara BC & mentor yang mengajar. Kalau you all sukakan bisnes yang ada sediakan kelas-kelas free tanpa paksaan macam ni, of course saya akan reccomend Mary Kay, top 5 global skincare in the world. Boleh contact talian hayat saya untuk pertanyaan lebih lanjut pasal career Mary Kay.

Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai

FB Page & Instagram :  Allydra





No comments:

Post a Comment