Sunday 21 October 2018

Kelas Kecantikan Mary Kay

Assalamualaikum & morning!

Kalau siapa yang setia mengikuti blog saya, mesti nampak kan saya selalu share pasal aktiviti skincare class yang saya buat, tak kisah secara solo ataupun bersama dengan rakan-rakan consultant. Tapi sebenarnya banyak jugak yang saya tak boleh share demi menjaga aurat. Tapi kenapa eh suka sangat buat skincare class? Tak penat ke punggah barang-barang and travel.

Well, penat tu penatlah. Tapi seronok. Skincare class ni bukanlah wajib dalam Mary Kay cuma amat digalakkan supaya orang lain dapat real experience dengan produk-produk Mary Kay. And of course, guests dapat belajar cara-cara penjagaan kulit yang betul so takdelah hidup dalam kesesatan macam saya dulu haha. Jom kita tengok kenapa saya suka sangat buat skincare class?

1. Berjumpa Dengan Orang Baru

Yess ini yang buat excited sebab most of the time, kita tak tahu siapa yang akan kita jumpa. Dulu dunia saya setakat collegues dekat tempat kerja, and then family. Kawan-kawan pun jarang jumpa sebab mostly dah berumah tangga. Tapi bila ada program skincare class,kita akan berinteraksi secara dekat dengan guest. Ajar depa face to face, tolong mana yang patut masa skincare class. Secara tak langsung, pergaulan saya jadi lebih luas takdelah office rumah, rumah office je setiap hari. And dah jumpa macam-macam orang, macam-macam umur, macam-macam bangsa! Setakat ini saya dah ada pengalaman handle skincare class (SCC) dengan guest dari Malaysia, Indonesia, Phillipines, UK & US.


2. Suka Tengok Reaction Guest 

Kebanyakan guest saya adalah wanita bekerjaya, yang sangat busy dengan kerja & family. So bab berhias tu biasanya letak last sekali biasalah perempuan kan, selalu letakkan kepentingan orang lain dulu. Jadi time skincare class ni biasanya depa akan woww, terpegun tengok muka sendiri lepas grooming sendiri. Punyalah lama tak belai muka kan. Selalunya lepas habis skincare and time pakai foundation tu, guest akan terpegun and takleh move on. Sebab rata-rata pernah ada pengalaman buruk dgn foundation mcm saya sendiri. Jadi muka excited masing-masing sampai tepuk-tepuk kawan tu memang saya seronok tengok hahaha.




3. Suka Tengok Transformation Guest

Bila dah belajar & apply teknik penjagaan kulit yang betul, and mekap simple-simple but with the right technique, hasilnya superb! Especially buat yang jarang or tak pernah mekap tu, lagilah nampak drastik perubahan dia. Point ni boleh relate dengan point nombor 2, bila muka dah transorm mulalah guest terpegun tengok muka masing-masing😁.



3. Dapat Beri Live Consultation


Lagi senang and lagi efektif if kita dapat tengok kulit guest depan-depan. Boleh terus pick the right product untuk dia cuba. Selalunya saya cuma consult via whatsapp, tapi sebenarnya kalau jumpa depan-depan ni memudahkan kedua-dua pihak. And dapat tanya lebih details pasal product history dan kalau dia ada apa-apa masalah kulit.



4. Self Improvement

Skincare class ni takkan jadi perfect kalau kita setakat buat sekali dua. Teringat first time saya buat skincare class dengan kawan-kawan mak, habis banjir rumah sebab saya suruh guests basuh muka dekat besen macam dekat sink. Padahal cukup guna facial cloth je. Director saya pun suka share kisah  ni dengan orang lain tau hahaha. Sebab tu kita kena belajar dari pengalaman. Selain tu, of course skincare class jugak dapat melatih leadership skill & communication skill saya. 



5. Program Improvement

Yang ni penting especially untuk beauty consultant yang selalu handle formal skincare class macam saya. Kami pernah ada experience handle skincare class yang guests takdelah ramai sangat tapi disebabkan organiser tak sediakan microphone, jadi haru biru jugak masa session sebab Director saya sebagai speaker hari tu memang suara dia kecik and comel je hehe. Nampak macam benda kecik kan, tapi bagi impak yang sangat besar. Sejak dari tu saya insist untuk gunakan microphone walaupun guest tak ramai mana, asal lebih 10 guest je kena guna mic supaya speaker ada full control over the whole session. And masa I-story time tunggu mask kering, saya akan minta beauty consultants ke depan supaya guests lebih attentive.




Jadi itulah antara sebab-sebab saya addicted untuk buat skincare class selalu. Tak kisah formal or informal, semuanya memberi pengalaman yang baru & indah. Jadi kalau you all nak jadi sebahagian dari pengalaman saya, boleh lah arrange untuk buat skincare class dengan saya. Kalau nak buat di company pun saya boleh emailkan proposal.


Dee,

MK Beauty Consultant

http://www.wasap.my/60183719495 for consultation / order

COD around Semenyih, Beranang, Kajang & Bangi 

*free face to face consultation / skincare class available around KL, Selangor & Nilai


FB Page & Instagram :  Allydra

No comments:

Post a Comment