Tuesday 15 September 2020

Pengalaman Mekapkan Fussy Client


Assalamualaikum & morning!

Selamat Hari Malaysia semua😀

Sempena Hari Malaysia hari ni, walaupun takde kena mengena tapi saya terlintas untuk share cerita saya mekapkan satu client bulan lepas. 

Jadi macam biasa, client contact saya melalui whatsapp,dia tanya caj untuk mekap pi kenduri. Lepas saya bagitau harga berapa dia cakap takut suami dia marah spend banyak sangat untuk mekap, so saya suggest rate yang lebih affordable. And the she said yes.

Dia ada mintak gambar-gambar yang saya pernah mekapkan, which is normal. Yang saya start rasa semacam bila dia tanya, "nanti sis tutup kening guna concealer kan?" Saya jawablah ya, memang saya guna concealer. Lepastu dia tanya lagi, kalau guna concealer memang takkan nampak kan lebihan kening tu. Saya jawablah tak nampak kalau letak tebal tapi dalam hati saya jawab "hellooo I know my job"😂 

Saya ingat ke dah habis dekat situ, then malam sebelum appoinmet saya mesej dia untuk confirmation, lepas tu dia tanya lagi "sis berus2 mekap tu cuci tak? Ada orang lain guna sebelum akak tak?"

Saya dah agak turned off tapi still jawab dengan baik yang memang ada orang lain guna berus2 mekap tapi saya memang cuci. Lepas tu dia tanya lagi, "produk-produk sis guna okay kan? Akak takut pakai yang murah-murah sebab tak biasa and ada allergic". Masa ni serius saya rasa macam nak meletup, tapi still reply baik-baik & kata yang saya guna produk international. 

Sebagai penutup dia kata "janji mekap mesti cantik". Fuhh rasa nak hempas phone. Saya membebel sorang-sorang, hisshh nak murah tapi demand. Saya rasa nak cancel & sembur je akak tu, lagipun dia cuma nak mekap sebagai wedding attendee saja, bukannya dia pengantin pun. So no harm kalau saya cancel untuk mekap dia.

Long story short, I maintain my calm. Esoknya pagi-pagi buta saya dah terpacak depan rumah dia sebab pukul 9 pagi dia dah kena gerak. And guess what, akak tu siap masakkan kuih untuk  saya breakfast. Faham tak perasaan makan kuih pana-panas dengan teh o, fuhh... Tapi saya makan ala kadar je sebab fiirkan I got job to do, tapi akak tu suruh saya makan lagi😂 and dia borak-borak dengan saya macam dah lama kenal.

Yes akak tu memang cerewet, dia siap part kening dia pi tengok dekat cermin. Bila siap mata dia pi tengok lagi. And lepas dah siap mekap tu dia bagitau saya "akak puas hati lah" sampai kembang hidung saya lepas tu dia suruh saya sambung makan lagi😂

Sebelum balik, akak tu siap tanya saya "cukup ke yang akak bayar awak ni, awak susah-susah datang pagi2?" Tersentuh hati saya...masa tu saya rasa menyesal sangat sebab bersangka negatif pasal dia. 

So moral of the story, kita kena selalu bersangka baik dengan orang lain, husnuzon. Akak tu memang cerewet, tapi bila fikir balik sebenarnya apa yang dia tanya tu soalan yang wajar ditanya dekat MUA. Sebenarnya mmg ada MUA yang tak cuci berus huhuhu and ada orang yang memang  tak boleh kalau mekap sebarangan sebab allergic termasuklah saya sendiri. So bila akak tu tanya macam tu, secara tak langsung saya pun jadi lebih alert dengan perkara-perkara kecil yang kita sering terlepas pandang. Thank you akak sebab berikan saya pengalaman berharga hari tu😃


Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc

No comments:

Post a Comment