Sunday 12 August 2018

Mekap Dinner

Assalamualaikum & morning!

Saya excited nak share pengalaman pertama saya buat job mekap orang. Sebenarnya ada customer yang tanya jugak kalau saya ada buat servis mekap, tapi saya macam tak tahu nak jawab apa haha. Nak charge berapa pun tak reti. Sampailah satu hari tu, Director saya mintak tolong untuk mekapkan orang. Since ada dua orang, dia handle sorang and saya pun handle sorang. Tapi masa hari kejadian tu tiba-tiba jadi empat orang pulak. Dahlah waktu pagi tu kami ada event Skincare & Basic Makeup Class dekat Kolej Komuniti Hulu Selangor. Then terus berkejar ke Setia Alam untuk makeup job.


Nilah kami semasa di Kolej Komuniti, sebelum lari pergi Setia Alam


Seharian dalam kereta, makan & tido dalam kereta

Saya dah lupa nama hotel dia tapi sampai sana je nampak banyak MUA dekat lobby. Rupanya ada dinner Hai-O and ramailah nak melaram, baju pun bukan main mengerlip masing-masing. Naik ke bilik hotel tingkat 32, rasa lama jugak walaupun naik lif. And lepas tu tanpa buang masa kami terus singsing lengan mekapkan akak-akak Hai-O ni. 


Bila kena mekapan empat oang serentak, bukan kena bahagi sorang dua. Tapi clients akan take turn and kami buat part by part. Lebih cepat kalau macam tu.


Final touch on the last client, masa ni saya dah rasa cramp satu badan sebab penat dari pagi tambah pulak dengan PMS. Tapi bertahan sebab yang ni last kan.

Done! Yang kiri tudung maroon semua saya mekapkan yang sebelah kanan pulak semua Director ( Kak Mira) mekapkan. We delegate tasks.



Yang ni kami bahagi-bahgi. Contohnya macam belah kanan tu (tudung maroon) syaa buat base and hidung (shading), highlighting, concealing. Kak Mira pulak buat mata, kening & bibir.

Kak Mira with one of her clients

Alhamdulillah hari tu pun berakhir dengan jayanya. Saya cuma belajar mekap dari kelas-kelas free yang dianjurkan oleh Director, ilmu and skill yang saya dapat saya polish dari masa ke semasa supaya dapat mengajar mekap kepada sesiapa yang berminat. Maklumlah perempuan sekarang kan gila meka and suka melayan makeup tutorial. Tak sangka dapat extra income pulak dari mekapkan orang walaupun saya bukan MUA. 

Siapa rasa nak book Basic Makeup Class dengan saya, sudi-sudikanlah diri tu contact saya. Saya sudi je mengajar😁.

To contact me, please click👇👇

Instagram | dee.allydra
Facebook | Allydra

COD & scan kulit available around Beranang, 
Semenyih, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Putrajaya, Mantin, NIlai, Seremban,etc



No comments:

Post a Comment