Showing posts with label jerawat batu. Show all posts
Showing posts with label jerawat batu. Show all posts

Tuesday, 30 March 2021

Kenapa Jerawat Suka Naik

Assalamualaikum & morning semua😀

Boleh pulak pi up gambar Hajah Lofa😂 saja je sebab supaya dapat remind saya posting ni saya buat time tengah hot orang dok bercerita pasal majlis kahwin Neelofa & PU Riz. Saya pun salah seorang yang tak boleh move on dengan kejelitaan Neelofa masa dia kahwin tapi topik hari ni takde kaitan dengan majlis Lofa hehehe~

By the way hari ni saya nak share kan antara punca-punca jerawat suka singgah dekat muka. Walaupun dah banyak kali saya share pasal jerawat, tapi takde salahnya share lagi sebab topic jerawat ni sentiasa hot. 

1. Stress

Stress tu biasa, tapi kalau berlebihan tu luar biasa. Sebenarnya takde kajian yang dapat membuktikan bila kita stress dapat trigger penghasilan jerawat, tapi dari research yang dijalankan, jerawat ambik masa yang lebuh lama untuk sembuh bila kita under pressure. So jauhi tekanan berlebihan, kalau saya sendiri suka makan coklat nak bagi hilang stress hehe. Lagi satu tips you all boleh apply kalau untuk muslim, banyakkan baca Quran and please try solat awal waktu, banyak sangat rasa perubahan dalam hidup tau.

2. Handphone


Aikkk,,, apa salah handphone?? handphine tak salah, yang salahnya debu & kotoran dekat screen handphone tu pastu kita tekap pulak dekak pipi masa tengah on call. Memanglah permukaan yang kotor akan memanggil-manggil jerawat. Jadi rajin-rajinlah sanitize handpone anda especially time pandemic ni.

3. Syampu Sebelum Cuci Muka


Ni biasa kan termasuklah saya jugak, tapi kalau kita syampu rambut dulu, kotoran & sisa buih tu akan turun ke muka kita and kita tak terus cuci, maka jadilah tempat persinggahan jerawat. 

4. Berus Mekap


Haa bila last cuci berus mekap?? (sambil muhasabah diri tengok berus sendiri). Sisa mekap & debu dekat berus mekap memang menjadi tempat favourite bacteria bertandang and berpotensi mendatangkan jerawat. Saya faha perasaan malas nak cuci berus makeup tu, nasib baik mary kay dah keuarkan brush cleaner so senang kerja I😀

5. Tuala Muka Tak Bersih


Asingkan tuala muka & tuala badan, and selalu-selalu lah cuci tuala untuk pastikan kebersihan terjamin. Tak perlu tunggu busuk baru basuh😃

6. Suka Picit Jerawat


Perangai picit jerawat akan membuatkan bacteria tersebar dengan senang hatinya dekat permukaan kulit kita. Biasalah kalau lepas picit jerawat kan akan keluar nanah & berdarah, jadi kita letuskan sarang bacteria. Manalah tak menanak-canak jerawat naik.

8. Skincare Routine Tak Konsisten


Malas nak bebel panjang, tapi kalau pakai skincare kayangan harga beribu pun takkan lawanya muka kalau tak konsisten. Kalau you all memang jenis susah disiplin, ambik items yang wajib je. Biar pakai sikit & konsisten dari pakai time awal-awal je. 

Sekian sharing saya mengenai jerawat hari ni, harap dapat membantu you all😍

Nak tengok produk yang boleh membantu masalah jerawat boleh click sini sini ataupun contact je saya terus dekat sini

Click link below to contact me👇👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 


IMPORTANT NOTICE!!! 

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.



Wednesday, 23 September 2020

Pantang Larang Jerawat

 Assalamualaikum & morning!

Kebiasaan yang memudaratkan😯apa tuuu?? Haa jom kita baca pantang larang untuk mencegah Miss J dalam entry kali ni~

1. Jangan Picit Jerawat

Biasa lah geram kan dengan jerawat, tapi bukan alasan untuk kita picit. Nanti bacteria lagi tersebar alih-alih tempat lain pun naik jerawat jugak huhu. Sebaliknya boleh guna krim khas atau ubat untuk kecilkan jerawat. 

2. Jangan Guna Advanced Skincare


Aiii guane tu, bukan kalau advanced skincare lagi bagus ke. In fact, yes. Tapi tengok keadaan kulit jugak. Biasanya advanced skincare ni mengandungi rich ingredients yang focus kepada mencantikkan kulit dengan function seperti menegang, mencerah, menggebu etc tapi dia tak merawat kulit. And ada certain ingredients seperti vitamin C boleh menyuburkan lagi jerawat walaupun vitamin C terkenal dengan benefir dia untuk mencantikkan kulit. So kalau you all ada jerawat, seeloknya guna skincare yang ada salicylic acid.

3. Jangan Malas Cuci Mekap


Ni dah biasa kan dengar kan. Biasanya orang kita takde masalah cuci mekap sebab kita nak solat. Tapi the main issue is samada kita cuci betul-betul bersih atau tak. Sebab kebanyakan foundation tak lut dengan cleanser saja, sebab tu kalau biasanya lepas kita cuci muka & wipe guna toner, still ada sisa foundation kan. Jadi dekat sini pentingnya double cleansing or deep cleansing guna tools macam Mary Kay skinvigorate brush.

4. Jangan Malas Tukar Sejadah, Towel & Cadar


Termaktub jugak dekat telekung, sarung bantal & macam-macam lagilah yang kita guna secara kerap. Macam sekarang musim PKP kena pakai mask, make sure you all selalu ganti mask or basuh untuk yang washable.

5. Jangan Gunakan Scrub


Ouch bila fikir pun rasa sakit, boleh luka kalau guna scrub atas jerawat. Sebaliknya guna mask yang ada function untuk merawat jerawat. Better guna yang ada salicylic acid untuk treat jerawat.

Jadi inilah antara pantang larang untuk yang ada masalah jerawat, and even untuk yang takde masalah jerawat pun pantang jugak. Untuk lebih info mengenai produk untuk masalah jerawat, boleh click di bawah👇👇

Mary Kay Set Jerawat

Nak dapatkan consultation yang terbaik untuk kulit anda, boleh takan talian hayat dekat bawah😍

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Sunday, 20 September 2020

Jenis-jenis Jerawat

Assalamualaikum & morning!

Memandangkan ramai yang mengadu masalah jerawat la ni, tak kira tua ke muda jadi saya rasa terpanggil untuk buat special posting hari ni. Jerawat ni ada jenis-jenis dia, sometimes kita tak sedar pun benda tu jerawat. Jom tengok!😀



Ni rasanya semua dah kenal kan, yg kita rasa annoyed sgt tu. Blackheads ni bintik hitam yg suka timbul dekat bahagian hidung especially. Blackhead terhasil ketika pori tersumbat bersama minyak & sel kulit mati dlm keadaan pori terbuka, so warna hitam muncul di permukaan pori, hence the name "blackheads".


Ni kawan kepada blackheads. Whiteheads berlaku dlm keadaan pori tertutup - bila minyak & sel kulit mati terperangkap dlm pori. So end up dia akan timbul benjolan putih yg menjajar dekat kulit.

Jerawat inflammatory muncul dekat bawah permukaan kulit, and nampak kemerahan. Tapi dia takde mata mcm jerawat batu. Jerawat inflammatory terjadi sebab radang kulit - dinding sekitar pori rosak & menghasilkan pori yg keras & tersumbat. Tu yang jadi merah2.


Lebih kurang mcm jerawat batu. Ada nanah dekat dalam, and memang nampak timbul mata dia yg berisi nanah. Fragile & sakit. Pustular Acne terjadi disebabkan hormon, allergic ataupun kena gigitan serangga tapi most of the time punca dia sama jugak which is sebab pori tersumbat.


Jerawat yg timbul dari bawah kulit & rasa sakit. Tak macam jerawat pustular & pupular, jerawat nodular terhasil lebih dalam di permukaan bawah kulit. And in this case, skincare saja tak cukup utk merawat so kena refer pada pakar.


Jerawat batu terbentuk dari lapisan kulit yg lebih dalam. Puncanya dari pori tersumbat disebabkan sebum, bacteria & sel kulit mati. Sebab tu timbul benjolan beserta nanah. Jerawat batu boleh menyebabkan infection yg serius, and kebanyakan akan jadi parut dekat muka.

Jadi inilah antara jerawat yang popular. Sesetengah jerawat memang curable, tapi ada yang perlu dapatkan bantuan pakar kulit. Dalam Mary Kay sendiri ada skincare & makeup tertentu untuk menangani jerawat, you all boleh contact saya kalau perlukan lebih info😍

Produk Mary Kay untuk hilangkan jerawat, click here


To contact me, please click

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc






Tuesday, 1 September 2020

MAKNE?? Apa yang perlu dibuat?

Assalamualaikum & morning!

Alhamdulillah syukur pada Allah masih diberikan peluang bernafas hari ini dan masih diberikan kudrat untuk berusaha😄

By the wayyy, semua dah sedia maklum kan dengan perintah pemakaian mask di tempat awam? Memang satu langkah yang bijak dari kerajaan untuk hentikan / kurangkan penularan wabak Covid 19, tapi ada something yang tak best pulak timbul berikutan pemakaian mask ni which is MASKNE.



Jerawat suka bertumpu dekat kawasan yang kita pakai mask. And MASKNE ni boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah yang tak pernah naik jerawat sebelum ni. Jom kita tengok puncayang meneyebabkan MASKNE;

Bila kita pakai mask, pengaliran udara akan berpusing-pusing dalam mask tu jugak. Belum cerita bila kita terbersin and terbatuk lagi huhu. Jadi memang banyak bacteria dalam mask yang kita guna. Minyak juga akan terkumpul di kawasan pemakaian masak dan menyumbat pori wajah, seterusnya menyebabkan jerawat sekitar kawasan mask yag dipanggil MASKNE.

Seterusnya, apa yang kita perlu buat? Takkanlah nak ingkar arahan kerajaan semata-mata takut jerawat kan hehehe. No worries! Saya dah list down cara untuk prevent dan merawat MASKNE ni.
  • tukar mask and kepada mask cotton ataupun material lain yang lebih breathable. Tak kisah pakai mask jenis apa pun, make sure ada filter untuk mencegah bacteria.
  • kalau dah terkena MASKNE, dah ada jerawat yang agak meriah, back to basic skincare. Tinggalkan dulu serum, facial oil, etc sebaliknya cuma gunakan cleanser, mask, toner & moisturiser sahaja. Bila kulit dah elok boleh pakai semula item lain.
  • pastikan menggunakan foundation, bedak & semua jenis makeup yang non-comodogenic (boleh refer pada label). Non-comodogenic bermaksud ingredients yang digunakan dalam makeup / skincare tak menyumbat pori.
  • gunakan MASK (skincare) dengan konsisten untuk deep cleansing muka kita. FYI Mary Kay dah keluarkan mask khusus untuk masalah MASKNE which is Pink Clay Mask. MAsk baru ni formulated dengan mild ingredients sampai orang kulit sensitif pun boleh pakai. Boleh refer kpada entry yang terdahulu yang cerita pasal pink clay mask dekat sini 👉Brand New Mary Kay Pink Clay Mask
Nilah dia Pink Clay Mask terbaru untuk merawat masalah MASKNE tu, mask pun nak pinky2 uollss~

Okayy sekian sahaja sharing saya mengenai MASKNE hari ni. Semoga bermanfaat untuk yang membaca😃 kalau perlukan consultation mengenai kulit jagan segan contact saya tau~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

Saturday, 27 January 2018

Product Review - Oil Free Hydrating Gel



Assalamualaikum & salam sejahtera~

My first entry for 2018! Apa azam tahun baru anda? Azam tahun lepas dah tercapai ke hiks~ Tahun ni saya berazam nak tunaikan azam tahun baru haha boleh tak macam tu. Maksudnya saya nak betul-betul nak capai azam saya and bukan sekadar set omong kosong. And Inshaallah, I'll work hard for it. Jom mulakan first step. Jom sama-sama tampalkan azam 2018 dekat cermin bilik and buat wallpaper phone gambar goal 2018 anda. Nak letak gambar kereta, gambar banglo pun boleh kalau itu yang anda nak capai dalam masa setahun ni. 

Wahh panjang betul cerita pasal azam tahun baru kan. Sebenarnya saya nak share pasal Cik Purple har ni. Cik Purple baik hati yang banyak membantu saya dan juga mangsa-mangsa produk bermerkuri di luar sana, 



Cik Puple yang menyejukkan muka I sentiasa~

Jadi apa sebenarnya Cik Purple ni? Cik Purple atau nama sebenanya Mary Kay Oil Free Hydrating Gel merupakan sejenis supplement yang membantu menyihatkan & merawat kulit, dan dirumus khas untuk kulit kombinasi / bermiyak. So kulit kering tak boleh pakai ya. Taoi jangan risau ada je supplement untuk kulit kering which is Intense Moisturising Ceam (Cik Pinky).



Apa kegunaan Oil Free Hydrating Gel a.k.a Cik Purple?


- Tekstur gel yang sangat rigan & cepat meresap
-  Melembapkan kulit tanpa buat kulit berminyak
- Boleh guna sebagai make up base supaya foundation tahan lebih lama
- Sebagai cooling gel semasa berjemur dekat matahari
- Meredakan radang iatu kulit yang cepat merah atau jerawat merah-merah
- Membantu pertumbuhan kulit baru yang sihat
- Meredakan kulit yang pernah mengalamj penggelupasan dan rosak akibat    produk    yang mengandungi    Mercury & Hydroquinine (peeling product)



Siapa patut guna Oil Fee Hydrating Gel??

- Kulit berminyak/kombinasi
- Jerawat critical
- Kulit rosak akibat peeling
- Kulit naik rashes merah
- Kulit menggelupas
- Kulit sensitif
- Kulit selalu terdedah pada matahari



Ada sudu unuk you all cedok supaya lebih hygiene. Dalam gambar tu sebenarnya dah banyak actually kena cedok sikit je letak kat muka. Tahan 6 bulan lebih tau

Tips untuk pastian makeup smooth & tahan lama, pakai OFHG atau Intense Moisturising Cream sebab depa berdua ni sangat bagus untuk prep skin sebelum makeup. Jangan kecam kening sis ta pandai buat lagi time ni😂.

OFHG ni item wajib dalam skincare class saya tau. Sebab ramai yang mengadu masalh kulit berminyak & berjerawat. Kalau nak cuba, saya boleh bagi sample atau set skin care class dengan you all yang berminat. Jangan segan-segan tau roger je I hokayy. Byee~


To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc