Sunday 5 January 2020

2019 Highlights

Assalamualaikum & morning!

Memandangkan 2019 sudah pun melabuhkan tirai, saya nak kongsikan sedikit pasal apa yang saya dapat sepanjang tahun lepas. Mungkinlah tak berapa besar, tapi cukup bermakna pada saya. Saya punya level keyakinan terhadap diri & terhadap bisnes Mary Kay makin berkembang mekar, anyway tak nak feeling lebih-lebih masa intro so jom kita masuk😀

January 2019 - debut sebagai Future Ind. Sales Director. Rasa terharu sangat and tak percaya sebab dulu punyalah susah nak move up. Bila orang tanya macam mana saya buat, saya akan jawab benda sama je, ikut je apa yang mentor ajar Inshaallah dapat. 


Dapat pulak recognition atas stage masa Career Conference 2019, Alhamdulillah~

January 2019 - first time menjadi Queen of Sharing and sekaligus debut sebagai Future Ind. Sales Director. Allahu tak pernah terlintas langsung sebab dulu saya rasa sangat susah nak move up, apa lagi nak jadi Queen. Masa tu baru sedar yang kita ni sebenarnya boleh achieve apa pun yang kita nak, tapi tulah sendiri suka cakap tak boleh.


August 2019 - berjaya menjadi Queen of Sharing lagi sekali, time ni jugak saya tengah sibuk menjadi emcee untuk program SSALV.


Siapa pernah jadi emcee tahulah macam mana, bukan kerja yang udah. Especially SSALV merupakan event untuk directors, jadi expectation lebih tinggi. Yang train saya & partner masa tu pun pengarah program sendiri & kami punya national director. Nampak tak betapa pentingnya event SSALV tu. So memang tak boleh buat main-main.


Pengalaman sebagai emcee sangatlah menguji bagi saya, terutamanya dari segi masa. bayangkan saya kena ulang-alik dari Beranang ke PJ untuk rehearsal, and partner saya pulak masih bekerja and tinggal di Klang pulak so memang tak boleh nak jumpa selalu. Kami selalu video call je. At the same time saya kena juggle dengan kerja Mary Kay jugak. Balik malam, tidur rumah kawan tu benda biasa bagi saya. Mula-mula terfikir jugak kewarasan diri pi terima offer jadi emcee, tapi macam director saya cakaplah bila kita permudahkan orang lain, Allah akan permudahkan kita pulak. 

Saya paksa diri saya adapt dengan keadaan serba baru, terkejar-kejar and tak cukup tidur tu tak payah cakaplah. Sehari sebelum event and masa kami tengah final rehearsal, hari tu jugak saya kena settlekan tiga consultant baru punya registration, dengan keadaan line sendu siput (event dibuat dekat Janda Baik). Sampai menangis jugaklah sebab tak tahan stress sangat. Tapi Alhamdulillah semua okay je lepas tu, majlis berjalan dengan lancar and we did well as emcees walaupun at the end suara dah jadi macam Ella sikit (event full dari pagi sampai petang). Anyway pengalaman bulan Ogos sangat banyak mengajar saya, sebenarnya dalam apa jua keadaan pun kita masih bleh "make it work", bergantung pada semangat & keazaman kita. Jadi sejak tu saya memang tak bagi apa-apa alasan dekat diri sendiri. 

September & October 2019 - Queen of Team Production - saya ingat kan jadi Queen of Sharing dah cukup terkejut, rupanya jadi Queen of Team Production lagi terkezutttt. Like what? Seriouslyyy?? Speechless betul rasanya. But it's real. Banyak betul benda yang tak dipercayai berlaku sejak saya join Mary Kay.


November 2019 - Red Jacket University Convocation. Syahdu betul saya rasa sepanjang majlis sebab sebelum ni saya tengok orang lain yang sibuk berkonvo, saya pulak tak habis-habis "susahlah..." Dah fikir susah memang jadi susahlah deknon oiii... Saya sah buat entry khas pasal Red Jacket Convocation you all boleh refer dekat sini

Jadi itulah serba sedikit coretan saya mengenai special experience tahun 2019. It's real. Pertama kalinya dalam hidup saya bertemu dangan bisnes yang benar-benar memberi kepada saya. Sebab tu mash maintain tak curang dengan Mary Kay hihihi. Kalau you all teringin nak merasa kemanisan berbisnes dengan Mary Kay, boleh contact saya untuk saya bagitau caranya. Tapi takde lah saya nak janji confirm berjaya, saya cuma boleh cakap kita cuma confirm percaya bila kita confirm buat😏

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc


Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pembelian melalui Lazada, Shoppee, Lazada & online store yang lain. Kami beauty consultant dilarang keras untuk menjual melalui medium berikut kerana Mary Kay mempunyai ratusan produk dan setiap satu daripadanya memerlukan consultation yang tepat. Anda akan menafikan hak pelanggan untuk mendapatkan konsultasi dari beauty consultant bertauliah dan juga “90 Days Satisfaction  Guarantee”. Sila dapatkan produk Mary Kay dari beauty consultant yang sah dan tidak menyalahi undang-undang syarikat.

No comments:

Post a Comment