Sunday 24 November 2019

Mary Kay di Pesta Konvokesyen UPM



Assalamualaikum & morning!

Alhamdulillah syukur berakhir sudah booth empat hari kami di UPM, sempena majlis konvokesyen yang berlangsung di sana. Specialnya booth kali ni sebab saya & rakan-rakan consultants ada buat servis makeup jugak, maklumlah siswi-siswi mesti nak nampak cantik untuk konvo kan. Jom kita usha sikit~



Inilah tapak booth kami yang terletak depan foyer masjid UPM. Meriah kan? Nak try apa meh suma ada~

Aktiviti kulit muka ni bolehlah kata aktiviti wajib, yelah orang dah offer nak check kulit depan mata takkanlah nak tolak kan. Boleh tau jenis kulit yang sebenarnya, benda simple tapi orang selau confuse.
Izinkan saya berposing dengan perfume baru yang wangi teramat ni~

Dengan kakak-kakak consultant yang kalau bagitau umur you all akan terkejut, yang pasti semua lebih tua dari saya padahal saya sendiri pun tak berapa muda sangat dah😃

Dengan one of the client yang gunakan servis makeup kami, tapi ni bukan saya yang mekap tapi bc lain yang mekap

Pro Palette yang baru ni memang pigmented woo~


Adik ni saya yang mekap tapi dia bukan nak konvo, dia datang untuk tengok kakaknya konvo. Actually adik ni budak istimewa, masa saya mintak dia isi survey form abang dia explain keadaan adik dia yang tak mampu menulis, and lepas tu saya jugak perasan yang saya kena berulang kali mention benda sama. Tapi one thing saya nampak adik ni sangat passionate about beauty, and dia yang datang sendiri dekat saya bagitau nak cuba. Saya bagitau abang dia yang since kita dah nampak minat adik dia, so nanti boleh cari alternatif untuk masukkan adik dia dalam bidang kecantikan. Satu pengalaman yang baru buat saya😊

Saya jugak kagum degan pihak pengurusan UPM sebab sanggup bertungkus lumus sediakan makanan & persiapan untuk ibu bapa, pelawat yang datang semasa konvo. Saya perasan dekat stor penuh dengan ubat gigi, sabun mandi etc rupanya untuk parents or pelawat yang bercadang beriktikaf di masjid. Yelah bukan semua mampu sewa hotel. And sepanjang dekat sana saya and rakan-rakan consultant memang makan free all the time, ingat ke dapat packed food rupa-rupanya makan katering terus. Lauk-lauk semuanya sedap-sedap sampai ada kawan saya yang siap tambah lagi hahaha. Actually kalau dapat free packed food pun dah cukup bersyukur, tapi Alhamdulillah rezeki ada hamba Allah sponsor makanan sepanjang konvo. 

Dalam waktu yang terdekat, saya akan buka booth dekat Menara TM pulak, jom dating😍~

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc










No comments:

Post a Comment