Wednesday 18 March 2020

Shea Butter Malaysia

Assalamualaikum & morning!

Hari kedua perintah kawalan pergerakan, semoga yang baik-baik saja untuk Malaysia dan juga seluruh dunia Amin...

By the wayyy since ramai berkurung dekat rumah time kritikal ni, apa kata kita tambah pengetahuan. Hari ni saya nak share pasal something yang memang tak asing lagi dalam dunia kosmetik,,,which is Shea Butter! 
Macam aiskrim pun ada kan Shea Butter ni,,,ish nampak benor saya lapar😂

Shea butter memang digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan kandungan dalam kosmetik, tapi you all tahu ke apa shea butter tu sebenarnya? kalau belum tahu, hopefully sharing saya hari ni dapat bagi something dekat you all~

Dekat negara belah-belah Africa nun, ada satu pokok nama dia Shea Tree. Pokok ni mengeluarkan kekacang, and dari kekacang tu, depa extract lemak and lemak tulah yang kita panggil Shea Butter. 
Inilah rupa kacang yang mana lapisan lemak di"extract", nampak macam buah berangan kan?
Ni pulak pokok Shea~

Haa gitulah asal usul shea butter, tapi shea butter bukan lah sekadar lemak dari kekacang - in fact shea butter mempunyai banyak sangat manfaat dari segi kesihatan & kecantikan kulit yang menyebabkan dia sentiasa dipilih sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit. Jom tengok apa benefit dia😍
  • shea butter membekalkan nutrient & asid lemak (fatty acid) yang diperlukan untuk penghasilan collagen
  • kepekatan natural vitamin & fatty acid dalam shea butter membuatkan dia sangat efektif dalam melembapkan dan memelihara kulit
  • menjadi penawar kepada kulit kering and melindungi minyak semulajadi dalam kulit
  • melegakan keradangan - salah satu kompan dalam shea butter yang bernama lupeol cinnamate sangat berkesan untuk melegakan keradangan kulit dan juga membantu merawat jerawat
  • mengandungi oleic, stearic, palmitic & linolenic acid yang melindungi dan memelihara kulit dari kekeringan
  • dalam kegunaan jangka masa panjang, responden dapat rasa kulit makin lembut, tegang dan kedut makin berkurang
  • shea butter juga boleh digunakan terhadap bayi & kanak-kanak


Jadi itulah antara benefit shea butter, tak hairanlah banyak kosmetik gunakan shea butter sebagai main ingredient termasuklah Mary Kay. Kebanyakan body care Mary Kay mengandungi shea butter macam dekat bawah ni;

1. Satin Hand Set
2. Satin Lips Set

3. Satin Body Set

Sekian saja sharing saya hari ni, kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal produk Mary Kay atau beauty tips you all boleh refer teruskan mebca blog saya, Inshaalah bermanfaat😊

Stay home & stay safe everyone!

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495  for consultation / order 

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation ynag tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

No comments:

Post a Comment