Thursday 18 February 2021

Cara Mengelakkan Mekap Jadi Cakey

 Hai & salam semua!😄

Haaa apa perasaan kononnya mekap sebab nak nampak lagi cantik, end up jadi makin tak cantik. Saya dulu selalu macam ni, bila mekap makin berjalur segala bintik-bintik muka, jadi macam jalan tar pun ada. Mat salleh panggil textured skin, and benda ni sgt annoying. Tapi jgn risau, ada cara untuk buat mekap tak nampak cakey walaupun muka masih belum elok.

1. Gunakan Facial Oil

Kebiasaannya textured skin ni terjadi sebab muka kurang lembapan, walaupun kita rasa muka kita oily tapi sebenarnya lapisan bahagian dalam kulit kita kering. So facial oil akan bantu lembabkan kulit & soothingkan kulit untuk makeup application yang smooth. Saya suka guna Nourishing Oil dari Naturally range sebab selain buat kulit moist dia jugak buat makeup glowing.

2. Prep Muka Dengan Moisturiser

Ni memang step yang biasa before makeup, mostly MUA akan prep muka clients untuk mekap. Kalau you all ada textured skin, lagilah kena prep skin sebab dia akan makeup stay dengan smooth and long lasting. Kalau kulit kering memang akan terserlah segala bijih-bijih muka. And my favourite untuk prep sin mestilah Oil Free Hydrating Gel (OFHG) sebab dia lembapkan kulit selama 10 jam and control minyak dgn agak ketara. And OFHG ni memang best sebab sejukkan muka which is sangat bagus untuk preparation sebelum mekap.

3. Guna Finishing Spray Sebelum & Selepas Mekap


Finishing spray pun sangat membantu untuk hilangkan segala cakeyness setelah mekap tanpa merosakkan mekap. Nak lagi berkesan spray juga sebelum start mekap so that muka you all dapat extra hydration. Kaalu nak spray after every layer of makeup pun boleh takde masalah, masa muka saya breakout teruk sebab buka booth lima hari straight saya memang guna teknik ni sebab muka dahsyat jugak masa tu.

4. Guna Makeup Base Yang Bersifat Moisturizing

Saya highly recommend yang ada masalah textured skin untuk guna Honey Glow Finisher sebab Honey Glow ada moisturizing effect, sebab tu muka akan nampak macam glass skin & glowing gitu. 

5. Guna Foundation Dewy Finish

Saya faham dengan cuaca Malaysia ni ramai suka guna foundation jenis Matte, tapi one thing about matte foundation ni dia suka enhance tesktur dekat muka kita. Saya cuma suggest untuk guna matte foundation kalau muka yang betul-betul flawless ataupun yang betul-betul oily saja. Untuk oil control, you all boleh apply moisturiser untuk pil control, guna primer and makeup spray. Foundation mary kay yang bagi dewy effect is Timewise Liquid Foundation (luminous formula).

6. Set Foundation Guna Loose Powder

Untuk textured skin, matte powder is a big no sebab sama macam matte foundation dia akan tonjolkan lagi tesktur-tesktur di wajah. Sebaliknya gunakan translucent powder sebab dia akan bagi effect kulit halus and softens everything.

7. Elakkan Mekap Yang Ada Glitter / Shimmer

Memang nampak canti kalau ada bling bling sikit dekat muka kan, tapi ingat yang bukan semua muka boleh letak bling-bling ni sebab mekap yang ada shimmer macam blusher and contour especially akan buatkan tesktur muka kita leih jelas, so pakai blusher jenis matte saja. Kalau you all nak pakai blusher / contour jenis stick pun sangat digalakkan.

Nak senang faham, jom refer video tutorial saya😍


Sekian sharing saya hari ni, hope dapat bantu you all yang mengalami masalah macam saya dulu. Kalau nak saya bantu untuk pulihkan tesktur kulit you all, boleh tekan je link dekat bawah👇

https://linktr.ee/dylladnan

COD & scan kulit available around Beranang, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Nilai, Putrajaya, etc

Instagram :  dylla.deespaking

Facebook  : allydra 



No comments:

Post a Comment